Isnin, 8 November 2021

Bunga dalam hutan.


 Bunga dalam hutan tajuk catitan aku pada kali ini..Mcm pelik tajuk ni dan aku pun rasa jgk pelik nya kerana aku sendiri tak ada suka main bunga2 ni tapi bunga dalam hutan telah mengingatkan aku kpd pesanan orang tua2.Orang tua cakap kalau masuk ke dalam hutan,jangan sesekali ambik benda2 hutan terutama nya bunga.Orang tua juga cerita kat aku bunga dalam hutan seperti perangkap,Perangkap yang dimaksudkan ialah makhluk halus atau makhluk ghaib,Kata orang tua2,jangan sesekali petik bunga didalam hutan,ditakuti boleh merosakan tempat makhluk tu tinggal,akan menjadi kemarahan nya.Cara dia marah pun bukan biasa2 tapi sampai dia ikut kerumah..Dulu,ditempat aku ni ada satu cerita tentang bunga didalam hutan,Mula ceritanya,ada lah seorang pendaki gunung sedang mendaki gunung, dipertengahan jalan dia terjumpa dengan satu rombongan pendaki,nak jadi cerita seorang peserta dari rombongan tersebut telah bagi sekuntum bunga dan diambil oleh peserta yg sedang mendaki,bunga tu dimasuk ke dalam bag..Pada awalnya tak ada apa yang terjadi tetapi apabila baliknya,Yg mengambil bunga telah menjadi tak keruan,asyik termenung dan senyum2 seorang sehingga lah dibawa kapada bomoh,dipendekkan cerita,tok bomoh telah ambil bunga yg masih lagi ada terselit dibag mangsa,tak tau yg tok bomoh lakukan dengan bunga sehingga akhirnya mangsa sihat kembali....Aku sendiri jaga2 sangat pasal bunga didalam hutan...

Bunga seperti dalam video aku jumpa dekat sebatang sungai di lebuh raya pengkalan Gawi ke gua musang,aku kesitu kerana memancing ikan.tempat yg aku jumpa tu tak lah semak sangat tp ditepi jalan balak lama yg tak digunakan lagi.Tempat ini memang dipendalaman,yg penampakan kurang pendalaman kerana ada nya lebuh raya,kalau tak ada lebuhraya memang tak akan terjangkau.Bunga dlm video aku tak tau jenis apa atau nama apa tp aku tertarik kerana hanya tu saja bunga yg ada kat situ.Sekali imbas memang menaikan bulu roma kerana suasana tempat bunga tu tumbuh,oleh kerana tak berani nak ambik,jadi aku ambik je gambar bunga tu..SEKIAN CERITA BUNGA DALAM HUTAN...