Isnin, 19 Ogos 2019

Kenduri kawin

Pada 17-8-2019 aku telah banyak menerima jemputan kawin atau disebut sebagai panggilan ditempat aku.Klu ditempat aku khususnya dihulu terengganu orang akan cakap mcm ni,"mu dok gi panggilan ker" ditraslate keayat standard mcm ni,"awak tak pergi kenduri kawin ke"..aku rasa mmg sangat berbeza dari daerah ke daerah dan dari negeri2 lain atas sebutan nya.contohnya negeri kelantan dipanggil ngele.

Pada tarikh tersebut aku menerima 4 jemputan kenduri kawin dan semuanya aku kena pergi atas sebab saudara mara dan atas sebab kawan.Yang aku nak citer hal kenduri kawin ditempat aku dihulu terengganu atau di mukim aku,Satu perkara yg sangat membanggakan aku ialah tentang kuantiti jamuan nya,semiskin mana pun tuan punya kenduri ialah lauk yg disediakan,biasa nya setiap kenduri kawin mesti menumbangkan seekur lembu,sekurang2 nya kpd yg kurang berkemampuan dan sampai tiga ekur lembu kpd yg agak ternama didalam kampung.Kalau tiga ekur lembu mesti lauk daging kawah sekurang2nya 6-7 kawah,lauk pauk plk tak berhenti dgn gulai daging kawah saja ada saja tambahan nya seperti gulai kulit buah sentul,gulai kulit buah rambai (klu musim buah2 tersebut) sayur umbut nyiur atau umbut kelapa sawit atau pun sayur umbut bayas,maklum lah kat kampung,senang bahan tu nak dapat,gulai ikan baung,ikan talapia,ikan keli jangan disebut,selain tu budu belacan serta pelara (ikan jeruk) pun tak ketinggalan .kalau musim buah seperti sekarang yakni bulan ogos ni,berguni2 disediakan seperti buah rambutan duku serta langsat,buah manggis penuh didalan bakul.

Itu cerita tentang lauk pauk nya,yg aku benar2 nak cerita ialah tempat khemah jamuan nya,kebanyakan kenduri kawin tempat aku dikhemah jamuan nya tak disediakan meja makan,yg disediakan hanya kerusi sahaja jadi tetamu yg datang akan makan dikerusi tanpa meja.Tetamu akan riba pinggan masing2 yg didalam pinggan penuh dengan lauk pauk seperti lauk yg aku cerita kat atas,ada plk yg makan dgn cara menanteng pinggan,tanteng maksudnya seperti cara makan P.Ramlee dalam cerita laksamana do re mi.Air nya pula diambil kemudian iaitu selepas habis makan atau pun diambil kerusi yg lain,air nya diletak atas kerusi atau pun ada sesetengah tetamu letak air atas tanah,tp hal ini jarang terjadi,hanya budak2 sahaja yg buat mcm tu.tentu ada yg tertanya2,kalau tetamu vip yg datang mcmana plk cara nya,tetamu vip maksudnya wakil rakyat atau pun pegawai2,jawab nya klu vip sekali pun cara makan pun serupa,tak ada bezanya.Kadang2 terasa jgk malu nya tetapi itu lah yg terjadi,Untuk memujuk hati sendiri,aku akan cakap vip pun orang kampung jgk
Cara pegang pinggan oleh p.ramlee dipanggil tanteng ditempat aku

Aku tak cakap semua mcm tu tetapi banyak mcm tu,perkara ini terjadi mungkin utk menjimatkan kos atau dah macam tu sejak dulu,Sejak dulu itu maksudnya sejak budaya layan diri diamalkan,sebelum itu sejak ratusan tahun dulu budaya makan berhidang diamalkan.Makan berhidang mesti ada meja dan kerusi nya dibuat dari papan yg mati kedudukan,Kenduri kawin yg gilang gemilang seperti dibandar2 mmg tak ada ditempat aku kerana penduduk nya org biasa2 sahaja,klu ada yg vip,dia orang akan mengadakan majlis ditempat yg kelas2 plk,jadi kekal lah aku makan bertinggung dimajlis kawin,hehehe

Pada kenduri 17-8-2019 baru ni aku mmg tak terlibat ambik gambar kerana majlis yg aku hadiri bukan dikampung aku,kampung orang,walau mcmana pun sempat jgk aku ambik gambar dan video seperti video kat bawah..sekian 
Mmg tak ada meja,meja hanya digunakan utk diletak lauk pauk sahaja.

Nasib lah ada kerusi,klu tak terus bersila atas tanah.
Walau pun perkawinan ini bukan dikampung aku,aku tetap jgk ambik gambar sbb ambik gambar menjadi kegemaran aku tp aku tak suka bergambar,mungkin aku rasa aku tak hensem.heeeeee
Dalam video ni rombongan pengantin lelaki disambut pengantin ppuan tp sayang pengantin lelaki tak hensen,tak hensen pengantin lelaki dia kawin jgk,tak mcm aku tak kawin2,hahahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan