Selasa, 3 September 2019

Air terjun atas bukit

Masuk hutan sudah jadi kebiasaan aku sejak dulu,Walau mcmana pun hutan yg aku masuk hanya didaerah aku sahaja iaitu dihulu terengganu,aku tak ada kesempatan utk terjah hutan dinegeri lain.Lagi pun aku bkn bekerja dgn pejabat hutan dan bukan malim gunung.Oleh kerana bukan bekerja yg berkaitan dgn hutan,masuk hutan sebagai beriadah saja.Paling jauh hutan yg aku pernah pergi ialah hutan hulu tembat terengganu.Pergi hanya untuk memancing sahaja.Pada masa itu empangan kedua kenyir belum lagi dibina,Sekarang ni tempat tu dan jadi kenangan,dah tengelam.untuk memancing disitu aku terpaksa berjalan kaki sambil memikul bekalan selama 6 jam,

Selain tu hutan dicengal besar dungun,Kehutan dungun terengganu hanya untuk pergi tenguk pokok cengal besar yg masyhur itu..Banyak juga pengalaman aku main hutan,suka duka nya dan ketakutan serta misteri.

Yg menarik aku jumpa ialah air terjun,air terjun yg aku maksudkan ialah air terjun yg jauh kedalam hutan dan tak dikunjungi orang.Salah satu air terjun yg jauh kedalam hutan ialah air terjun sungai lasir.Umum mengetahui air terjun lasir terletak dalam tasir kenyir dan air terjun ni sering dikunjungi orang,samada orang jauh dan dekat tp air terjun sungai lasir terletak jauh kehulu sungai lasir dan jarang dikunjungi orang,kalau pun yg datang kesini hanya pencari rotan, pencari gaharu,pengunjung lain ialah pekerja pejabat hutan dan mungkin pemburu haram dari luar negara.

Air terjun sungai lasir terletak sejauh 4 km mengikut google map kekuala nya yg terletak ditasik kenyir,jauh mengikut likuan sungai nya mungkin dlm 6-7 km..mengikut ukuran ketinggian dlm perkhidmatan google play ialah 1500-2000 kaki dari aras laut,kawasan ini mempunyai puncak setinggi 3983 kaki dari aras laut.Atas sebab ketinggian itu lah blog aku ni bertajuk air terjun atas bukit.

Aku kesini hanya main moto dan boleh dikatakan sebagai berkelah,30 km diperlukan untuk sampai keair terjun ni.Laluan kesini melalui jalan balak yg baru dibuka,diceritakan pembalakan akan tamat tempuh pada tahun 2020 atau lebih lama.Bayangkan kemusnahan yg akan terjadi akibat pembalakan,mungkin sungai ni akan jadi mcm parit kalau tak pupus pun.Ketinggian air terjun ni aku tak pasti,mungkin semeter mungkin jgk dua meter dan mungkin jgk sepuloh meter,wallahualam..tgk je video kat bawah 👇👇👇👇.Sekian.







2 ulasan:

  1. Kemas.. cantik, tapi seriau tengok warna air, macam dalam sangat ni. Baru-baru ni viral air terjun lasir ni jadi kuning selut, sebab pembalakan di kawasan atas bukit. Harap-harap tempat ini terjaga huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu dulu mancing kat sini jgn ckp sembarangan,contoh yg tkena kpd sy bila sy ckp mcm ni,"klu mcm ni ikan mkn,berguni lh kita dpt" selpas tu ikan tk mkn kail wlau pun seekor..Sy mmg x pcaya tahyul tp itu lh yg terjadi...

      Padam