Selasa, 1 November 2011

hutan lipur rantau abang.....

 Hari ini aku berkesempatan lagi untuk makan angin,Distinasi aku kali ini ialah hutan lipur jambu bongkok,dungun terengganu.Dulu hutan lipur ini dikenali sebagai hutan lipur Rantau Abang.Terletak lebi kurang 30km dari bandar dungun dan 65km dari bandar raya kuala terengganu.Tertera diluarnya adalh hutan lipur jambu bongkok tetapi papan tanda didalam hutan lipur sendiri masih lagi tertera hutan lipur rantau Abang.
 Hutan lipur jambu bongkok bukan lah seperti hutan lipur lain,Hutan lipur ini tak ada air terjun dan sungai yang indah,Yang ada ialah kawasan hutan berpaya yang aku sendiri tak biasa dengan keadaan yang macam ini..Pertama aku sampai aku takut juga dengan keadaan paya yang gelap macam tu.Seolah macam cerita fiksen sains,konon2nya ada dinasour didalamnya,Terfikir jugak seperti filem anakonda,Fontensi untuk benda yang aku katakan memang ada sebab payanya sangat dalam,setidak2nya ular sawa aku rasakan seperti ada.hehehehe..........

Kemudahan asas Hutan Lipur Jambu Bongkok seperti jugak Hutan Lipur yang lain mempunyai segalanya termasuk surau,Tapi agak pelik sedikit hutan Lipur yang ini seperti tidak terjaga,Penuh dengan sampah sarap.Lantai ketempat rehat yang disediakan sudah pun reput memang takut untuk melalui diatasnya,Tempat rehat yang disediakan agak berlainan dari hutan lipur yang lain,Ianya dibina bersambung2 didalam hutan berpaya ini Aku rasakan hutan lipur ni sudah tak dikunjungi lagi,sebab bila aku sampai kat situ aku dapati tak ada seorang pun pengunjung yang datang ditambah pula dengan kawasan yang tak terjaga,Sayang sekali kawasan yang begini menarik tidak dapat sambutan yang sepatutnya.Nampak nya hutan lipur ni hanya gah dipapan tanda tapi hampeh bila kita sampai ketempatnya.Aku harap pihak yang berwajib dapat membaik pulih kawasan ini.Dibawah ini aku turunkan beberapa gambar untuk dinilai apa yang aku katakan.....






Ahad, 30 Oktober 2011

kalah..


Hari ini dah tiga hari piala malaysia terengganu lawan negeri sembilan berakhir dengan terengganu menerima kekalahan 1-2.Dinegeri aku ni, terengganu.perbualan nya tak habis2 lagi,Pergi kemana pun,sama ada  kedai teh tarik(hehehehehe) atau mana2 tempat orang berkumpul, kenduri kawin,kenduri arwah,mesyuarat ajk p0litik sehingga ditempat kematian pun(Telah terjadi kematian dikampung jiran aku,aku hadir pada pukul 11malam pada hari tu,aku telah diberitahu olih penduduk kat situ,jenazah terpaksa disempurnakan keesukan hari nya kerana kekurangan tenaga untuk diselesaikan pada hari tersebut kerana orang muda pergi tenguk bola dishah alam,kematian terjdi pukul 4petang,kematian pula agak trajis dan terpaksa melibatkan polis,jadi terpaksa disempurna keesukannya) orang dinegeri aku ni masih bercakap tentang piala keagongan malaysia ni.Kalau ada dua tiga orang berkumpul pasti kekalahan terengganu dipiala Malaysia ini menjadi perbualannya..huh!!!Begitu luar biasa pengaruh nya....Macam2 yang aku dengar perbualan dia orang ni ada yang lucu ada yang menyakitkan hati,silap2 buat bolih terjadi pergomolan sama sendiri (bergaduh)...

Ramai yang memaki Hairudin Omar sebab permain negeri sembilan ni asal terengganu jadi dia orang menyalahkan beliau kerana gol yang dijaringkan,Ramai plk yang menyokong hairudin sebab kesetian dan sepatutnya dia lakukan macam tu,Perbualan nya adalah,
Kata si A,"hairudin tu macam tak sedar dia orang terengganu"
Kata plk si B,"Hairuddin pun nak tolong tau,mung tenguk dak dia mana ada kejar bola,dia ambik bola yang sampai kekakinya je"
Kata plk si C,"Huh!! Kalau sikap pengurusang terengganu ni macam ni,gini lah jadinya"
Kata plk si D,"Dah guane plk"
Kata si C,"Pengurusang terengganu ni mementing kang puak2 dia je,klu main dak molek pun deme pilih jgk kerana anak buah dia,, bukang deme mementingkan kualiti.Macang hairudin tu,deme kata tua lah la dan macang2 lagi,padang dengan muka orang terengganu,kalah,hahahahahahahahaha,""
Kata plk si A,"Aku ingat ada rasuah la,"
Kata plk si C,"Mung cakap molek sket,kang aku tang kang,"

Hahahahahahahahaha Itu lah antara percakapan kedai kopi yang aku dapat sedut pada hari ini.memang hebat,seolah2 parlimen yang sedang bersidang,Ada yang sampai menepuk2 meja,hehehe.Apa yang aku ceritakan adalah benar,memang begitu dan aku menjangka kes ni tak akan habis untuk beberapa hari lagi dan kes terengganu kalah kapada negeri sembilan ni mampu menengelamkan banyak isu2 lain yang sering dibincang dikedai2 kopi,sekian,,,,

Sabtu, 29 Oktober 2011

bakar bendera

Bakar bendera?Sesuatu yang tak sepatutnya terjadi,Bakar bendera satu2 penghinaan yang amat teruk kapada satu2 kumpulan negeri atau pun negara,Hanya orang/negara yang keras kepala sahaja yang bolih menerima penghinaan yang semacam itu.Akan terjadi satu hal yang amat besar kalau dilakukan olih rakyat sesebuah negara untuk memprotes keatas negara yang lain.Seingat aku negara yang keras kepala seperti Israel dan united state of america sahaja yang buat tak tau dengan xcident yang macam ni.Biasa nya duta negara yang terbabit akan dipanggil pemimpin negara xcident tu berlaku..

Dalam xcident pembakaran bendera terengganu yang dikatakan dilakukan olih penyokong negeri sembilan memang tak sepatutnya terjadi,Pada fikiran aku yang melakukan itu tak memahami emosi atau etika,Aku ingat penyokong tu nak suka2 je,dia nak tunjuk ganas,tapi dah membawa padah,sepatutnya negeri sembilan dah menang sebab apa lah penyokong tu mengambil tindakan yang macam tu.Aku harap perkara ni tak lah menjadi suatu yang berpanjangan kerana selagi malaysia ni ujud,piala Malaysia akan tetap menjadi medan sampai bila2,Tak kan lah selama2nya kita nak berkelahi sepanjang masa keatas benda yang tak membawa faedah untuk keakhirat,hehehe.Apa2 pun penyokong terengganu jangan lah bengkeng sangat,dah nak kalah nak buat macam mana,kapada yang menang pulak jangan lah sampai bakar bendera,kan dah kena tu,sekian.....


bola..



 Penangan bola sepak sesuatu yang amat luar biasa.Pada akhir bolasepak piala malaysia antara terengganu lawan negeri sembilan, aku dapati penyokong2 terengganu begitu ghairah,Aku berjalan lebih dari 30km untuk melihat suasana yang luarbiasa ini dan memang aku dapati sangat luarbiasa.Dikebanyakan tempat samada dikampung pekan kecil memasang skrin besar mereka dengan peminat yang ramai,masing2 dengan gaya dan cara mereka sendiri.Aku dengar khabar sebuah stesen radio mengada ulasan langsung perlawanan tersebut jadi aku selamba je dengar perlawanan tersebut diradio,Pukul 8.30 malam aku dapati jalan2 disekitar pekan kecil aku dah tak ada kederaan yang bergerak,semua nya berhenti sejenak untuk mengikuti pelawanan yang mendebarkan.Kebanyakan kedai makan dipenuhi dengan pelangan,penuh sesak.Aku rasa lebih 80% kederaan tak ada dijalan raya.

Aku macam biasa je selamba,tak hirau sangat tentang perlawanan tu,bukan aku tak patriotik,tapi tak nak jadi mabuk dengan benda2 yang macam tu lagi pun hujan turun dengan lebat di hulu terengganu.Yang aku nak cari tempat yang agar terpencil dari keributan sokongan peminat terengganu.Last nya aku temui sebuah kedai yang ada 6orang je pelangan dan juga peminat terengganu.Walau pun hanya 6 orang,sorakan memang membingitkan,bayangkan kedai2 atau tempat makan yang ada beratus orang peminat,meja pun bolih pecah kalau dah macam tu,Dan ternyata lah dengan kekalahan terengganu kapada negeri sembilan 1-2 menyebabkan peminat terengganu bermuka tikus,Tp aku harap muka tikus tu simpan jauh2,biar lah muka singa tu menyala2 walau pun kalah.Aku harap penyokong terengganu pulang dengan selamat dan tak ada kejadian yang tak di ingini berlaku,sekian wasalam.
Piala malaysia,Piala yang menjadi rebutan negeri2 dimalaysi

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sikit punya lama.


 Syiling ni bertanda tahun 1948...

Pagi ni aku tak ada apa nak buat,Jadi aku membuat pembongkaran besar2an dalam bilik aku dalam misi pembersihan dari segala semak samun dan hutan rimba yang melata dan merayap.Dalam aku kobek sana dan kobek sini dan sapu sana, sapu sini dan gagau tempat2 yang agak sulit sikit (Kena berhati2,sebab bimbang ada ular sawa yang ngap tangan aku,maklum lah semak,keh keh keh) aku terjumpa 3 benda yang aku tak pernah tenguk selama ni,Tiga benda tu adalah 2 keping duit syiling yang bertanda keluaran tahun 1920 dan 1948 dan Al Qur'an kecil yang kecil sangat..Terkejut jugak aku macam mana benda tu bolih ada kat situ.Tp tak kisah lah,.Sebenarnya benda2 macam ni berlambak kat lain tp aku sengaja nak menunjuk2,heheheheheheehe....

Duit ini keluaran tahun 1920..Kalau nak dikira2 umur nya dah pun 91tahun..
Al Qur'an ni kecik sangat,nak baca pun payah kena guna kanta..

bola

Kekalutan dikampung aku dibeberapa hari yang lalu berpunca dari kemenangan terengganu diseparuh akhir bolasepak piala malaysia,Mcm2 yang aku dengar ada yang nak ke shah alam ada yang tak pergi,Riuh sekampung dengan penangan bola ni.Masing2 sibuk ada yang nak pergi dengan kereta ada yang nak pergi dengan bas,Aku tumpang sekaki je,buat2 sibuk,Padahal tak sibuk pun.Kemuncak nya pada hari ini,sebab dengan harga tiket yang mahal,ramai plk yang merungut2,Tapi dapat diredakan apabila dapat perkhabaran kerajaan negeri nak tolong bagi diskaun harga tiket yang dikatakan mahal itu,Ditambah plk dengan  insentif sebanyak Rm150 untuk sebuah kereta yang nak pergi kebukit jalil.Semakin meronta2 lah kaki2 bola yang tak pandai main bola ni..

Ada setengah orang kata harga tiket yang mahal kerana kerajaan nak main politik sebab pilihan raya dah pun dekat,Jadi untuk memikat golongan muda pihak tertentu mengunakan perngkap ini untuk meraih sokongan.Aku tanya macam mana bolih terjadi macam tu,Senang je jawab dia orang tu,dengan harga tiket yang mahal tentu terasa golongan muda ni,Jadi dimasa ni kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu dengan menawarkan khidmat diskaun harga tiket,Jadi dengan sendirinya budak2 muda ni akan kata kerajaan sangat baik dengan membantu mereka,hehehe.Itu kata setengah orang,.Kata setengah yang lain plk sebab kenaikan kos sebab itu lah harga tiket terpaksa dinaikan.Pro dan kotra tetap ada.Apa2 pun  pendapat dia orang,pada malam ini lebih 30ribu peminat bola dari terengganu akan ke kuala lumpur dan shah alam,Jaga2 lah orang KL,Ramai peniaga yang untung tu,Aku harap tak ada benda yang tak diingini berlaku semoga selamat pergi dan balik,Dan aku harap juga terengganu akan membawa balik piala Malaysia kebumi terengganu yang indah dan permai ini..Aku juga berharap supaya pergi dengan muka singa dan balik pun dengan muka singa jgk.Jangan balik dengan muka ular lidi yg kena bakar...AKU AKAN TENGUK DISKRIN BESAR JE,semoga berjaya....

Rabu, 26 Oktober 2011

hehehe..

Aku terasa benar nak menunjuk2 bab ni,Entah mengapa perkara yang aku tak suka adalah mengemas bilik aku sendiri,Aku terasa senang dengan keadaan yang begitu,Aku rasa memang tak perlu langsung aku buat macam tu,Kalau aku nak apa2 aku capai je,kalau nak kertas ambik je,begitu jugak kalau nak pen atau pun nak minum air.Begitu jugak lah kalau aku nak tidur,aku terus je tidur kat situ,Rilek dan senang..Benda yang paling aku lemas adalah kalau terlalu kecik dan terlalu kemas seolah2 tak ada tempat untuk berbaring dan pijak.

Aku pernah tenguk cerita hindustan tentang kebersihan dalam berumah tangga,aku amat pelik dengan jalan cerita yang macam tu memang langsung tak lojik kalau ada didunia nyata kebersihan dititik berat sehinggakan nak duduk dalam rumah sendiri pun tiada tempat kerana takut tercemar,kalau macam ni memang memboringkan.Aku pernah mengikuti sebuah dokomentri tentang kerbersihan yang prerfect 100%,Tiada apa pun yang ada kecuali udara 100% yang mempunyai oksigan dan hidrojan sahaja.

Aku pernah mengikuti satu ceramah tentang mengemas rumah,Kata pakar motivasi yang memberi ceramah dalam siri ceramah nya menasihatkan kapada para isteri supaya  jangan terlalu bersih apabila mengemas rumah,perlu diselerakkan sikit supaya suami dan anak2 tak terasa terkongkong dalam rumah sendiri.Rupa2nya dalam hidup kita tak perlu sangat kapada sempurna kerana kesempurnaan tak dapat juga membawa kapada kebahagiaan.

Ada orang mengatakan cerminan hati seseorang bergantung kapada cara hidupnya,Kalau seseorang itu pembersih maka baik lah hati budi nya,Adakah ianya memang macam tu? Bagi aku tak lah macam tu.Ibarat kata jauh panggang dari api. Bagi aku kebahagiaan adalah sejauh mana kita dapat menjalani hidup dengan selasa dan senang,Tidak semestinya dengan apa yang kita fikirkan bolih mendatangkan senang,Senang itu adalah sejauh mana kita dapat menjalani nya dengan keselesaan.

Tapi itu hanya lah pendapat aku yang miskin dan tinggal dikampung,Pendapat mereka yang kaya dan tinggal dibandar mungkin amat berlainan sekali.Orang yang tinggal dibandar dan mendiami rumah persis istana tentu lah pendapat mereka amat jauh bezanya.Walau apa pun pendapat yang ada,, sama ada yang kaya atau miskin,yang tinggal dibandar atau pun kampung  tujuan hanya lah satu sahaja iaitu semuanya menuju MATI.sekian hehehe......