Sabtu, 11 Oktober 2014

perjalanan ke kuala pegang

Pada 5hb okt 2014 aku telah menerima jemputan kawin kawan aku di Baling Kedah Darul Aman,Pada hari itu juga jatuh nya hari raya kurban.Aku sendiri menjalankan ibadat qurban pada hari itu,Kawan aku beria2 benar mengajak aku ke kenduri kawin anak nya,Aku menjadi serba salah untuk menerima atau menolak jemputan nya kerana anak yang hendak dikawinkan merupakan anak tunggal nya,Maksud nya kenduri kawin anak kawan aku merupakan kenduri kawin awal dan akhir nya.Oleh kerana tak mahu mengecewakan rakan aku,Aku telah berjanji untuk hadir dimajlis kenduri nya.
SIMPANG SEKAYU

Pada 5hb okt 2014 pukul 11.30 pagi aku bertolak dari kampung aku dikuala berang ke kuala pegang kedah setelah aku menyelesaikan ibadat korban.Perjalanan dari kuala berang ke kuala pegang sejauh 377 km,Tak lah jauh sangat.tapi terpaksa melalui dua buah negeri iaitu kelantan dan perak sebelum tiba di kedah.Biasanya perjalanan sejauh itu mengambil masa hanya 4 jam sahaja tetapi keadaan jalan dan lalu lintas segala kemungkinan boleh terjadi..

Dengan mengisi minyak penuh tangki rm 70 dikuala berang perjalanan bermula dari kuala berang kesungai tong setiu dan berakhir dijertih terengganu di negeri terengganu dan mengambil jalan dilebuh raya timur barat bermula dari pasir putih kelantan hingga ke jajahan Jeli di kelantan.Masa yang diambil sejauh itu ialah 2jam 30 minit..Tempat2 yang dilalui sepanjang perjalanan ini ialah pekan kuala ping, pekan sungai tong,pekan Calok,bandar Permaisuri,Jabi dan jertih di negeri terengganu dan bandar macang,tanah merah serta bandar Jeli di negeri kelantan

 GUNUNG RENG DI JELI

Lebuh raya timur barat bermula dari jeli Kelantan tapi sesetengah orang mengangap lebuh raya timur barat bermula dari simpang pasir putih.Pada sesetengah orang pula mengangap lebuh raya timur barat bermula bila melalui banjaran titiwangsa.Bagi aku tak menjadi penting lebuh raya timur barat bermula dari mana yang penting mesti sampai ketempat kenduri di kuala pegang pada pukul 5 petang kerana pada pukul 6 petang aku akan bertolak balik keterengganu pula,Lebuh raya timur barat telah beberapa kali aku lalui,Yang pertama aku lalui lebuh raya ini 24 tahun yang lalu,Aku tak ingat kemana aku pergi tapi yang paling pasti lebuh raya timur barat tak pernah berubah sejak dari itu,Jalan nya sempit seperti dahulu,seperti tak terjaga,bekas tampalan tar ada disana sini,Aku dapat rasakan lebuh raya ini tak menepati sebagai sebuah lebuh raya,Yang paling aku ingat tentang lebuh raya ini ialah empangan pergau,hentian titiwangsa dan tasik banding.
 LEBUH RAYA TIMUR BARAT

Empangan pergau telah dibina sekitar tahun 1994,Ia dibina untuk memenuhi permintaan kuasa letrik yang bertambah,Aku tak pernah sampai ke empangan ini kerana untuk kesitu memerlukan masa yang lain,Hentian titiwangsa merupakan hentian dipuncak banjaran titiwangsa,Suhu yang sejuk merupakan keistimewaan hentian ini,Hentian titiwangsa mempunyai kemudahan asas yang diperlukan kapada penguna lebuh raya timur barat.Tasik banding merupakan tasik buatan manusia yg terletak di daerah grik perak,Lebuh raya timur barat akan membelah tasik banding di kiri kanan laluan nya,Empangan temenggur terhasil dari takungan tasik banding yg di bina pada tahun 1974 (apa yg aku faham)Aku tak hairan dengan tasik banding atau empangan pergau kerana ditempat aku sendiri telah ada tasik yang paling besar di Malaysia iaitu Tasik Kenyir,Tentu kedua2 empangan atau tasik ini serupa dengan tasik2 lain seperti Tasik Kenyir.

