Isnin, 18 Januari 2021

hiking bukit jalin..

 Bukit jalin terletak dikampung lebak..Kampung lebak terletak diulu terengganu.Tinggi bukit jalin hanya 133 mdpl.Diceritakan kawasan bukit jalin kepunyaan  pusat daging tersat tapi ada juga yang cerita bukit jalin kepunyaan jabatan bekalan air  negeri terengganu.Mana satu yang betul walahuaklam,Pening kepala kalau ambik cerita dari sumber yg tak pasti..Dibukit jalin ada sebuah tangki air yg dibuat sejak lama dahulu,Kalau dari segi lojik,bukit jalin kepunyaan Jabatan bekalan air terengganu berdasarkan tangki air yg dibina dibukit tersebut...Untuk kebukit jalin mesti memerlukan perkhidmatan guide dengan bayaran yg dipersetujui oleh kedua2 belah pihak,mungkin bayaran yg dikenakan untuk dimasuk kedalam tabung MPKK kerana pengurusan bukit jalin dibawah MPKK kampung lebak dan mungkin sebahagian lagi dibayar kpd guide yg berkhidmat...

Rasanya tak payah sibuk pasal owner bukit ni yg penting bukit jalin salah satu distinasi baru untuk yg suka mendaki secara kecil2an..Bukit ni merupakan sebuah hutan yg masih mempunyai pokok yg besar,Salah satu pokok yg dikenali sebagai meranti,besar dan gagah berdirinya,Rasa juga pelik sebab apakah bukit jalin tak diambil kayu balak nya sedangkan bukit dan kawasan disekitar nya telah habis dilicinkan..

Aku kebukit jalin pada 12-1-2021 iaitu sehari sebelum pkpb diwartakan dinegeri terengganu,Seramai 10 orang peserta termasuk guide memulakan  pendakian pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 9.40,dalam 40 minit..Pendakian mula  seperti bukit2 lain juga,Menaik dalam 30 darjah sehingga membawa 60 darjah apabila nak sampai kepuncak nya,Kat kecerunan ini lah boleh dikatakan agak leteh juga,Sampai puncak kegiatan yg seperti biasa,iaitu bergambar,Pemandangan dipuncak boleh dikatakan menarik juga.Duduk dipuncak dalam 40 minit dan turun balik pada pukul 10.30 pagi.Sesampai dibawah bukit dalam 20 minit sahaja dan semua peserta berihat di pengkalan jerat semata..Pengkalan jerat semata seperti pengkalan mandi kat kampung2..Dibina mungkin untuk kemudahan kapada pendaki bukit jalin untuk mandi manda.Pengkalan ini juga boleh dijadikan tempat berkelah dimasa2 tertentu,contoh nya dimasa air sungai kecik.Untuk kepengkalan ini harus datang beramai2 kerana tempat nya agak tersorok walau pun berdekatan dengan kampung.Sekian cerita bukit jalin..

Gambar2

pintu masuk ke bukit jalin.
pemandangan dipuncak bukit jalin

tangki air yg dibina sejak lama dahulu,bukit jalin juga dipanggil bukit tangki air kpd penduduk tempatan
Di puncak bukit jalin..Dibina pondok kecil untuk berihat,Walaupun tak besar tetapi boleh menyerikan puncak




Tiada ulasan:

Catat Ulasan