Selasa, 17 Januari 2017

dari sungai gawi ke laloh


BERSCRAMLER 
DARI TERENGGANU MATI KE LALOH
KUALA KRAI KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM.....
Cerita ini hanya lah kenangan sahaja,Perjalanan bermotosikal yang aku dan kawan-kawan seramai tujuh orang lakukan pada tahun 2002 di lima belas tahun yang lalu. Dimasa itu belum lagi ada lebuhraya simpang pulai, perak ke kuala berang terengganu.Tapi kenangan nya masih  segar dalam ingatan.Itulah satu-satu perjalanan yang aku buat yang paling mencabar.


Seminggu sekali aku sering memacing diterengganu mati tempat yang paling banyak ikan kelah ditempat aku,sehingggakan ia dikunjungi oleh ramai pemancing dari luar daerah dan luar dari tempat aku seperti kuala lumpur dan singapura.Aku dan kawan-kawan telah pergi keseluruh tempat dikawasan tersebut sehinggakan tempat yang jarang dikunjungi pun kami redah untuk mencari tempat yang baik.Dari situ lah aku dapat tau ada jalan melalui hutan kekelantan.Dan hasrat untuk merentasinya ada difikiran.


Gambar-gambar yang aku paparkan disini bukan lah gambar yang diambil waktu perjalanan tu,Gambar-gambar ini hanya lah hiasan sahaja ianya seiras-iras dengan perjalanan aku dan kawan-kawan,Pengembaraan aku itu mengambil masa seminngu untuk disudah dengan empat hari tiga malam kesemua nya didalam hutan yang tebal.

Hari yang dicita-cita itu pun tiba jua..

HARI PERTAMA
Dipagi hari itu kami bertolak keterengganu mati seawal pagi untuk memulakan perjalanan dalam merasa pengembaraan yang kami sendiri tak tau kemana arahnya,cuma berdasarkan dari cakap-cakap orang sahaja.Pada hari itu kami cuma bersiap-siap sahaja untuk perjalanan yang sebenarnya keesukan hari.Barang-barang dibahagikan sama rata termasuk lah minyak,bekalan makan dan pakaian,Minyak diisi penuh tangki dan masing-masing membawa sepuluh liter seorang dan diikat pada motor masing-masing.Pada malam itu kami menghabiskan masa dengan memancing dan kemudiannya tidur dengar debaran...

Pukul 9 pagi aku memulakan perjalanan dengan mengingati apa yang digambarkan dari cakap-cakap orang arah jalan yang patut kami lalui.Perjalanan dipermulaan ini tak lah mencabar sangat,sekadar layan-layan sahaja,Tetapi disebelah petang keadaan menjadi bertambah sukar kerana jalan yang dilalui tidak menampakan tempat laluan pun hanya sekadar denaidenai binatang hutan sahaja.Hari yang semakin gelap menambahkan lagi kesukarannya.Tiada tanda-tanda tempat untuk berhenti dan berehat,Puncak yang semakin meninggi,hutan yang tebal dan tiada anak sungai memang amat menyulitkan(perlu diingat kami tak berhenti untuk solat asar kerana dah dijamak takdim dan solat maghrib di jamak takhir kedalam waktu isyak,itu lah lojik nya ajaran islam)Pada pukul 10 malam baru lah kami berjumpa dengan anak sungai dan kami mengambil keputusan untuk bermalam disitu.Setelah memasak dan makan dengan ala kadar kami tidur beralaskan khemah dan berbumbungkan langgit serta dipagari dengan motor kami sebagai pendinding dari binatang buas.Dan bertemankan kegelapan malam yang amat sangat kami tertidur dengan begitu nyenyak dan berakhir lah perjalanan untuk hari yang pertama.......

Laluan yang semacam ini sering ditemui,tersangat licin kalau hujan.

