Pantai teluk ketapang terletak lebih kurang 10km dari bandaraya kuala terengganu,Disebelah nya ialah lapangan terbang sultan mahmud iaitu lapangan terbang bagi negeri terengganu daruliman. Lebih kurang 1 km dari pantai ini terletaknya komplek sukan negeri terengganu yang popular dengan stadium nya yang suka kapada runtuh,hahahaha
Pantai teluk ketapang tidak lah popular seperti pantai batu buruk yang terletak dibandar kuala terengganu tetapi pantai ini sangat sesuai untuk berehat kapada penduduk setempat,Pantai nya sangat lebar dan luas..
Pantai teluk ketapang sangat popular pada hari jumaat,Ramai pengunjung yang datang sama ada untuk berehat atau pun membeli belah kerana disepanjang pantai ini ramai peniaga yang beniaga sama ada makanan biasa atau pun kain baju,Boleh dikatakan pengunjung akan memenuhi setiap ruang dikiri kanan jalan,
Pada hari lain pantai ini boleh dikatakan biasa2 sahaja, walau bagimana pun banyak terdapat kedai2 yang menjual makanan laut sehingga malam.Yang paling popular ialah ikan/udang celup tepung dan keropok lekor selain makanan laut yang lain...
Pada am nya pantai ini sangat menarik untuk dikunjungi terutama kapada penduduk negeri terengganu sendiri,Kapada pengunjung luar pantai ini terletak agak jauh dari jalan utama tapi tak rugi kalau ingin melengkapkan dairi cuti masing2....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan