Memaparkan catatan dengan label seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seram. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Oktober 2015

cerita hantu 1

Cerita hantu yang aku nak sampai kan bukan lah seperti cerita hantu dalam  filem tapi cerita yang agak ganjil yang pernah terjadi kapada aku.Kebanyakan cerita yang terjadi semasa aku pergi memancing dihulu2 sungai,tempat yang paling popular  memancing sekitar 20 tahun lepas ialah diterengganu mati,hulu terengganu.Semua cerita hantu yang terjadi kapada aku kebanyakan didalam hutan tebal.


Dimasa waktu muda,aku seorang yang sangat miskin,kerja aku hanya lah kerja kargo,semua yang boleh dapat duit aku buat,salah satu yang aku buat ialah mencari rotan jauh kedalam hutan.Aku memang seorang yang mulut celupar,tak heran dengan hantu2 dan binatang buas,cuma yang paling aku takut hanya ular sahaja walau pun hanya sebesar kelingking,Binatang2 lain tak menjadi hal kapada aku.Kalau jumpa pun aku cuma sengeh jer kat binatang2 tu,kalau yang degil sangat sebab halang perjalanan aku biasanya aku hambat,sama ada gajah,harimau atau binatang2 lain,Aku tak cakap besar tapi memang aku tak takut,Walau macam mana pun aku bukan lah seorang yang samseng dan berani dalam semua bab,aku sangat takut kapada orang sama ada orang jahat atau orang baik,aku langsung tak cari masalah dengan orang,kerana mempunyai masalah dengan orang akan terjadinya perkelahian dan terjadilah dendam mendendam dan sebagainya tetapi bermasalah dengan binatang tak akan berlarut2 sampai dendam2 dan sebagainya.

Atas sebab2 tak takut lah aku biasanya berjalan sendirian didalam hutan semasa mencari rotan.Pencari2 rotan biasanya akan berjalan secara jamaah,dua atau tiga orang dalam satu kumpulan,kerana bimbang sesat jalan, kerana sesat didalam hutan akibat nya sangat buruk,mungkin tak ditemui sehari suntuk atau pun lebih.Kejadian sesat akan membawa masalah kapada semua ahli kumpulan.Biasanya antara satu kumpulan dan kumpulan yang lain tidak berjauhan sangat,sekadar boleh dengar antara satu dengan yang lain apabila kita memanggil jika ada sesuatu kecemasan atau telah berjumpa dengan rotan yang dicari,semua ahli kumpulan akan berkumpul dan mengambil semua rotan dan mengumpul disatu tempat atau diangkut ketempat berkhemah.

Semasa aku melalui satu denai binatang buas aku terdengar orang bercakap2 bertentangan dengan aku,bunyi nya seperti ramai,bergelak ketawa seperti orang sedang santai,semakin lama semakin dekat sehinggalah aku bertembung dengan orang2 tersebut yang berjalan bertentangan dengan aku,Semasa bertemu ini lah aku terkejut kerana orang yang aku jumpai itu memakai jubah berwarna putih dan berserban putih,Oleh kerana cara2 berpakaian mereka seperti orang baik,aku menjadi berani untuk menegur dan berselisih dengan mereka,

"Assalamualaikum" Aku memberi salam..

Tapi tak dengar sama ada mereka menjawab salam atau tidak,mungkin aku terasa takut atau memang aku tak dengar..

"Nak pegi mana ni" Aku tanya lagi..

Dan salah seorang ahli kumpulan tersebut menjawab soalan aku.
"nak pegi cari mas" (emas)

Aku tersengeh tak boleh nak kata apa,sebab setahu aku kawasan hutan tersebut memang tak ada emas atau aku tak pernah dengar ada emas dikawasan tersebut.Ahli kumpulan tersebut bercerita selanjutnya kapada aku,

"Atas bukit tu ada sebuah gua berbatu,dalam gua itu lah ada emas,dalam gua itu ada semua kelengkapan seperti sebuah rumah,Ada batu yang berupa kerusi,ada batu seperti meja dan bla bla bla"

Aku diam seketika tak boleh nak kata apa,sebab seluruh puncak tersebut telah aku jelajahi,memang tak ada gua batu atau apa2 seperti gua,jauh sekali rumah kayu atau rumah batu,binaan seperti istana jauh panggang dari api,

"Nak tipu aku lah tu,macam dia tau sangat tempat ni,nak berbohong,tak padan pakai serban jubah"...,kata aku jauh dalam hati.

Mula2 cerita tadi aku akui bahawa aku memang celupar.Cakap orang berserban jubah ni sungguh mengjengkelkan pada pandangan aku,.Aku pun bertanya,

"air teh ada tak,senang saya kerja kat sini pergi minum air kat situ"

 Padan dengan muka orang berserban jubah tu,dia ingat senang2 nak buat lawak dengan aku,hahahahaha....Setelan dengar aku cakap macam tu,aku tenguk muka orang berserban jubah tu menjadi merah seperti marah (aku agak jer merah,mungkin juga tidak,sebab aku tak bertentang muka sangat dengan dia orang ni).Selepas itu aku rasa dia orang ni seperti terbang atau berjalan laju melalui jalan yang aku lalui tadi,Yang paling penting aku tak menoleh kebelakang untuk tenguk samada orang2 itu ada kaki atau tidak atau kaki dia orang menyentuh tanah atau tidak,Dimasa ini lah rasa takut telah menyelinap,rasa macam seram2 sejuk.Dengan keadaan yang macam tu lah aku terus kekhemah tempat aku dan kawan2 bermalam,.Kisah aku dan orang berjubah tadi aku cerita kan kapada kawan2 aku dan kawan aku telah mengubah jadual dengan membatalkan pencarian rotan dan terus balik kekampung,kata mereka itu petanda yang tak baik,sekian....

Rabu, 1 April 2015

misteri air terjun belukar bukit




Air tejun belukar bukit terletak 23 km dari bandar kuala berang hulu terengganu.Jauh dari bandar kuala terengganu 62km Air terjun belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga..
.



Air terjun belukar bukit merupakan tempat perkelahan sungai,Tapi tempat perkelahan ini dinamakan pula sebagai air terjun, sedangkan tidak ada air terjun pun dikawasan perkelahan ini.Asal usul yang dinamakan sebagai air terjun tak plk diketahui.Penduduk tempatan memanggil air terjun belukar bukit sebagai Lubuk Gala

Pasir yang luas dan air yang jernih

Sungai tempat perkelahan ini plk dinamakan sebagai sungai berang,Sungai berang berkuala kan  sungai terengganu di bandar kuala berang.Asal usul nama kuala berang juga diambil dari nama sungai ini’.

Walau pun tempat perkelahan ini di kelaskan sebagai tempat yang selamat untuk mandi manda sekeluarga, ada juga kemalangan lemas yang terjadi.Yang jadi misteri ialah tempat yang lemas hanya lah dikebanyakan dikawasan yang cetek sahaja,Walau macam mana pun ada juga yang lemas dikawasan yang air yang dalam.Mangsa yang didapati lemas biasanya dikalangan budak2 dan pengunjung luar dari kawasan belukar bukit.
Air yang cukup jernih

Tempat perkelahan sering terjadi kejadian lemas kapada pengunjung2 yang datang untuk berkelah,Kejadian lemas macam menjadi perkara biasa ditempat2 berkelah dimana sahaja dan biasanya akan dikaitkan dengan perkara2 yang misteri.

Kejadian lemas yang paling menyayat hati telah berlaku beberapa tahun dahulu melibatkan tiga sepupu,Dalam kejadian tersebut ketiga2 sepupu tersebut telah lemas hanya ditepi sungai sahaja,Tiga sepupu tersebut telah dibawa oleh ayah mereka untuk menghabiskan cuti.Dikatakan ketiga2 mereka mereka seperti dipukau untuk terjun diair sungai yang sangat jernih itu,Ketiga2 mangsa gagal diselamatkan kerana kawasan perkelahan ini dimasa itu tiada perkunjung.AlFatihah.

Baru2 ini juga telah terjadi trajedi lemas dikawasan perkelahan ini yang melibatkan pengunjung yang datang dari luar,Mangsa dikatakan mandi2 dan bermain dikawasan yang berjeram yang airnya deras.Payah untuk dibuat kesimpulan sebab2 perkara ini terjadi

  Lubuk yang dikatakan tempat selalu memakan korban

Misteri Air Terjun Belukar Bukit

Setelah banyak terjadi kejadian lemas dikawasan perkelahan belukar bukit aku cuba juga bertanya kpd penduduk tempatan yang sentiasa ada dikawasan perkelahan ini,Ada beberapa cerita yang menyeramkan telah aku kesan dari cerita2 yang diberikan.