Subuh lagi kami dah pun bangun untuk memulakan perjalanan dihari kedua,Setelah makan pagi (makan pagi hanya lah minum teh o dan makan nasi lauk budu dan ikan tawar yang kami kail dekat kami tidur)dan mengikat semua barang termasuk lah minyak,pakaian dan barang makan kami memulakan perjalanan yang belum menentu.Melalui kesan denai binatang hutan kami redah hutan besar itu dengan berbelah bagi kerana mungkin kami akan tersesat jalan,Setelah ditinjau-tinjau dan agak-agak kami dah memulakan pendakian yang seperti tak ada penghujung.Dari pagi sehingga tengah hari tidak menampakan pendakian akan berakhir,,Perjalanan semakin menyeksa ditambah hujan dah mula turun dengan lebat,Jalan yang teruk serta licin dengan tanah runtuh dimerata tempat.Motor terpaksa ditolak dan dipikul sebuah demi sebuah dilaluan tersebut,Kecerunan disatu-satu tempat 60-70 darjah dan amat lah menyulitkan.Dari pagi sehingga  pukul 12 tengah malam baru lah ada tanda-tanda laluan dah pun mula menurun,Dari pagi sehingga waktu itu kami tak makan apa-apa,keletihan dan kelaparan jangan dikira,Nak memasak memang tak ada tempat dengan hujan yang sebegitu.Dengan keletihan itu lah kami meneruskan juga perjalanan,Yang kami mahukan waktu itu adalah berhenti berehat dan anak sungai.Pada pukul dua pagi baru lah kami temui tempat yang baik untuk tidur.Setelah memasak dan makan dan membuat perkara yang sepatutnya kami tidur berbumbungkan khemah kami serta beralaskan tanah kami nyenyak jugak tidur sehingga pagi.Berakhir lah perjalanan dihari kedua......


Laluan dicari kadang-kadang mengambil masa yang lama.Dan laluan itu seteruk ini,Kadang-kadang hutan yang tebal diredah begitu saja tanpa ada bekas jalan lama walaupun sedikit.


Meredah anak sungai yang seperti ini amat biasa.Diatas banjaran anak sungai yang ditemui kecil-kecil sahaja.Kalau dibahagian bawah sedikit anak sungainya agak besar,Disini terdapat banyak ikan yang sebesar lengan,Biasa ikan-ikan yang ada kat sini tengas,keli dan baung.tempat seperti ini lah kami berhenti untuk bermalam.Ikan disini sangat mudah dipancing kerana ketiadaan pemancing yang datang.10 -20 minit memancing dah cukup untuk dibakar....
Jalan yang licin serta curam dan mengerutu sangat menyeksakan
HARI KETIGA
Dihari ketiga ini kami memulakan perjalanan ditanah yang datar, Jalan yang licin tapi tak ada masalah sangat sebab kawasan yang landai semacam itu.Dilaluan ini kami banyak temui kesan-kesan jalan lama dan agak rumit untuk memilih laluan yang betul.Pokok-pokok buluh yang besar sebesar tiang letrik kami jumpai dikawasan ini,Kami merasa lega sebab mungkin tak lama lagi kami akan menjumpai penempatan penduduk.Lagi melegakan kami kerana disitu mempunyai sistem sungai yang baik,kolam yang besar,sebesar dua padang bola,tapi itu hanya sementara sahaja kerana pada pukul tiga petang di dapati kami masih  diatas pergunungan lagi.Mungkin ribuan kaki dari paras laut,Setelah laluan yang kami lalui mula menurun dengan mendadak..Yang paling mengusik perasaan aku semasa sehari suntuk bermotor dikawasan landai tersebut aku dapati kawasan tersebut mempunyai sistem seperti dibawah pergunungan.Rupa-rupanya dikawasan itu merupakan ulu kepada sungai-sungai yang besar dibawah.Terus terang aku sangat takjub dengan semua itu,Apa tidak nya,yang kita rasa kan dibawah pergunungan rupa-rupanya dikemuncak yang luas,mungkin mereka-mereka yang biasa dan pembalak tau tempat yang semacam ini.

Bermula dari penurunan itu lah laluan dah semakin teruk,mempunyai lumpur yang dalam separas pinggang akibat dari tanah runtuh.Tiada jalan yang mudah untuk melepasi kawasan tersebut melainkan membina laluan altenatif mengunakan batang tepus dan kayu,Selamat melepasi kawasan tersebut sudah pun malam.Hujan yang lebat membuatkan kerosakan kapada motor kami dan terpaksa di baiki,Bayangkan hutan yang tebal memang tiada tempat untuk berhenti,motor pula meragam dan ini sesuatu yang amat melemahkan dan memerlukan keazaman yang sangat kuat.Disinilah belum pernah terjadi kami terpaksa membaiki motor diatas himpunan kayu diatas air dianak sungai yang agak besar..Nak melakukan didarat memang tak dapat kerana takutkan binatang buas seperti gajah dan harimau serta binatang melata,Setelah semua nya siap kami memulakan perjalanan pada pukul 10 malam dengan menuruni kawasan itu sepanjang malam,Pada pukul 5 pagi ksmi berhenti untuk berehat setelah menuruni pergunungan sepanjang malam dihari ketiga yang dah pun hari yang keempat.Sejak kelmarin kami penunggang dan mengheret motor lebih dari 20 jam tanpa henti,Dan tak pernah terjadi dalam sejarah aku sembahyang jamak magrib dan isyak pada pukul 5 pagi dan tak sampai setengah jam dah pun masuk waktu subuh,sebenarnya pada hari itu kami tak tidur pun,hanya duduk-duduk di unggun api, memanaskan badan,memereksa kudis dan luka,sebenarnya kami memakai kasut hujan sahaja,akibatnya kaki dah terkena jangkitan yang teruk,merah dan berdarah....

 Pokok buluh yang kami jumpa jauh lebih besar dari pokok buluh yang ni,memang sebesar tiang letrik,aku tak pernah tenguk buluh yang sebesar itu......

Lopak atau laluan air hujan menyebabkan terjadi parit-parit yang besar,sehinggakan kami terpaksa menunggang didalam parit-parit tersebut berkilometer jauh nya.Memotong pokok yang tumbang dibanyak tempat jugak.

 Kegembiraan yang sebegini langsung tak ada,keadaan adalah serius cemas dan menakutkan.



Hari ini kami meneruskan perjalanan macam biasa setelah makan pagi merangkap makan tengah hari dan makan malam untuk hari yang ketiga.Perjalanan tak lah teruk sangat sebab laluan yang kami lalu itu bekas kawasan pembalakan yang sangat baru ditinggalkan,berdasar keratan kayu dan chop pembalakan,dan kami telah pasti kawasan itu adalah negeri kelantan.Macam perjalanan yang telah lalu ada tempat kami terpaksa memikul motor kami disebabkan jambatan balak telah pun runtuh,Walaupun perjalanan hari ini langsung tak merncabar tapi kami mengambil masa yang lama untuk sampai keperkampungan yang terdekat sekali.Pukul dua petang barulah kami merasa benar-benar gembira yang teramat sangat kerana kami dah mula mengesan pekampungan berdasarkan kapada kebun-kebun yang kami jumpai.Ternyata ia nya benar setelah tak beberapa lama kemudiannya kami dah pun berjumpa rumah dan kedai...

Kami singah dikedai tersebut untuk makan dan berehat,kebetulan pula kesemua minyak motor dah pun habis.Walau macam mana pun pun kami dipandang dengan curiga oleh penduduk kampung.Tertanya juga dibenak aku adakah ini kawasan primitif,mana lah tau kut-kut kami dah sampai kealam,lain,hehehehe.... 

Mengambil masa yang lama jugak kami dihampiri oleh seorang pemuda yang mempekenalkan diri sebagai anak ketua kampung disitu,Beliau hairan kebolehan kami melepasi tempat tersebut dengan laluan balak yang becelaru,Kami telah diberitau oleh beliau,kalau kami sesat mengambil masa yang lama untuk mengesannya.Dari berkenalan dan bercerita, kami dimaklumkan nama kampung tersebut adalah kampung miak,Kampung itu sangat terpencil kedudukannya dari bandar,sejauh 30km dari pekan terdekat yang bernama laloh,Sungai yang kami lalui sejak  kelmarin adalah sungai miak,sangat kagum dengan percapaian kami itu, kami dibagi makan free kat kedai tu kecuali minyak.Perkampungan tersebut tak boleh dicapai dengan alat telekomunikasi kerana terlalu jauh kedalam hutan,siaran tv hanyalah astro sahaja.Kami dihargai dan dibangga-bangga oleh penduduk tempatan dengan diberi bermacam-macam kemudahan makan dan ubat-ubatan,terima kasih banyak diucapkan...


Laluan yang setinggi ini dilalui pada malam hari,Awan kelihatan seolah-olah lautan,fenomena yang macam ini sangat mengerunkan,sehingga tak mampu untuk bersuara..

SETERUSNYA
Selama dua malam kami tinggal dikampung tersebut kerana memikirkan  jalan mana yang harus dilalui untuk pulang kekampung,moto-moto kami semuanya jenis tak ada cukai jalan yang hanya diguna untuk tujuan yang semacam itu sahaja,Setelah berfikir,kami mengambil keputusan untuk pulang mengunakan jalan hutan juga tapi melalui felda aring,gua musang.

Pagi jumaat itu kami kami kepekan laloh untuk mengisi minyak sama seperti kami mula-mula datang dahulu,dari kampung miak kelaloh sejauh 30km,dari laloh kesimpang ciku sejauh 40km,untuk kefelda aring pula kami terpaksa menunggang lagi sejauh 30km,Dari felda aring ini lah kami terpaksa menunggang kembali ketasik kenyir yang jauh nya kami memang belum pasti,dari cakap-cakap orang difelda tersebut tasik kenyir tak lah jauh sangat.

