Selasa, 9 Julai 2013

Lebuh raya Kuala Berang-Gua Musang.

 Dari signboard ini kesempadan kelantan/terengganu ialah 65km

Lebuh raya kuala berang-Gua Musang-Simpang pulai merupakan lebuhraya yang dah berpuluh tahun dirancang dan dibina,sehingga tahun 2013 lebuh raya ini belum lagi siap sepenuhnya.Sebab2 kelewatan pembinaan nya mungkin sebab2 politik atau pun sebab2 yang pihak berkuasa sahaja yang mengetahuinya.
 Jalan yang sangat baik tapi ditempat2 tertentu jalan nya rosak serta dibaiki akibat dari hakisan

Aku tinggalkan sangkaan aku sebab2 lambat siap lebuh raya ini yang mungkin kerana sebab2 yang tertentu......

Aku disuatu masa yang terluang mengambil masa makan angin diatas lebuh raya yang seperti separuh masak itu,Sebenarnya lebuh raya ini aku dah gunakan sebelum terbinanya lebuh raya,aku kesini kerana memancing disungai terengganu mati.Lebuh raya kuala berang-Gua Musang yang boleh dikatakan siap hampir 100% ialah bermula dari pengkalan gawi tasik kenyir sehingga kesempadan terengganu/kelantan.Bermula dari pengkalan gawi hingga sempadan kelantan jauh nya lebuh raya ini ialah dalam sekitar 65km.
(Jambatan menon,(nama diberi oleh penduduk tempatan)Sebuah jambatan yang dibina dan siap sebelum empangan kenyir siap iaitu sebelum tahun 1985.Keistimewaan jambatan ini ialah bentuk nya yang melengkung kerana kesesuian jalan yang akan dibina,mempunyai tiga batang tiang dan tiang berbentuk bulat,Panjang jambatan ini dalam sekitar 100 meter)


Bermula dari pengkalan gawi kesempadan kelantan/terengganu mengambil masa lebih kurang sejam.Lebuh raya ini belum diwartakan sehingga bulan julai 2013 dan mungkin akan diwartakan apabila semua kerja2 pembinaan lebuh raya ini selesai sehingga kesimpang chiku kelantan siap.Sejauh 65km perjalanan dilebuh raya ini tak mempunyai sebuah kampung akan dijumpai,walau macam mana pun beberapa buah kedai sementara telah dibuka oleh penduduk tempatan disepanjang lebuh raya untuk kemudahan.Seluruh lebuh raya ini tak mempunyai line talipon tetapi kerja2 pembinaan pemancar talipon sedang giat dilakukan,Dijangkakan pada bulan ogos 2013 semua kerja akan selesai dan masalah ketidaan line talipon akan selesai..
 Pemandangan Tasik Kenyir ditepi lebuh raya
Air terjun ini terletak 10km dari pengkalan Gawi Tasik Kenyir


Sepanjang perjalanan seluruh lebuh raya antara pengkalan gawi kesempadan kelantan terengganu merupakan hutan simpan,Disepanjang jalan nya mempunyai satu air terjun yang boleh dikatakan agak besar dan beberapa air terjun kecil.Kebanyakan dari lebuhraya melalui tepi tasik kenyir sehingga kesempadan kelantan dan dah tentu kawasan yang dilalui mempunyai pemandangan yang sangat indah.Sepanjang lebuh raya ini mempunyai banyak jambatan yang panjang dan jambatan yang pendek,Jambatan yang paling popular ialah jambatan menon dan jambatan sungai belimbing,Jambatan menon popular nya kerana bentuk nya yang melengkung dan siap sebelum empangan kenyir mula beroperasi,Panjang jambatan menon lebih kurang 100meter dan panjang jambatan sungai belimbing ialah 150 meter
 Santuari Gajah sungai ketiar

Projek besar yang ada melalui lebuhraya ini ialah empangan kenyir ke-2 yang sedang giat dijalankan,Projek ini telah dimulakan pada tahun 2010 yang lalu dan dalam pertengahan siapnya,Selain projek empangan kenyir ke-2 santuari gajah sedang giat dibina untuk mengantikan santuari yang sedia ada disungai ketiar
 (Diatas jambatan sungai belimbing)

Melalui lebuhraya ini merupakan sesuatu yang mengasyikan kerana sunyinya dan mempunyai pemandangan yang indah,Melalui lebuh raya ini perlu berhati2 kerana jalan ini sangat jarang kederaan yang mengunakan laluan ini,Perjalanan sepatutnya mengunakan kederaan yang lebih dari satu kerana dibimbangi kerosakan akan terjadi sedangkan perkampungan yang paling dekat berpuluh kilometer jauh nya.Kapada yang belum mengunakan laluan ini sepatutnya boleh mencuba kerana perjalanan yang diambil akan memberi kepuasan yang tersendiri,mungkin kalau bernasib baik dapat melihat kawanan gajah yang melintasi lebuh raya ini,sekian...
Jambatan sungai belimbing
Jalan yang lengang mungkin kerana belum diwartakan.(Perlu juga berhati2 mungkin ada kejadian seperti rompakan dan sebagainya)


Disempadan kelantan terengganu

2 ulasan:

  1. ada air terjun yg menarik tak kat sana?

    BalasPadam
  2. hanya ada satu saja air terjun dan beberapa air terjun kecik n beberapa batang anak sungai semua tmpt2 tu payah untuk mandi manda tp bleh jgk klu nak cuba..

    BalasPadam