Selasa, 30 Ogos 2011

HOSPITAL

Assalam,tah macam mana aku terpaksa kehospital pada malam ni,Hospital telah menjadi kebiasaan aku,Tapi bukan lah aku yang sakit tapi telah menjadi kebiasaan kapada kedua orang tua ku untuk berkunjung kesitu kerana rutin biasa mereka pada setiap bulan.
 Tapi pada malam ni aku telah menjadi menjadi pekerja sukarela dihospital tu dengan secara tak sengaja.Beberapa orang pesakit yang datang ke unit kecemasan aku tolong kerana pesakit2 yang datang tidak berupaya untuk bangun malah ada yang langsung tak sedarkan diri.Aku tak mahu tolong pun aku kesian menenguknya kerana yang datang tak berdaya mengangkat pesakit.

Lepas seorang seorang aku angkat dan bertanya sebab apa terjadi demikian,Ada yang kata terjatuh sebab sawan,muka berdarah teruk.Ada seorang pesakit perempuan yang umur dalam lengkongan 40an datang kehospital kerana darah tinggi yang amat serius.Bacaan darah tingginya dalam lengkungan 200 keatas.Yang menjadi kehairanan aku pesakit perempuan ni datang kehospital dengan memandu sendiri sejauh 20km.

Yang menjadi kesedihan aku apabila aku tolong mengangkat seorang pesakit yang beratnya lebih kurang 100kg,pesakit tersebut dibawa oleh maknya,Mak budak ni aku tenguk sangat susah dan sedih,sudah lah tak berupaya nak angkat anak nya,dia pulak demam,dan dia meminta tolong aku untuk membantunya,mungkin dia rasa aku ni orang baik langsung dia minta tolong,kih kih kih kih kih.

Pada malam ni tah mengapa aku jadi mengada2,lepas seorang seorang aku tanya keluarga mereka sebab musabab kejadian,Aku ingin juga nak tahu sebab2nya,Memang lah perangai nak tahu sudah menjadi sifat semulajadi kita ni sebagai manusia.Yang berdarah,yang tak sedar diri dan terseliuh patah habis lah aku tanya.

Yang amat menarik perhatian aku adalah mak budak gemuk tu,Aku tenguk mak dia menangis2 terjebek2,Aku hampiri dan memujuk dan langsung bertanya sebab2 kejadian.TU DIAAAAA..MAK DATUK SERIAU AKU,rupa2nya budak ni dah mentekedarah pil sebanyak 50biji,mana tak pengsan,Dan aku juga telah diberitau budak ni nak bunuh diri kerana tak dapat ikut kakak nya ke kuala lumpur,peh sikit punya hal dah jadi sekuffur itu,Mudah nya,nipis nya iman dia,kesian mak dia.Patut lah maknya menangis2 sampai begitu sekali,merah mata nya menanggung beban anak2 yang tak tahu diuntungDari situ lah mak budak tu cerita macam2 hal ehwal anak nya lepas satu,satu diceritakan kapada aku.Beliau menyatakan kekecewaan nya kapada aku dan pada malam ni aku menjadi seorang pendengar yang setia,Aku angguk2 je tak tahu nak kata apa.


Akhirnya aku nasihatkan supaya banyak berdoa,jangan tinggal sembahyang,buat semua tuntutan ALLAH dan tinggalkan segala larangannya,Apa yang termampu aku katakan lagi selain dari tu kerana keperitan perbuatan  anaknya ni tidak semua dirasai oleh kebanyakkan mak2 yang lain.Aku bertolak balik pada pukul 2.30pagi setelah budak ni dihantar dengan ambulan kehospital nur zahirah kuala terengganu......

Isnin, 29 Ogos 2011

LAGU RAYA

Lagu2 raya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang kerana panas,yang sentiasa bermain dalam sanubari dan ingatan...





Lagu2 raya diatas adalah yang paling aku suka dari dulu sampai sekarang,Aku tak dapat lari dari mendengar lagu2 raya ini apabila tiba nya hari raya,
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN..

JALAN2 DIPETANG NAK RAYA...

