Selasa, 2 Januari 2024

Pengalaman terbaring dalam mesin MRI

Pengalaman aku terbaring dalam mesin MRI..

Sedikit pengenalan mesin MRI yg aku ciplak di internet

Pengimejan resonans magnetik (MRI) adalah pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej organ dan struktur dalam badan. Bahagian badan yang diperiksa diletakkan ke dalam mesin khas yang mengandungi magnet yang kuat. Pemeriksaan tidak menggunakan radiasi (X-ray) dan tidak invasif. Pemeriksaan dilakukan oleh Juru X-ray. Imej ditafsirkan oleh pakar radiologi.



Terbaring dalam mesin.

Sebenarnya sejak lama sebelum aku direndam dalam mesin MRI ,aku terlebih dahulu diperiksa dalam waktu yang agak lama,Yang pertama aku diperiksa di klinik sahaja,selepas itu disusuli pula dihospital besar, Sebenarnya aku bukan lah sakit tapi lebih kapada nak bergedit,,hehehe,Aku mengidap lipoma lah dan proses aku ni kerana hendak buat pembedahan,nak buang tetamu yang tak diundang.Atas sebab itu lah aku ke sana ke mari buat pemeriksaan,Dihospital besar aku diperiksa dengan teliti lagi dengan mengukur lipoma dan picit picit oleh doktor dan disini lah borang diisi kerana penggunaan mesin MRI siap tanda tangan..utk keselamatan lh rasanya dan pertanggungjawaban.

Pada hari yang ditetapkan aku pergi bilik x-ray iaitu tempat mesin MRI ada disitu, Mula-mula sekali semua pakaian aku ditukar dengan pakaian hospital sepenuh nya tak boleh ada besi besi dan benda  berlogam.Doktor ada cakap-cakap sikit,mcm briefing jgk lah, doktor cakap proses ini mengambil masa satu jam sekurang-kurangnya,Mendengar itu aku macam tak mahu teruskan proses tetapi doktor menasihatkan aku supaya mengambil rawatan ini kerana untuk menentukan tarikh rawatan sesuatu yang sukar, mengambil masa yang lama.Jadi aku bersedia dengan kesabaran yang ada..Briefing yang diberikan ialah bila kita ada kat dalam mesin MRI, macam-macam bunyi yang terdengar,ada macam orang berperang,berbunyi macam radio rosak dan kalau sesak nafas kita disuruh picit bola kecik.

Dengan lafaz bismillah dan selawat keatas nabi saw, aku dihulur masuk ke dalam lubang,keadaan macam biasa je,tak ada lah macam tersepit sangat,bunyi yang mula mula aku dengar ialah lagu nasyid dan selawat,odio nya hanya perlahan,sedap didengar,masih terngiang-ngiang istighfar yang di odio kan,. (robbizidni Ilman nafiaaa,Wawa fikni amalan magbula)  Suhu dalam terowong sederhana,aku agak aircond dipasang supaya pesakit tak kepanasan.Setelah itu aku dimasukkan ke dalam terowong dengan dipakaikan aku earphone,penutup telinga,kerana bunyi yang dikeluarkan oleh mesin MRI sangat membingitkan.Suasana dalam terowong memang lah sempit,sangat sempit sehinggakan nak bergerak pun tak boleh,tangan kiri kanan bersentuhan dengan dinding terowong sementara sebelah atas hampir kena hidung.Dalam lima minit aku direndam kedalam lubang terowong,aku dapati memang terdengar bunyi yang kuat dan bermacam-macam plk,ada terdengar seolah-olah radio rosak,ada bunyi dengung degang,Sementara lagu yang dimainkan lagu bernasyid dan ada juga yang berselawat.Dan diketika aku mula-mula disorong kedalam terowong,kepanikan terjadi,aku seperti nak tamatkan operasi kerana diketika itu bayangan pertama ialah terfikir begini lah kita akan dikuburkan bila sampai masanya.

Dalam beberapa waktu fikiran jadi berubah terasa seperti nak sesak nafas,lamunan aku menjadi lebih ngeri lagi, bila fikiran terdorong kapada soalan yang akan diajukan oleh mungkar dan Nakir bila kita meninggal dalam keadaan sebenar.Aku rasa jauh benar lamunan aku sehingga kapada malaikat mungkar dan nakir.tapi aku menyuruh lamunan aku pergi kearah itu mungkin saat terbaring dalam mesin MRI kita kurang rasa ngerinya kerana kita hidup,kita masih bernyawa,bayangkan kalau itu benar-benar mati,terpaksa lah pasrah kalau malaikat godam sehingga tulang rusuk berselisih,kalau lepas ujian lisan selamat lah kita..kubur menjadi salah satu dari taman-taman syurga. Setelah beberapa ketika datang ketakutan sebab memikirkan tentang soalan kubur dan macam-macam telah timbul dalam kepala,rasa macam nak menangis,sebak,walau macam mana pun doktor dah pesan,kalau rasa tak tahan sangat kita hendaklah picit bola kecik yang diberikan.tetapi aku mengambil keputusan bersabar kerana berputus asa merugikan aku juga,bekalan semangat yang sebenarnya ialah memotivasikan diri sendiri dengan berfikir duduk didalam mesin MRI sejuta kali lebih baik dari duduk didalam kubur kalau amalan nya siput je ,Dengan rasa itu aku bertahan.Sesudah 20 minit aku direndam didalam mesin,aku dikeluarkan untuk menukar posisi pembaringan aku setelah itu aku dimasukkan balik untuk menghabiskan masa 60 minit.Ketika aku dimasukkan untuk kali kedua, doktor bertanya kepada aku sama ada nak tukar bunyian  lain pula,mungkin lagu pop yeh-yeh,aku sengih je dengan menjawab pasang surah yasin lah doktor,doktor jawab balik ,ishh jangan lah Kut orang dengar dan kata awak meninggal pulak..aku ketawa dan diikuti oleh semua orang ada disitu..jadi muzik nya kekal berselawat dan istighfar..Dalam 20 minit dimasukkan untuk kali kedua,aku dikeluarkan balik pada kali ini juga untuk membetulkan posisi aku dan untuk cocok warna,kata doktor dengan buat begitu penyakit mudah dikesan,Apa lagi meraung lah aku yang sememangnya takut dicocok..

Setelah kena cocok dan membetulkan posisi aku direndam balik untuk kali yang ke-3..suasana dalam mesin seperti biasa je, bunyi-bunyian yang membingitkan sentiasa ada,kalau berhenti pun dalam seminit dua.selepas itu berbunyi balik, yang bagusnya bunyian nya bukan kak Ponti mengilai kalau cik Ponti harus pengsan pesakit..Setelah 20 minit aku dikeluarkan dengan proses yang berjaya..Maka cukup lah 60 minit aku menempuh proses yang merimaskan.Aku dibenarkan balik rumah setelah habis proses dengan diberikan tarikh keputusan ujian... Sememangnya aku bertahan terbaring di dalam mesin MRI kerana ungkapan yang aku cipta sendiri,"terbaring dalam mesin MRI lebih baik dari duduk didalam kubur berjuta-juta kali ganda".,πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—sekian cerita aku terbaring dalam mesin MRI..