Seorang kawan aku yang sentiasa ada dikawasan tersebut dengan kegiatan memancing dan menangkap ikan dengan cara memukat dan memanah  telah bercerita bahawa dilubuk yang  paling dalam sekali ada sesuatu penampakan yang anih,didalam lubuk tersebut beliau telah jumpai seekor ikan yang muncung nya seakan2 babi,beliau telah bercerita kalau ada penampakan yang macam itu,beliau akan cepat2 naik kedarat dan kegiatan memanah ikan dilubuk tersebut akan dihentikan serta merta,Beliau juga bercerita kalau ada penampakan yang seumpama itu biasanya akan terjadi kejadian lemas oleh pengunjung yang datang untuk berkelah..Tak diketahui sama ada cerita ini benar atau pun tidak tapi itu lah yang diceritakan kapada aku

Kawan aku juga bercerita dikawasan chalet yang dibina telah banyak penampakan yang terjadi sehinggakan chalet2 ini kurang mendapat sambutan,Chalet yang disediakan hanya disewa oleh badan2 kerajaan untuk berkhursus dan melibatkan ramai peserta,Kelihatan chalet2 ini basi dan seperti ditakuti untuk disewa.Wallahuaklam
Chalet dan dewan

Setelah aku dengar cerita2 yang macam tu aku cuba untuk kesitu untuk menghayati cerita nya dan ingin mencuba ketakutan yang ada pada aku,Aku sering juga mandi2 dilubuk yang dikatakan sebagai memakan ramai mangsa,Apa yang aku dapati tak ada benda yang pelik didalam lubuk itu kecuali air sungai nya yang sangat jernih sehingga menampakan lantai sungai nya.Seperti berdosa kalau dikatakan tempat itu berhantu atau mempunyai penunggu dan sebagainya.Aku juga telah mengunjungi chalet2 yang ada,dan aku juga dapati tak ada apa yang pelik Cuma kawasan chalet agak jauh dibina dari kawasan perkelahan,Bohong lah kalau aku kata kawasan macam ni tak menyeramkan lebih2 lagi kalau berseorangan.Memang permandangan chalet ini agak menyeramkan dikala malam tiba dan ditambah pula tak ada seorang  pun pengunjung.

Mungkin begini rupa ikan yg bermuncung babi

Nasihat aku kapada yang ingin mengunjungi kawasan perkelahan dimana2 sahaja, elakkan diri dari terlampau suka sehingga kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh makhluk lain kerana selain dari kita terlalu ramai makhluk yang mendiami bumi ini khasnya dikawasan yang seperti ini,Hendaklah sentiasa beringat2,Solat jangan lupa,Surau2 ditempat perkelahan sentiasa dilupakan,seperti dikawasan perkelahan segala suruhan tuhan tak perlu dibuat.Pergi dan hayati keindahan ciptaan tuhan untuk dikagumi kekuasaan nya bukan untuk dibuat sesuatu yang bukan2.Tujuan tulisan aku bukan lah ingin sebotaj tempat perkelahan tetapi ingin semua pengunjung selalu berhati2 bila ketempat yang macam ini,Selalu berhati2 semoga selamat..Sekian

(kejadian lemas yang paling baru telah berlaku pada 19-12-2015,melibatkan lima orang sekeluarga.Aku tau berita ni dari whasapp kawan2 tapi aku enggan menyertai/pergi kerana aku tak dapat melihat semua kesedihan,lagi pun semua mangsa dah pun dijumpai semasa aku terima berita,semoga roh mereka yang terlibat diterima ALLAH)
Kejadian lemas terbaru pada 11-1-2019 melibatkan seorang pemuda yg berumur 23 thn...
Kejadian terbaru pada 8-3-2019 melibatkan seorang pemuda dari pahang..berumur 29 thn..
Kejadian terbaru pada 16-3-2020 melibatkan seorang budak sekolah tingkatan 3 dari sekolah menengah ajil Terengganu.

Kejadian lemas yg terbaru pada 18-6-2020,melibatkan seorang budak lelaki berumur 14 thn dari terengganu...

Selasa, 11 Oktober 2011

hantu...

Ramai orang yang percaya dan ramai orang  tak peduli tentang cerita2 yang macam ni,Mungkin disebabkan belum mengalaminya.Bagi aku,sama ada kita alami kisah2 yang macam ni atau pun belum mengalami nya bukan lah satu hal yang besar untuk kita mempercayainya.Bukan kah beriman dengan sesuatu yang ghaib tu adalah salah satu dari rukun iman. Makhluk2 yang ghaib adalah malaikat jin dan syaitan.Dari makhluk seperti syaitan dan jin ini lah timbul nya hantu,Apa yang umum ketahui syaitan dan jin berupaya menjelma untuk menyesatkan manusia agar terpesung dari ajaran ALLAH,Dan dikatakan makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk apa pun kecuali rasulullah dengan izin ALLAH.

Aku pernah alami sendiri bertemu dengan makhluk ni ketika memandu pada pukul 2 pagi,Benda tu bertengek atas bonet depan kereta aku,Benda tu memandang kedepan dan tidak kearah aku dan aku tak dapat lah tenguk rupanya.Aku berhentikan kereta aku dengan tujuan untuk menegurnya sebab apa duk bertengek kat situ,Setelah aku turun je benda tu terus ghaib,Meremang bulu roma ku tidak terkira lagi dengan perasaan takut yang tak tertahan2.Setelah menarik nafas panjang untuk menahan rasa takut, aku berkata kapada diri ku sendiri,"hai azram sulong sebab apalah mu takut sangat,ketahui lah ketakutan yang ni tak ada apa2 pun jika nak dibandingkan dengan ketakutan dialam kubur dan ketakutan diakhirat kelak,bersabar lah" Aku selalu macam tu bila berhadapan dengan ketakutan,sering mencabar diri ku sendiri supaya tak takut.

Peristiwa lain yang pernah aku lalui semasa pergi memancing kesempadan kelantan terengganu,Semasa menunggang motor untuk balik aku terserempak dengan seorang perempuan yang berdiri ditepi jalan,Pada mulanya aku tak rasa apa2 tapi selepas sahaja aku melintas perempuan tersebut aku dah jadi lain dan tertanya2,siapa kah dia!!! Sedangkan diwaktu itu sudah pun diremang maghrib.Sebelum aku melintas nya aku dapati perempuan tu senyum ngeri kapada aku(aku dapat kepastian tentang perempuan ni apabila aku bertanya kapada kawan2 yang lain sama ada  mereka tenguk  tak perempuan tersebut,yang hairan mereka semuanya tak nampak sedangkan kami melintas dekat perempuan tersebut tak sampai pun 5 kaki,Jadi jelas lah makhluk yang aku tenguk bukan manusia biasa) Senyum ngeri yang aku tenguk pada perempuan yang aku jumpa didalam hutan tersebut, aku dapat lihat semula beberapa bulan kemudian nya semasa aku melawat seorang perempuan sedang dirasuk dikawasan perkelahan ditempat aku.Yang menjadi sangat pelik perempuan yang dirasuk tak ada kena mengena dengan perempuan yang aku jumpa semasa aku memancing,Kesimpulan aku,perempuan yang kena rasuk telah diserap makhluk yang aku jumpa semasa aku memancing dulu(aku agak je tu)..

Sebenarnya banyak lagi makhluk macam tu yang aku jumpa tapi kurang sahih antara kelalaian kita dan yang nyata,kadang2 hanya lah bunyi2an dan fenomena tak jelas.Bagi aku cerita2 seperti diceritakan diakhbar atau tv aku boleh percaya,cuma mungkin ada yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.Bagi aku makhluk ini ada disekeliling kita dan sentiasa hidup.

Salah satu makhluk ghaib lain yang sentiasa ada lah angin,dimasa keciknya dia memberi menefaat kapada kita tapi semasa ia menganas membentuk badai yang boleh memusnahkan kita dengan izin ALLAH,Begitu juga lah syaitan dan iblis atau pun jin dia mungkin dapat merasuk kita kalau kita tak punya kekuatan sebagai manusia yang diangkat olih ALLAH sebagai makhluk yang paling mulia disisi nya.
Sekian wasalam.