Petang nak raya ni menjadi kebiasaan aku pergi berjalan2 dan pusing2 melihat persiapan orang nak raya,keseluruh daerah aku pergi tau,bukan setakat kampung aku je,Dari situ dapat kita rasa macam mana gembiranya nak raya.Memang tersangat meriah,sehinggakan kemeriahan mereka dapat kita merasai nya...
Kampung yang paling ulu di terengganu pada 29hbogos2011,sunyi dan senyap jalannya,mungkin perantaunya masih belum sampai lagi...

Kadang2 aku rasa orang nak raya ni dah melampau sangat,segala benda nak diborong dan dibeli,begitu lah hakikatnya bila kita berada dikedai2 atau pasar2 raya..Seperti  sudah lupa kita kapada puasa kita yang menuntut keserdehanaan dalam segala hal termasuk bila nak menyambut hari raya...
Aku memang sengaja pergi menziarahi kawan2 aku yang tak bernasib baik,Kadang2 aku seperti nak menitis airmata melihat kemiskinan mereka dengan persiapan mereka yang tak seberapa, Kapada mereka2 yang tak pernah merasa sedikit pun susah takkan merasa apa2 atas kemiskinan dia orang ni.

Yang menarik perhatian bila nak raya ni adalah kesibukan jalanrayanya yang amat luar biasa,Kalau jem yang tak boleh bergerak langsung adalah perkara biasa,Kadang2 sampai 20km tak bergerak hinggakan nak berkelah tengah jalan memang tak jadi halangan,hehehe...

Aku tak tau gambar apakah yang harus aku isi dalam tinjauan aku di last ramadan ni,Aku dapati kesibukan seperti biasa dengan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan seperti biasa dan pelangan2 seperti biasa membeli juadah berbuka sambil meyediakan persiapan akhir untuk berhariraya.. 

BUAT LEMANG

Buat lemang
Salah satu juadah hari raya yang mesti ada ialah lemang,kalau tak ada lemang macam tak lengkaphidangan pada pagi raya...

Resepi untuk buat lemang ni mudah sangat2,
1)pulut
2)kelapa
3) garam
4)Air
tu je.cuma untuk menyedapkan lagi lemang kita tu,kita hendaklah memerah kelapa yang dikukur atau diparut dengan menguna air kelapa tu jugak.maksudnya jangan campur dengan air...
(Buluh ni dinamakan buluh mentul,salah satu dari nama buluh,buluh ni ialah buluh yang sangat popular untuk dibuat lemang dan nama buluh ni pun ialah buluh lemang.Buluh yang ni sangat bersih didalam nya hingga tak perlu dibasuh,oleh kerana miangnya yang sangat banyak disebelah luar maka buluh ni perlu juga dibasuh)
Sebenarnya nak buat lemang ni tak lah payah sangat,Tapi yang payah nak buat lemang adalah untuk menhadirkan kelengkapan nya seperti buluh dan daun.Bagi aku nak mengadakan bahan2 tu semua jugak tak lah payah tapi memerlukan sedikit pergorbanan iaitu memasuki hutan untuk mendapatkan nya,Buluh lemang ni pulak bukan lah buluh biasa seperti yang terdapat ditepi2 sungai,ianya buluh yang seperti telah dikhaskan untuk dibuat lemang dan nama nya pun buluh lemang..Buluh lain yang boleh dibuat lemang seperti buluh nipis,buluh berang dan banyak lagi dari 600 species buluh.Buluh2 lain yang aku tau seperti buluh cina,buluh mata rusa,buluh gading,buluh minyak buluh betung,buluh aur dan banyak lagi,tak tersebut,Tidak semua buluh boleh dibuat lemang kerana berbeza saiz dan kebersihannya,Buluh lemang biasa nya sangat bersih sehingga tak payah dibersihkan,kalau perlu dibersihkan pun kerana miang buluhnya je.

Di tempat aku ni, untuk mencari bahan2 seperti buluh dan daun tak lah payah sangat kerana berdekatan dengan kampung aku ada hutan yang berusia 130juta tahun(dakwaan pengkaji hutan hujan tropikal,aku rasa kajian tu loyar buruk je,saja2 puak2 tu nk tunjuk pandai...kata seorang kawan aku yang tak lulus mana2 universiti.dia kata, saintis ni tenguk urat kayu dalam batang kayu untuk menentu usia pokok,kalau batu pulak dia orang akan pecahkan batu, lepas tu dia orang akan seperong kedalam batu tu dan tahu lah berapa kah usia batu tu).Masuk je kedalam hutan kita akan terasa macam cerita fiksen sains LOST plk,dlm hutan ni macam2 ada tau gajah, rimau, ular tedung dan sebagainya.Pendek kata nak cari buluh lemang ni macam nak gi perang dah,segala kelengkapan kena bawak,hehehe....
 
