Memaparkan catatan dengan label buah2an. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah2an. Papar semua catatan

Sabtu, 14 September 2013

buah mukir


Buah Mukir,sekurang2nya itu nama yg aku tau tentang buah ni.Buah mukir nama yg dipanggil oleh penduduk dihulu terengganu khususnya dikampung aku,Buah mukir yang aku kenal ialah buah yang terdapat didalam hutan,Sangat popular pada tahun2 60an,Buah ini sebesar buah sentul dan isinya berwarna putih,Rasanya seperti buah rambai dan sgt manis..Pada dasarnya buah ini berkulit tebal,ketebalan 1.5 sm...

Dikatakan buah ini telah ditanam oleh FAMA dan jabatan pertanian untuk dikormesialkan,Buah ini juga sgt banyak didapati dimelaka hasil dari tanaman oleh pihak tersebut



Sabtu, 29 Disember 2012

Buah Pulasan

Buah pulasan,buah yang seakan buah rambutan cuma rambut pada buah nya sahaja yang agak berbeza,Buah pulasan mempunyai rambut yang keras dan buah rambutan mempunyai  rambut yang lembut.Dikampung aku buah pulasan dipanggil sebagai buah pahit....

Kat kampung aku memang payah nak jumpa buah ni,aku rasa nak buat ubat pun dah tak ada,Aku pun terasa hairan juga mengapakah buah pulasan tak seperti buah rambutan yang sentiasa ada dalam pasaran..Buah pulasan memang tak kalah dari segi rasa kerana rasanya sangat sedap memang tak kalah kalau dibandingkan dengan buah rambutan..Itu lah sahaja apa yang aku tau tentang buah pulasan,hehehehehe....