Memandu dilebuh raya timur barat dari Jeli ke grik yang sejauh 124km mengingatkan kita kapada pasukan yang membinanya kerana lebuh raya timur barat boleh lah dikatakan dibina atas darah askar2 melayu yang menjadi pengawal kapada pasukan yang membina lebuh raya ini,Askar melayu sering menjadi ancaman keatas pembinaan lebuh raya ini,pernah terjadi pentempuran antara askar2 dan pihak komunis disini.
TASIK BANDING

Berhenti sekejap dihentian titiwangsa merupakan sesuatu yang penting bila melalui lebuh raya timur barat kerana disitu mempunyai keperluan asas yang disediakan disamping menikmati suhu sejuk nya,agak rugi kalau tak berhenti sambil berehat sebentar kerana hentian ini tak ada di lain2 hentian ditempat lain.Aku sampai dihentian ini pada pukul 3.00 petang dan meneruskan perjalanan pada pukul 3.30 petang setelah selesai solat jamak takdim,Dari hentian ini ke tasik banding mengambil masa lebih kurang 30 minit,Ditasik banding aku tak berhenti kerana ingin cepat untuk sampai ke distinasi,Melepasi tasik banding aku mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi untuk sampai ke sungai rui iaitu berakhir nya lebuh raya timur barat,

Melalui bandar grik yang amat masyhur itu mengambil masa lebih kurang hampir satu jam untuk untuk sampai ke kuala pegang dengan melalui perkampungan seperti perkampungan melayu di terengganu,tiada bezanya.Cuma laluan yang diambil untuk kekuala pegang agak bengkang bengkuk dan mempunyai selekoh yang tajam dan sangat membahaya,Diperjalanan antara grik dan kuala pegang aku berjumpai dengan tiga kemalangan teruk yang mungkin melibat kan kematian berdasarkan kapada kederaan yang rosak teruk.Yang paling menarik perhatian aku ialah berdiri gagah nya dua buah gunung yang tersergam indah dikanan perjalanan,Serasa aku ingin mendakinya,kecuraman nya sangat menarik perhatian,Diceritakan kapada aku dikawasan ini sering terjadi ganguan yang tak diingini,dikatakan juga laluan ini sepatutnya dielakkan kalau memandu pada lewat malam..

(Tempat2 yang dilalui sepanjang hentian titiwangsa ke kuala pegang ialah,tasik banding,sungai rui,grik,perkampungan melayu,baling,kupang dan kuala pegang.Hanya itu yang aku ingat)
BERHAMPIRAN GRIK

Tepat pukul 5.00 petang aku sampai dikuala pegang,dirumah majlis kenduri yang diadakan.Makan masakan yang berlainan sedikit dari tempat aku,Aku disambut meriah oleh tuan kenduri kerana aku hanya lah satu2 yang datang dari jauh,terengganu.Aku diperkenalkan oleh tuan rumah kapada kawan2nya,Mendengar lagu selamat pengantin baru oleh saloma menambahkan lagi serinya majlis kawin pada hari raya korban itu...


Setelah beramah tamah dengan tuan rumah dan rakan2 yang dah biasa aku kenali,aku bertolak balik keterengganu pada pukul 7.00 malam sejam lewat dari yang dijadualkan.Laluan yang diambil untuk keterengganu merupakan jalan yang sama semasa aku datang.Setelah mengisi minyak sebanyak RM 70 distesen minyak shell diperjalanan,Aku mengambil laluan seperti yang aku datang pada siang hari nya.Dengan melalui Grik,Tasik Banding,Hentian titiwangsa,Jeli,Macang,Jertih,Sg Tong,Teris, kuala berang dan seterus nya kekampung aku yang terletak 8km dari bandar kuala berang aku sampai kekampung tepat pada pukul 1 malam setelah brhenti dua kali dalam perjalanan,Dengan Kos minyak sebanyak RM 140(tak sampai RM 140 sebab dalam tangki masih ada 2 bal lagi seperti tentera didashboard).Makan gear box sebanyak seperiuk sederhana,aku tidur pukul 2.30 pagi,huhuhuhu,baru puasa hati...SEKIAN

catitan:gambar2 tak dapat dimuatkan kerana kehilangan tablet,Didalam nya ada  semua gambar perjalanan saya ke kuala pegang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan