Jumaat, 13 November 2020

Berkayak di sungai berang

Sungai berang terletak dihulu Terengganu,sungai berang mempunyai panjang sekitar 70 km sehingga ke Kuala berang.Sungai berang berkualakan disungai terengganu dan juga merupakan cawangan sungai Terengganu,Panjang sungai berang berdasarkan Google map bkn panjang yg rasmi...Separuh dari panjang sungai berang melalui kawasan perkampungan dan separuh lagi merupakan hutan rimba..Kampung2 yg dilaluinya ialah,kampung belukar bukit, menerong,pengkalan ajal,pasir pelata,batu 24,tanjung putat dan akhir kg buluh..Hulu sungai berang bermula digunung padang,Gunung padang mempunyai beberapa Hulu Sungai lain seperti sungai tersat..

Sejauh 35 km kawasan yg dilalui sungai berang ialah kawasan kampung yg bermula dikampung belukar bukit himgga kuala berang,Sejauh 35 km lagi iaitu kehulu nya bermula dari pada gunung padang hingga ke kg belukar bukit...Kawasan kampung yg dilalui nya kebanyakan nya merupakan kebun kelapa sawit dan semak2,Dalam 10 km disungai berang ni telah diberi nama sebagai little amazon hulu terengganu.Tak dapat dipastikan sebab2 jolokan ni diberi,Mungkin ada sesuatu yg menarik sehingga jolokan itu diberikan...

Program berkayak yang aku sertai pada 7-11-2020 telah dibuat oleh adik beradik aku sendiri,dia orang yg sewa kayak,aku hanya kayuh je..peserta terdiri dari adik beradik aku,ipar2 duai aku,anak2 saudara aku,pendek kata semua nya dari satu family.Bertolak seawal pukul 8.30 pagi dari kampung belukar bukit melalui kampung2 yg aku sebut diatas,Perjalanan berkayak sejauh 35km menurut google map hingga ke kuala berang,Ditengah2 perjalanan berhenti hanya dua kali,yang pertama dikampung menerung untuk makan2 dan berehat,yang kedua di kg pasir pelata untuk makan tengah hari,Makan tengahari dah pun pukul 2.30 ptg..Sampai dikuala berang atau  kampung buluh pada pukul 6.00 petang,Dikampung buluh ni lah kami menyewa kayak dgn pengusaha kayak dikedai ikan bakar kg buluh..Sewa kayak ialah rm 50 untuk sebuah dan kami menyewa untuk 10 buah kayak,Kos Rm500 dan upah untuk bawak kayak ke belukar bukit ialah Rm80,Tu pun sebab kawan yg punya lori,kalau tuan lori yg tak kita kenal mungkin sewa nya akan lebih tinggi lagi..Jauh perjalanan melalui jalan raya dari kuala berang/kg buluh hingga ke belukar bukit dalam 26km..sekian..

video2




3 ulasan:

  1. Bila nak share cerita kebun encik azram ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..skrg ni kebun sayur dah tak de,tinggal ubi kayu jer lagi sbb sawit dah pun besar...jd tamat tanam sayur,dah tak relevan lg dah ...

      Padam