DITEPI KAWASAN KAMPUNG IPOH
Kampung Ipoh atau lebih dikenali sebagai kampong padang Ipoh telah lama ditinggalkan oleh
penduduknya.Kampung ini terbina ditepi sungai tersat ia-itu sungai yang agak popular dikawasan kuala berang,hulu Terengganu.Sungai merupakan jalan perhubungan antara kampung2 dimasa2 yang lampau dan tidak terkecuali sungai tersat.Kampung Ipoh merupakan kampong persinggahan penduduk2 dihulu sungai tersat.Antara nama2 kampong yang wujud ditepi sungai tersat pada masa lampau ialah kampong tepas,kampung lebat daun,kampung pasir nyiur,kampung kuala embong dan kampong ceting,Penduduk2 dihulu2 sungai ini lah yang sentiasa singgah dikampung Ipoh bila penduduk nya mempunyai urusan dipekan seperti kuala berang dan kuala Terengganu.Dimasa itu kampong ini dibina dengan cukup baik dan tradisional,Kampung ini mempunyai pengkalan persinggahan perahu kecil dan perahu payang dan dimasa modern nya menjadi tempat pendaratan bot penambang (tahun 50an dan 60an).Mempunyai system yang lengkap seperti ketua kampong dan beberapa penolongnya..
KAWASAN TANAH KUBUR YANG SEMAK SAMUN
Setelah ditinggalkan kampong ini telah tidak menampakan rupa sebagai sebuah kampong,yang tinggal hanya sebagai sebuah kebun dan belukar sahaja,Penduduk yang paling akhir meninggalkan kampong Ipoh ialah pada tahun 1969,iaitu Wan Ibrahim bin Wan Bakar.Sebab2 utama kampong Ipoh ditinggalkan kerana terbinanya jalan raya yang menghubungkan pekan kuala berang ke kampong sekayu pada pertengahan tahun 1950,Kawasan alternatif yang dipilih oleh penduduk kampong untuk berpindah ialah kampong bukit biah,kampung buluh dan beberapa kampung disekitarnya
DANGAU KEBUN DUKU..
Dikatakan kampong Ipoh telah wujud sebelum tertabalnya kesultanan Terengganu.Kesultanan Terengganu bermula pada tahun 1726.Dikatakan kampong Ipoh kampong yang paling lama ujud di-Terengganu dan ujud nya lebih dulu dari kampong buluh kuala berang.Kampung Ipoh mempunyai cerita nya yang tersendiri,salah satu cerita yang sentiasa disebut2 ialah tentang cerita lubuk mati bertiga,Cerita epic kampong dikawasan kuala berang dan sekitar nya,Cerita ini berkisah tentang bercintaan antara tiga individu yang bersepupu antara ketiganya. http://azramsulong.blogspot.com/2011/11/lubuk-mati-bertiga.html
POKOK NYIUR MENAMPAKKAN SEBAGAI SEBUAH KAMPUNG TRADISI0NAL MELAYU DULU2
Dimasa sekarang (2013) tidak ada satu apa pun yang menarik perhatian tentang kampong ini kerana kampong ini hanya lah sebuah hutan dan mempunyai kebun kelapa sawit dan kebun2 duku dan beberapa batang pokok durian.. Sebagai bukti tempat ini adalah sebuah kampong dimasa lalu ialah kawasan perkuburan dan perkuburan ini lah telah menarik aku dan kawan aku addy klasik(nama facebooknya) untuk mengunjungi bekas kampong Ipoh.Yang menjadi tarikan nya ialah, dikatakan diperkuburan ini ada sebuah kubur yang mempunyai tanda,dikatakan tanda yang terjadi akibat batu nesan dipusara ini telah digigit harimau.Ada beberapa versi cerita tentang bagaimana batu nesan dipusara ini telah digigit harimau.
VERSI 1..
Disuatu masa yang lalu telah diam seorang guru yang dikatakan pandai harimau dikemaman Terengganu...(ada yang kata guru tersebut tinggal dinegeri yang bernama LAM PLATIH)..Guru ini dikatakan sangat pandai tentang seluk beluk harimau tentang cara2 untuk menundukan harimau.Dimasa hidupnya beliau hidup sebagai seorang guru dan pahlawan dan disegani sehingga akhir hayatnya..Setelah hidup tentu ada masa meninggalnya dan tak terkecuali kapada guru ini..
Setelah dikebumikan telah masuk mimpi kapada saudara terdekat kapada guru ini supaya memindahkan kuburnya kekawasan hulu kerana kubur nya tak selamat akibat dari dendam harimau kapada guru tersebut dan kawasan hulu yang dipilih itu ialah kuala berang Terengganu dan kampong yang menjadi perkuburan baru kapada guru ini ialah kampong Ipoh.(tak diketahui pula cara2 jenazah dibawa sebab dari kemaman ke kuala berang sangat jauh dan kederaan yang ada hanya lah perahu layar sahaja,kalau kampong guru tersebut dihulu sungai kemaman memang sangat payah untuk dibawa,cara perjalanan nya ialah,dari kemaman kekuala Terengganu,dari kuala Terengganu ke kuala berang,dari kuala berang ke kampong Ipoh,semua perjalanan melalui laut dan sungai) Setelah disemadikan balik guru terbabit,dendam harimau tak berkesudahan,Pada esuk harinya gempar lah seluruh kampong mengatakan nesan guru terbabit telah digigit harimau dan kesan dari gigitan itu masih kekal sehingga sekarang.Itu lah cerita yang diceritakan dari titis menitis...
KAWASAN PERKUBURAN
VERSI 2..
DiKampung Ipoh mempunyai seorang yang tersangat bengis,Beliau sama sekali tak boleh disentuh dengan apa cara sekali pun sama ada harta bendanya atau pun anak isterinya,Beliau mempunyai banyak binatang peliharaan seperti kerbau,Pada suatu hari salah seekor dari kerbau kesayangan nya telah dibaham oleh harimau dan beliau telah bersumpah akan menuntut bela atas kehilangan kerbaunya akibat dimakan oleh harimau.Beliau telah mencari keseluruh ceruk kampong dan kawasan hutan disekitarnya tapi beliau gagal menjumpainya.Dalam perjalanan pulang beliau telah berjumpa dengan anak harimau yang tak tahu datang nya,kerana tersangat panas hati dengan apa yang terjadi beliau telah membunuh anak harimau yang dijumpai,Setelah puas hati beliau berjalan pulang dengan tergesa2 kerana hari dah hampir malam,Dalam perjalanan pulang itu lah beliau telah ditimpa kemalangan,Beliau telah tercocok duri langka,duri yang sangat bisa,beliau terheret2 dan merangkak akhirnya sampai juga beliau kerumah,Oleh kerana terlalu bisa duri tersebut dan tiada ubat yang sepatutnya dengan disertakan ajal nya telah sampai maka meninggallah dia malam itu...
Keesukan harinya beliau telah disemadikan ditanah perkuburan dikampung Ipoh.Cerita tentang lelaki ini tidak habis begitu sahaja,Rupa2nya ibu harimau yang anak nya telah dibunuh oleh lelaki tadi ingin menuntut bela atas kematian anak2nya berdasarkan batu nesan lelaki tadi telah digigit oleh harimau yang membalas dendam dimalam kedua beliau dikebumikan.dan diceritakan kan juga pada malam pertama jenazah ada dirumah, harimau telah menunggu dibawah rumah berdasarkan tapak kaki harimau dijumpai oleh anak2 dan isteri arwah...
BATU NESAN YANG DIKATAKAN DIGIGIT HARIMAU,(SEBELAH KEPALA)
Sesampainya aku bersama Addy Klasik aku dapati kawasan perkuburan bekas kampong Ipoh ini sudah tak terjaga lagi,ianya telah dipenuhi dengan semak yang sangat tebal,Mendatangkan takut untuk memasukinya,Ditakuti ada ular atau sebagainya,Disekeliling perkuburan ini merupakan kebun duku kepunyaan penduduk yang berdekatan.Aku rasakan tempat ini sudah tak dikunjungi lagi melainkan apabila terjadinya musim buah.
Ada sedikit keanehan yang terjadi untuk mencari nesan yang dikatakan digigit harimau,Aku dan addy klasik telah beberapa kali berpusing2 ditempat tersebut,namun nesan tersebut tak jugak dijumpai,Mungkin sebab semak dan sebagainya,Setelah hampir berputus asa tiba2 aku terpandang nesan yang ada kat situ,Sedangkan aku dan addy klasik telah berkali2 lalu ditempat itu dan kawasan yang nesan dijumpai itu dikawasan terang,Agak menghairankan....
BATU NESAN YANG DIKATAKAN DIGIGIT HARIMAU (SEBELAH KAKI)
Setelah membersih apa yang patut dan mengambil gambar serta membaca doa, aku dan Addy Klasik meninggalkan kawasan perkuburan yang sunyi sepi itu,
Semoga Roh mereka dicucuri rahmat
PUSARA YANG DIKATAKAN NESAN NYA DIGIGIT HARIMAU..
~~~~catitan~~~~
a)Aku telah bercakap2 dengan beberapa orang dan menanya mereka tentang batu nesan yang dikatakan telah digigit harimau,mereka berpendapat batu itu telah dipahat oleh seseorang yang boleh dikatakan sebagai pencetus,tujuan nya hanya lah untuk mensensasikan sesuatu untuk membolehkan orang kemudian mengingati kampong Ipoh.Orang yang melakukan kerja ini boleh dikatakan sebagai orang yang bukan dari zaman nya,Individu ini kalau hidup diabad ke-21, akan menjadi seorang yang cerdik,sekurang2nya sebagai pakar computer atau pencetus idea untuk merubah manusia.
b)Negeri LAM PLATIH??? Aku cukup hairan dgn nama negeri ni,Aku telah lama dgr tentang negeri ni,tp aku tak tau duduknya kat mana,Aku juga telah diberi faham negeri ni terletak di sebelah timur dan merupakan sebuah negeri samudera,negeri ni sgt luas,sentiasa berkabus.Tak dapat dimasuki,Borneo kah,sulawesi kah atau irian jaya..Setelah difikir2 dan di google,aku memang tak jumpa nama negeri ini,,hehehehe,kikikiki,kakakaka,by azram sulong...
YANG JAUH DIPUNCAK MERUPAKAN KAWASAN PERKUBURAN DAN BEKAS KAMPUNG IPOH
PENGKALAN IPOH YANG MENJADI KENANGAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan