Sabtu, 30 Julai 2022

Pengalaman naik keretapi (Train to dabung)

 Penulisan aku pada kali ini agak cap ayam sikit sebab rasa macam bodo2 gitu,tenguk tajuk pun dah rasa nak mengilai,macam orang darat gitu,Negara sudah lama merdeka naik kereta api pun dah rasa bangga sedangkan orang dah sangat maju sekarang,dah pergi keliling dunia.Walau mcm mana pun aku yakin masih ramai yang belum naik kereta api bukan hanya aku sahaja.Lagi pun menggunakan kenderaan hanya lah keperluan sahaja bukan kewajipan.Jadi kalau perlu naik kereta,guna je lah kereta,jangan susah2 nak naik bas...

Sakan ambik gambar puak2 kiter

Aku naik kereta api pada Jumaat 29-7-2022,bermula di Tumpat Kelantan ke Dabong,senang cerita "train to dabong"Aku memang bercita-cita lama nak naik kereta api tapi kesempatan sentiasa tak ada.Aku dah cakap kenderaan hanya keperluan bukan kewajipan,atas sebab itu lah aku tak perlu menggunakan keretapi,lagi pun aku tinggal di Terengganu sedangkan stesen keretapi yang terdekat di gua musang,Nak naik keretapi mesti ambil masa,sebab nak pergi ke stesen keretapi mesti menggunakan teksi, bas, dah jadi satu kerja plk.Kalau pergi dengan kereta sendiri mesti ada orang lain yang hantar kita,kalau pergi sendiri,akan menjadi kesusahan yang besar plk sebab kalau kita naik kereta api di Tumpat dan distinasi plk gua musang,kereta kita parking kat stesen keretapi Tumpat,sampai di gua musang adakah kita nak berjalan kaki balik ke Tumpat yg jauhnya beratus kilometer tu, Yang paling munasabah mesti ambik teksi untuk ambil kereta kita yg ditinggalkan beratus kilometer, tu pun kalau orang tak curi, kalau kena curi, akan jadi satu lagi malapetaka besar,sebab tu lah kita mesti upah orang untuk hantar dan ambil kita.Punya lah susah nak naik kereta api,huhuhu..

Masa naik kereta api,macam cemas cari seat,hahaha

Aku pergi dengan rombongan cikgu2 sekolah,Sekolah tersebut buat program untuk naik keretapi dan pergi kedabong,Telah ada ruangan kosong aku tumpang sekaki.Pergi dengan menaiki bas pada pukul 12.30 malam 29-7-2022 dari kuala berang,melalui bandar permaisuri,jertih dan terus ke tumpat kalantan,sampai pada pukul 5.00 pagi dan bersolat dimasjid bandar tumpat..Pada pukul 6.20 bertolak ke stesen kereta api setelah solat beriman kan ahli rombongan sendiri,tak ikut solat berjamaah bersama imam dimasjid tersebut kerana solat jamaah nya lambat sangat.Puak kami ni takut ketinggalan kereta api yang akan bertolak pada pukul 7.05 pagi,Takut ketinggalan tu sebab pertama kali nak naik kereta api,Nampak sangat darat nya kami.. Memang tepat pada pukul 7.05 pagi kereta api bertolak,Memang aku puji lah,kereta api yang hebat,seat yang bagus,ada meja kecik pula tu.Kerata api yg gagah perkasa dan cun melecun..Kereta api baru agak nya.Distesen tumpat tak ramai penumpang,hanya kami sahaja dalam 40 orang serta dua tiga orang tempatan yang naik kereta api distesen tersebut..Maka bermula lah berlayar dengan kereta api tampa sarapan pagi,hanya togok air mineral yg dibawa semalam.Nak sarapan kat mana,Distesen tu pun tak ada kedai makan..

Pemandangan luar, ketika matahari menampakan diri,Tenguk orang darat naik keretaa api,hehehe

Masa mula nak naik kereta api kami dan atur kedudukan  gerabak mengikut tiket kami,untuk senang nak naik..A kat mana B kat mana,seterus nya sampai ke Z tp tak mungkin lah sampai Z kerana gerabak tak sampai bilangan semacam tu dan aku terlupa nak bilang gerabak banyak mana pada hal aku bab bilang2 ni suka sangat,kalau pergi hiking aku mesti bilang anak sungai yang dilalui berapa batang,Sungai berapa tp hari itu aku lupa nak bilang gerabak,lalai betul aku,hahahaha..

Dikantin kereta api,ada yang sarapan,ada yang tak

Naik kereta api tak perlu lah ikut pintu gerabak kita yang sama dengan tiket,naik ikut pintu mana pun boleh,dah dalam kereta api baru lah cari seat kita,darat betul..hihihi..Stesen pertama ialah tumpat,ke dua wakaf baru,orang cakap wakaf baru ialah kota baru,kat sini ramai penumpang yang naik,dan dengar cerita mereka pun nak ke dabong,dabong betul2 fenomena sekarang ni.Stesen2 yang akan dilalui untuk ambik penumpang dan turunkan penumpang ialah 

1) Tumpat

2) Wakaf baru

3) Pasir mas

4) Tanah merah

5) temangan

6) Kuala krai

7) Manek Urai

8) Bukit Abu.

9)Dabung. Dabung ialah distinasi kami,tapi keretapi yang kami naiki akan menempuh lagi tiga stesen iaitu

1)  Kemubu

2) Bertam baru dan

3) Gua Musang..

Stesen bukit abu,stesen yang paling terpencil di lalauan kereta api di kelantan

Di setiap stesen kereta api akan berhenti,Paling lama  di stesen pasir mas,tanah merah dan kuala krai,tiga stesen ni paling ramai penumpang yg naik.Stesen yang tak ada penumpang ialah stesen bukit Abu,Kat stesen ni kereta api hanya berhenti dalam seminit je,Aku tenguk ada yang lambai2 bendera selepas tu kereta api pun berjalan.Kereta api ni boleh dikatakan mewah juga,seat yang baik,kereta api yang cantik dengan kaler2 nya,purata kelajuan ialah 80km sejam dan paling laju 105 km sejam..Rel kereta api sejauh 100km dari tumpat ke dabong mempunyai 7 terowong dan banyak jambatan kecil,sekurang nya dua melintas sungai kelantan yang sangat keruh tu,Ada banyak jambatan yg ketinggian nya dlm 50 meter,Sangat menakutkan,semasa kereta api melalui terowong atau jambatan,kelajuan kereta api di perlahankan,sekitar 40 km sejam,mungkin takut jambatan tu roboh kerana gegaran.

Keadaan disesen kereta api dabung..Memang menjadi fenomena :"train to dabung"

Sampai distinasi kami iaitu didabong pada pukul 10.30 pagi..Disini aku dapati seolah2 semua penumpang turun distesen ni,Penuh dengan manusia,rupa2nya penumpang2 yang naik distesen yang sebelum ini turun didabung belaka.Fenomena  "train to dabong" terbukti nyata.Bagi aku naik keretapi sangat menyeronokkan,kita seolah-olah dibawa dalam cerita Hindustan, Filem Hindustan sentiasa ada babak naik keretapi...🤭🤭🤭

SEKIAN CERITA AKU PENGALAMAN NAIK KERETA API.

Ada banyak tempat yg boleh dilawati di Dabung seperti air terjun Jelawang, gua ikan,gua gelap,gua keris dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan