Ahad, 17 Januari 2021

hiking bukit ajil

Bukit ajil terletak di kampung ajil baru dihulu terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 292 mdpl..Kebanyakan tanah dibukit ajil dipunyai oleh penduduk sekitar nya..Kebanyakan dari seluruh kawasan perbukitan ditanam dengan pokok buah2an..Terkenal dengan dusun durian nya dan kebun duku,boleh dikatakan penduduk sekitar bertanam pokok buah2an.

Sejak pkp berlansung bukit ajil telah menjadi tempat beriadah oleh penduduk hulu terengganu,Sangat dikenali kpd peminat mendaki,Boleh disertai pelbagai peringkat umur,Sangat sesuai sebagai tempat latihan mendaki sebelum mendaki gunung yg tinggi..Untuk daki bukit ajil memerlukan guide kerana untuk memudahkan pendakian,dengan ada guide memudahkan perjalanan program kerana tempat yg nak dilalui melalui tanah pesendirian,tanah pesendirian memerlukan kebenaran dari tuan tanah.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit untuk satu orang.Panjang trek ialah 2 km sehingga puncak.

Aku kebukit ajil pada hari pertama tahun baru iaitu pada 1-1-2021,Seramai 26 orang peserta telah mengambil bahagian,Kebanyakan nya ialah dari family aku sendiri.Bermula pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi kesemua peserta tapi ada peserta yg sampai lebih awal lagi iaitu pada pukul 9.30..Ada peserta yg lambat disebabkan oleh kurang stamina,cepat letih dan kebanyakan peserta lain dan guide terpaksa ikut rentak peserta lambat,Selambat mana pun, guide tetap layan sehingga semua peserta sampai ke puncak..Sebenarnya mendaki bukit ajil tak lah mengambil masa yg lama,sekadar dalam 45 minit sahaja untuk perjalanan 2 km.Kalau dah 2 jam untuk sampai puncak yang sejauh 2 km,itu menunjukan betapa amaturnya peserta.

Setelah bergambar sepuas hati dipuncak,pada pukul 11.00 pagi semua peserta bertolak balik,sampai bawah bukit sekitar pukul 11.30 pagi,Sekian

GAMBAR2 DAN VIDEO








Peserta dari kalangan family aku


Semua peserta termasuk dengan guide



Tiada ulasan:

Catat Ulasan