(Buluh terpaksa dibasuh dengan bersih sebab miangnya terlalu banyak dan sangat gatal bila terkena kulit)

(rupa daun lerek yang dijadikan pengalas pulut didalam buluh,daun2 lain yang biasa digunakan untuk mengalas pulut ialah daun pisang,daun tebu,daun2 lain aku tak tahu,huhuhu..)

Atas sebab2 diataslah menjadi payah untuk membuat lemang kerana bahan asas untuk buat lemang adalah buluh lemang.Kalau dimasa2 dahulu 15hari berpuasa orang dah mula mencari buluh ni,buluh ni boleh disimpan selama itu dengan tak mengeratnya menjadi pendek.

(Lemang yang dibakar dengan api yang sederhana)

Dibakar perlahan selama 6jam,Jangka masa membakar lemang bergantung kapada kemahiran seseorang tentang cara pengunaan api yang sebesar mana harus diguna,kalau kita tersilap mengunakan api mungkin boleh membakar seluruh buluh lemang.Ada sesetengah orang membuat lemang dengan memasak dahulu pulutnya kemudian baru diisi kedalam buluh dan dibakar,bagi aku cara yang macam ni tak sedap,mungkin sentuhan tradisional nya  tak ada,menjadikan nya tak sedap.Membuat lemang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab akan mengambil masa yang lama untuk masak,kalau nak lagi sedap lemang kita,setelah lemang kita masak kita hendaklah biarkan diapi selama beberapa jam lagi baru lah boleh diangkat dan dimakan,sekian

Ahad, 28 Ogos 2011

JUADAH SESUDAH TERAWIH (M0REH)

JUADAH SESUDAH TERAWIH

Sejak dari kecil  lagi aku diasuh supaya berpuasa dan bersolat terawih,
Bertarawih meninggalkan kenangan yang jauh kapada aku kerana pergi berterawih maksudnya bebas.dimasa lalu keluar rumah memang tak dibenarkan langsung,dengan datangnya ramadan aku dan kawan sebaya seolah2 telah diberi tiket untuk bebas.Itulah syoknya apabila datang nya ramadan.Dimasa itu berterawih bukan lah agenda yang utama,yang paling utama adalah juadah selepas berterawih.Mungkin dengan kesempitan hidup dimasa itu aku dan rakan2 kurang terdedah dengan makanan yang berlebihan dan dengan adanya terawih ini lah peluang kami...
Dimasa sekarang juadah selepas terawih ini sudah dipandang sepi oleh kebanyakan orang samaada tua atau pun muda,Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh lambakan makanan yang sentiasa ada tak kira dimana dan masa..

Walau macam mana pun juadah solat terawih masih tetap diikuti oleh sesetengah orang yang lain pula,Bagi aku makan beramai2 ni memang terbuka selera.tak kira makanan tu sedap atau pun tidak,tapi kalau resepi dah diikut semua nya mana mungkin makanan jadi tak sedap,hehe...
Antara juadah yang paling popular dimasa dulu sampai sekarang adalah bubur lambuk,seolah2  ianya tak lekang dek panas ditelan usia.Juadah2 lain seperti khurma,buah2an dan kueh2 biasa yang mudah terdapat dimana2.Dikebanyakan tempat  juadah dibuat secara bergilir2 antara ahli solat terawih dan itu memang kebiasaan biasa disemua tempat..
Ini rupa bubur lambuk yang sentiasa menjadi hidangan berbuka dan juadah bersolat terawih.Makan beramai2 memang sedap selain berborak2 dan bertukar pendapat(dan mengumpat,hehehe) dan bertanya kabar antara satu sama lain.Selain dari tu boleh mengeratkan silaturahim,

Aku rasa macam mana sedap pun hidangan yang dibuat dirumah, juadah selepas tarawih tak kan pupus ditelan masa.Aku harap lah dimasa yang akan datang ahli jemaah dapat benar2 meluangkan masanya untuk menjamah juadah ni,jangan kita buat tak hirau tentang ujudnya satu majlis yang tak rasmi ni,kerana ianya juga membawa kapada banyak kebaikan yang tersendiri........