.
Bermula dari situ kami akan menempuh perjalanan yang seperti kami datang mula-mula dahulu,Perasaan memang berbelah bagi,antara yakin dan tidak,Kami melintasi sempadan kelantan terengganu pada 12 tgh hari dengan tidak menemui arah laluan yang sebenar, Dengan moral dah semakin lemah kami mengambil keputusan untuk kembali semula ke laloh,pekan kecil yang banyak menolong kami.Dari dalam negeri terengganu kami melangkah kembali kenegeri kelantan.Perjalanan dari hutan tebal itu kepekan laloh adalah sejauh 100km,
Kami sampai kepekan laloh pada hari jumaat itu pada pukul 11mlm setelah membuat pejalanan lebih kurang 200km pergi balik.Malam itu kami tumpang bermalam dirumah ketua kampung dipekan tersebut yang bernama pak ku hamzah,Jasa baik nya kami kenang selagi teringat,Dengan pertolongan beliau lah  jugak kami menyewa sebuah van untuk menhantar kami pulang ke kampung kami di kuala berang terengganu pada keesukan harinya...

Kami bertolak dari laloh pada pukul 11 pagi melalui kuala krai,macang kejerteh dan terus ke kuala berang dan tiba pada pukul 3petang.Sewa van rm200. Motor yang kami tinggalkan diambil seminggu kemudian nya dengan lori besar.




HANTU
Kalau kita biasa dengan hutan mainan makhluk ini memang tak dapat dielak,Kepada yang tak biasa mungkin mengangap cerita-cerita seperti ini hanya lah mengarut sahaja.Sebenarnya pada malam pertama lagi kami telah diperlihatkan benda-benda yang langsung tak lojik iaitu kami menjumpai rumah dalam hutan yang siap dengan letrik,lama-lama ditenung akhir nya peristiwa itu hilang begitu sahaja.Dalam keletihan menunggang kami telah bertelagah disebabkan keliru sama ada kawan telah pun kedepan atau masih di belakang,Ada yang mengatakan dah kedepan dia sendiri yang melihatnya.,Padahal kawan yang tadi masih dibelakang.Mainan yang semacam ini hanya lah untuk menyesatkan sahaja,kalau tak berhati-hati mungkin terjadi perkara yang buruk.

Dihari kedua kami telah menjumpai kawasan perumahan yang lagi besar dari malam pertama.Siap pula dengan jalan raya berdasarkan lampu-lampu seperti lampu-lampu kederaan,Begitu lah juga kalau kita diam dan renung baik-baik susana yang seperti itu akan hilang begitu sahaja.Kesukaan kami menjadi sesuatu yang menakutkan dan kami membiarkan sahaja dan meneruskan perjalanan..

Dihari yang ketiga lagi mengerikan dibanding dari malam pertama dan kedua,Semasa kami menuruni bukit untuk sampai kesungai,bilangan kami telah berubah dari tujuh telah menjadi  sembilan atau sepuluh orang.Peristiwa itu telah berlaku kapada aku sendiri,Berkali-kali aku membilang tapi masih ramai bilangan kami sehingga lah kami sampai kesungai,Sesampai disungai kami mandi untuk membersihkan diri kerana kami yakin penempatan sangat dekat,Yang hairannya setelah kami semua berkumpul masih ada lagi makhluk yang sedang mandi,Kami hanya membiarkan sahaja mainanan hutan seperti ini.

Dikampung pertama kami singah penduduk disitu mendakwa kawasan yang kami lalui itu sangat keras,Mereka menjadi hairan juga,tapi dengan nada yang bergurau kami katakan benda-benda kat situ malas nak campur sebab bunyi motor yang bising,membigitkan telinga,hehehe.....

Kolam yang kami jumpai itu lebih besar dari kolam ini,yang aneh sedikit hanya empat orang sahaja yang melihatnya.Kami tak sempat untuk memancing kerana kesuntukan masa.


Pekan laloh kuala krai kelantan yang menjadi perhentian terakhir kami.Motor yang kami tinggalkan itu kami ambil seminggu kemudian nya...

Aku tak dapat mengagak sejauh mana kah perjalanan kami itu dari terengganu mati ke kampung miak dikelantan,Kami telah menghabiskan 20liter minyak untuk sebuah motor,Dilaluan yang curam kami matikan motor untuk berjimat.Pada hari pertama kami menunggang selama 14jam,Hari kedua 17jam dan hari ketiga 20jam.Melepasi kampung miak kami dah tak ambik kira kerana kami telah pun berada ditempat selesa dan selamat.Semua perjalanan yang dibuat selama 57jam termasuk hari keempat ke kampung miak.AMIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan