Isnin, 17 Julai 2023

Hiking gunung IRAU..

Assalamualaikum...Sekarang aku dah tak reti nak tulis cerita supaya senang dibaca dan mudah dimengerti.Atas sebab tu aku dah jarang sangat menulis..Penulisan aku ni macam cap ayam je..Macam bodoh jer..tapi aku cuba juga tulis cerita aku daki gunung IRAU...Aku ringkaskan cerita sehabis pendek..

Puncak gunung IRAU dilihat dari mossy forest

Aku dari hulu Terengganu dengan 14 orang peserta dari kalangan keluarga aku jer telah daki gunung IRAU pada 13-7-2023..Bertolak dari Terengganu pada 12-7-2023 melalui lebuhraya sungai gawi -gua musang dan terus ke Cameron Highlands dengan empat buah kereta.Di Cameron Highlands kami menyewa di teringkap iaitu sebuah bilik di satu arpament tiga hari dua malam.Check in pada pukul 2.30 petang.Ditempat ini ketinggian nya 1600 mdpl..Suhu boleh dikatakan sejuk juga pada 21 darjah celcius.Sejuk juga lah pada pukul 2.30 petang.Aku sendiri tak lah rasa sejuk sangat.Walau macamana pun suhu menurun kepada 14 darjah Celsius pada waktu malam.14 darjah Celsius aku mampu lagi pakai t shirt, maksudnya 14 darjah tak sejuk sangat kapada aku..Tidur di arpament dah rasa macam orang-orang kaya hehehe

Mossy forest pukul 9.00 pagi.. Salah satu pintu masuk untuk hiking ke gunung IRAU dimossy forest. Disini ketinggian nya 2035 mdpl dan suhu nya 16° celcius

Hiking gunung IRAU pada 13-7-2023 .,Perdakian bermula pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan melalui perkebunan ladang teh dan kebun sayuran..Jarak antara arpament hingga ke tempat start mendaki lebih kurang 3 km dengan laluan bersimen berkecerunan antara 20-30 darjah.Sampai ditempat pendakian iaitu di pintu masuk di mossy forest pada pukul 9.00 pagi..Tinggi ditempat ni ialah 2035 mdpl..


Jambatan kayu dipermulaan pendakian

Disini guide memberi taklimat dan membaca doa, taklimat nya merupakan pengenalan gunung IRAU..Gunung IRAU Merupakan sebuah hutan berlumut diseluruh gunung..Gunung IRAU Terletak disempadan Pahang/Perak dan merupakan gunung yang ke-16 tertinggi di Malaysia dan gunung tertinggi di Cameron Highlands..setinggi 2110 mdpl..Jarak perjalanan ialah 3.1 km..Antara taklimat penting Yang diberikan ialah,.    "peserta tak boleh pijak lumut (mossy) sama sekali,tak boleh duduk sembarangan,tak boleh pegang kayu-kayu yang ada lumut, berhati-hati semasa berpijak ditakuti terpijak lumut"    Dikatakan pertumbuhan lumut sangat lambat, memerlukan masa bertahun untuk panjang hanya 1 milimeter,punya lah lambat jauh lebih lambat dari kura-kura berjalan.🤪🤪🤪🤪🤪..

Antara cabarannya

Memulakan hiking pada pukul 9.30 pagi,dan sampai Dipuncak gunung IRAU pada pukul 12.20 tengah hari,Setelah makan serta berehat,bertolak balik pada pukul 1.30 petang .Sampai di mossy forest pada pukul 5.20 petang..Dengan menaiki pacuan empat roda kebawah iaitu ke bilik arpament,sampai pada pukul 6.00 petang..Solat jamak taakhir tau..🤗🤗🤗🤗.

Mossy forest

Cerita pendakian nya...