Jumaat, 26 Ogos 2011

MURTABAK ISTANA

MURTABAK ISTANA..
Sebenarnya aku langsung tak suka makan murtabak, Mungkin benda yang diisi kat dalam roti ni membuat kan aku tak menyukainya.Specis roti yang aku paling suka adalah roti tempayan dan roti canai,Tapi tah macam mana aku boleh terjumpa dengan nama murtabak ni,Aku cuba beli untuk merasa kelainan nya,Pada hemat aku murtabak ni serupa je rasanya macam yang aku dah beli untuk kebiasaannya.Tapi lain rupa2nya rasa murtabak yang ni.Mungkin dengan nama tu dia terpaksa dibuat dengan rasa berbeza dengan lain2 murtabak.Memang sedap sehingga berjelira seluruh badan,Dengan nama murtabak istana ni aku pun dah melekat untuk membelinya pada setiap petang untuk dijadikan juadah berbuka puasa...

Aku bukan lah sengaja nak memuji tak tentu pasal,Aku pun tak ada kena mengena langsung dengan penjual tersebut,Klu terkena saudara pun mungkin jugak bersusur galur dizaman malayan union hari tu atau pun pada zaman kesultanan melayu melaka.Nak pendek cerita, memang aku kena saudara dengan penjual tu,, sekurang2nya kita ni anak cucu nabi adam alaihisalam Hehehehe.


Ini lah rupa murtabak tu,tak ada beza dengan murtabak lain,Tapi rasanya agak berlainan sikit.Nk beli murtabak ni tak lah payah sangat,Pergi je kebazar2 ramadan mungkin terjumpa lah murtabak ni.Bagi aku kalau yang dijual dibazar2 mungkin rasanya kurang sikit sebab penjualnya membuat dalam kadar yang banyak.Aku biasanya akan cari tempat yang sudah terkenal yang peniaganya tak berniaga dibazar ramadan,Disitu aku rasa pembuatan nya lebih baik dari bazar.......


Khamis, 25 Ogos 2011

KAD RAYA

KAD RAYA
Sudah menjadi kebiasaan bila nak raya kita akan menerima kad raya atau kita menghantar kad raya.Kad raya dihadirkan dengan banyak jenis dan saiz,Ada yang dimakeup secantik2nya ada yang ala kadar,bergantung atas cita rasa penguna.

Dizaman cyber ni kad raya biasa sudah kurang mendapat sambutan kerana diganti dgn kad raya maya mengunakan computer dan sebagainya.Disini aku hadirkan beberapa jenis kad raya...

Kad raya juga melambangkan popularity seseorang,Semakin banyak kad yang diterima bermakna semakin glumour lah seseorang itu,Biasanya kad yang macam ni akan digantung diruang tamu untuk ditunjuk2 kapada pengunjung yang datang beraya.Bermakna kalau kita tak dapat satu pun kad raya kita ni memang langsung tak ada guna lah,tak disukai ramai,hehehe..Aku pulak memang tak ada satu pun kad raya yang diterima,bermakna hampeh lah tu,hehehe....




Contoh kad raya yang biasa kita jumpa dan boleh dibeli dimerata tempat.Kad raya jenis ni boleh dibeli dengan harga tertentu bergantung atas saiz dan kecantikan serta nilai yang diberi..Sebenarnya kad raya yang macam ni..sangat banyak dipasaran,bergantung kpd kita lah untuk membelinya..


Kad raya yang besar macam ni terdapat ditepi2 jalan khas untuk pengundi supaya mengundi party masing2 pada pilihan raya yang akan datang...Kad raya jenis ni tak payah dipos,cuma pacak je ditepi jalan oleh mereka yang berkepentingan,biasanya dibuat pekerja parti politik masing2...

 Kad raya jenis ni memerlukan kos yang tinggi,Oleh kerana ia dibiayai oleh parti ia bukan lah persoalan yang besar,lagipun ia selamat dan merangkumi semua orang.Kad raya yang macam ni tak boleh digantung diruang tamu rumah sebab terlalu besar,tapi akhir nya akan jadi dinding rumah setelah luput tarikh,hehehe....
SELAMAT HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN..