Ahad, 4 Mac 2012

memasak tempat memancing

Memancing sesuatu yang sangat menyeronokkan kapada kaki pancing dan tidak memberi bekas apa2 pun kapada mereka yang tak suka dengan hobi ini.Memancing kapada aku merupakan hobi yang sangat aku nantikan bila disaat tertentu aku hadirkan diri ditempatnya,hehehehehehehe..

Sesuatu yang jarang mendapat perhatian dikala memancing ialah memasak ditempat memancing kerana mungkin pergi memancing tak perlu lama meninggalkan rumah jadi bekalan makanan akan dibawa dari rumah dan memasak ditempat memancing sudah tidak menjadi keperluan lagi....

Memasak ditempat memancing akan terjadi apabila pemancing meninggalkan rumah untuk beberapa hari, dan lokasi tempat memancing pula didalam hutan tebal serta dihulu2 sungai,jadi memasak ditempat memancing tak dapat dielakan lagi.

Baru2 ini aku dan 19 orang lagi telah berombongan ketaman negara terengganu untuk memancing dikawasan tersebut,Segala barang keperluan makan dibawa termasuk beras 25kg,mee segera 1kotak besar,air mineral,roti,air botol seperti 100 plus,biskut,budu 2 dozen,gula,teh,nescaffe,susu serta bawang lada dan peralatan memasak yang lain.

Dimasa2 yang lalu bila aku ada di rombongan maka aku lah yang biasanya akan menjadi tukang masak,Peserta2 yang lain mungkin malas atau pun tak tau untuk memasak,Memasak ditempat memancing mempunyai cabaran yang tertentu terutama nya untuk mencari kayu api,Kapada yang tak biasa dengan hutan tentu lah menyangka mencari kayu api merupakan kerja yang senang,sebenarnya kayu api memang tiada didalam hutan,kayu2 yang ada merupakan kayu2 yang basah yang sangat payah untuk dihidupkan api dan kerja memasak menjadi sangat payah apabila mempunyai bakaran yang tidak baik,Kapada yang dah biasa dengan hutan biasa nya mengunakan kayu2 yang terendam didalam sungai,kayu2 ini biasa nya kering kerana kayu2 ini mempunyai teras yang kalis air,selain dari itu buluh salah satu jalan keluar bila kayu api langsung tiada disatu2 tempat...

Dirombongan aku kali ini masalah kayu api untuk memasak sudah tidak menjadi isu lagi kerana bot yang disewa telah dilengkapi dengan semua peralatan memasak dari dapur gas hingga kepinggan mangkuk,yang perlu hanya lah memasak sahaja...

Memasak tempat memancing ni simple sangat yang pertamanya memasak nasi,kedua masak ikan yang dapat dari memancing..Ikan yang biasa aku dan peserta rombongan dapat ialah ikan kelah,memang nama mengail kelah tentu ikan kelah yang biasa aku dapat.

Masak nasi...
Bagi aku masak nasi kerja yang paling senang,senang cerita.., masak nasi ni bolih dibuat dengan kaki je,tak kisah apa2Ramai juga fren2 aku yang tak pandai masak nasi,bagi aku nak belajar masak nasi ni tak perlu masa yang lama, 10saat dah cukup untuk pandai,kalau 1 jam dah dapat PHD dah,hehehehehe,Apa susah sangat masak nasi ni terutamanya bila guna dapur letrik,Pertamanya isi beras dalam periuk,isi air hingga tengelam beras kadar 1 inci dan tekan suis on,beres kerja,hehehehe..

.Kali ini aku memasak untuk 20 0rang, Untuk 20 0rang  adalah kerja yang amat mudah kerana aku pernah masak nasi untuk 100 orang malah beribu2 orang,jadi kalau sekadar 20 orang memang tak jadi masalah apa2..

Prinsip memasak di tempat memancing ialah biar lebih asalkan jangan tak cukup,haaa,itu lagi lah senang,ambik 2 biji periuk bubuh 2.5 kilo untuk satu periuk,isi air secukup rasa dan rebus diatas dapur untuk selama yang sepatutnya dan kerja pun beres.....                              


Singang ikan kelah
Masak ikan kelah ni juga kerja yang senang kerana resepi nya sangat mudah,Ikan kelah pada pandangan aku merupakan ikan yang sedap tapi untuk menyedapkan lagi rasa nya tak memerlukan cara yang payah untuk dimasak,Yang aku tahu untuk memasaknya ada beberapa cara sahaja,Ikan kelah tak sedap kalau dimasak lemak atau digoreng atau dimasak dengan cara2 yang lain selain cara2 yang aku syorkan kat bawah ni....resepi yang aku gunakan memasak kelah ialah:
1) Bawang merah dan bawang putih,
2) Daun kesum,asam keping/gelugur,
3) Kunyit biasa,kunyit kesing serta garam dan air

Cara masaknya sangat mudah,semua benda2 kat atas tu diketuk atas batu tempat kita memancing, kemudian rebus hingga memdidih kecuali ikan kelah,setelah mendidih ambik ikan kelah yang dah dibersihkan campak sahaja kedalam periuk,tunggu sehingga kuah nya mendidih balik kerana setelah sosnya mendidih bermakna ikan kelah sudah pun masak.Kemudian angkat dan bolih dipelahap..kekekekekekekeke...(kapada yang makan budu bolih juga diisi semasa merebus bahan2 diatas,kalau tak suka budu memadai sahaja dengan resepi tersebut)

Cara kedua masak ikan kelah adalah cukup mudah dan tak memerlukan apa2 rempah ratus.
1) ikan kelah,
2) tempoyak
3) garam,asam keping dan air
Cara masaknya seperti cara2 kat atas tu,Rebus tempoyak,garam dan asam keping sehingga mendidih,isi ikan kelah,tunggu sehingga mendidih balik, lepas tu angkat dan makan je lah dengan nasi.Kuatiti tempoyak nak masak kelah bergantung kapada banyaknya ikan,kalau ikan kelah berat sekilo,tempoyaknya pula segelas besar begitu lah untuk banyak yang seterusnya,Kalau tempoyak yang nak diisi untuk satu sudu sahaja adalah lebih memadai digunakan pada resepi yang pertama sahaja,

Selain itu untuk memasak ikan kelah ialah dengan cara membakarnya dengan mengunakan rempah yang dijual dikedai2,Selebihnya lagi ialah dengan masak stim motor bot,hehehehehehe..Selain dari yang aku cadangkan kat atas tu masak ikan kelah memang tak sedap.sekian...........

2 ulasan:

  1. aku rase kelah ni kalau buat sushi pun okey jugak...tak pernah buat pasal tu kate tak sedap kan??? cer try tengok maner tau nak menjadik..cantekkkkkkkkkkkkk!!

    BalasPadam