Pendakian bermula di mossy forest pada ketinggian 2035 mdpl,Laluan permulaan merupakan jambatan kayu yang dibina selebar 5 kaki,laluan sedikit menaik beberapa meter jauh nya, setelah itu laluan semakin menurun sehingga bertemu laluan hutan mossy..Laluan jambatan kayu dalam 150 meter,Dari sini trek nya semakin menurun, seolah-olah balik dari mendaki,Rasa pelik juga mendaki gunung tapi menuruni gunung,Menuruni gunung tak lah susah sangat sebab tak lawan graviti,tempuh ni memang tak jadi masalah lansung,walaupun melalui 10 tangga besi yang digunakan untuk memudahkan pendaki.Melalui laluan ini hampir satu kilometer,Diperingkat ini ketinggian dari paras laut dalam 1750 mdpl.

Kat sini seperti nak masuk kealam bunian 🤪

Setelah itu bermulalah pendakian yang memeritkan,iaitu pacak yang amat sangat,trek seolah-olah parit dengan kayu-kayu mati yang berselirat,menghalang perjalanan,terpaksa melangkah dan memijak lumpur,setakat ini sangat memeritkan, Walau bagaimanapun sepanjang perjalanan didapati pemandangan yang menakjubkan dengan hutan lumutnya seperti difilem lord of the ring..Memang memukau, kadang-kadang terasa meremang,terasa macam tempat berhantu hahaha, Walau bagaimanapun perasaan itu ditepis jauh-jauh 🤣🤣🤣..


Masa yang diambil disini sekitar satu jam lebih iaitu sampai di summit tipu-tipu yang dinamakan mini IRAU.Disini berehat sekejap dan memulakan perjalanan kepuncak gunung IRAU pada pukul 11.30,

Puncak tipu-tipu iaitu puncak mini IRAU 2031 mdpl

Kepuncak IRAU mesti melalui laluan yang serupa juga iaitu melalui kayu-kayu mati yang berselirat, Permulaan kepuncak IRAU mesti menuruni laluan selepas itu mendaki balik,masa yang diambil disini dalam 50 minit kerana tiba dipuncak IRAU pada pukul 12.20..

Bergambar beramai-ramai dipertengahan pendakian.Ini sebahagian dari ahli team onefamily,ramai lagi yang tak dapat ikut

Bertolak balik pada pukul 1.30 dan sampai digaris mula pada pukul 5.20 petang..Masa yang diambil untuk mendaki ialah 2 jam 50 minit dan masa untuk balik ialah 3 jam 50 minit..pelik mendaki ambik masa yang sikit tp masa balik ambik masa yang panjang iaitu 1 jam lebih lambat semasa jalan balik..Perlu juga diketahui mendaki gunung IRAU lebih susah semasa balik dari semasa pergi kerana keadaan tempatnya,Senang cerita untuk pergi ke gunung IRAU mesti melalui keadaan yang serupa semasa pergi dan balik dengan mendaki dan menuruni..Lagi senang cerita bentuk pendakian dan menuruni ialah seperti huruf W..Pada masa pergi mesti menurun menaik dan menurun menaik balik,begitu juga semasa balik mesti menempuh keadaan yang serupa..

Puncak gunung IRAU,Besar jgk lah puncaknya

Kesimpulan...Kepada aku mendaki gunung IRAU lebih susah dari mana2 bukit atau gunung yang aku pernah pergi..Trek nya terlalu becak, dipenuhi dengan kayu-kayu mati yang terpaksa dilangkah dengan berhati-hati,bimbang tempat berpijak kayu nya reput, memeritkan lagi setiap langkah dan pegangan mesti sangat berhati-hati,dibimbangi terpegang atau terpijak mossy..Kita tak boleh bebas duduk dimana-mana kayu atau batu.Dengan keadaan yang macam tu permilihan sentiasa dibuat, pergerakan jadi tak bebas... Kos semua sekali ialah Rm 210 seorang,termasuk bayar guide,permit,sewa homestay,minyak kereta,tambang pacuan empat roda dan makan..kos makan tak seberapa sebab kebanyakan peserta merayau cari makan kat kedai mamak atau kedai melayu..

Sekian cerita aku hiking gunung IRAU..

LAGI GAMBAR-GAMBAR..



























YouTube..