Ahad, 19 Mei 2013

Kenyir Festival

Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar dimalaysia dan juga yang terbesar di Asia Tenggara.Tasik ini terjadi disebabkan terbinanya empangan hidroeletrik Sultan Mahmud kenyir.Luas tasik kenyir hampir sama dengan keluasan singapura.Mempunyai beratus2 buah pulau kecil dan besar,Ia dibina pada akhir tahun 70an dan siap pada pertengahan tahun 80an.Sangat sesuai untuk merasai kelainan dengan berkhemah dipulau2 atau pun menyewa chalet2 yang disediakan.Terlalu banyak pembangunan yang telah dibuat dikawasan Empangan ,Hotel dan chalet telah lama terbina,Tarikan lain ialah taman burung yang dibuat dipulau berhampiran dengan tanah besar,Selain itu tempat peranginan air terjun lasir,gunung bewah,chalet2 dibina diserata tempat, dan pulau2.Banyak bot2 sewa yang sedia membawa pengunjung dari luar dan pengunjung tempatan.Tempat yang patut dikunjungi ialah sintuari kelah disungai pertang,santuari gajah disungai belimbing/ketiar dan kawasan peliharaan ikan sungai como. Jauh dari kuala terengganu 70km dan dari bandar kuala berang ialah 30km..
Pada 16-5-2013 hingga 20-5-2013 telah berlangsung kenyir festival yang diadakan disungai gawi tasik kenyir sempena tahun melawat terengganu 2013.Festival ini telah dirasmikan oleh menteri besar terengganu dato Ahnad bin Said..Festival ini telah diisi dengan gerai2 jualan dan pamiran jabatan2 kerajaan.Pada malam nya telah diisi dengan pertunjukan pemainan kebudayaan dan nyanyian oleh artis2 terkemuka tanah air..Boleh dikatakan sambutan dari penduduk tempatan sangat mengalakan..Gambar2 pengisian festival dipaparkan seterusnya...





















Jumaat, 17 Mei 2013

Cukur Jambul

Cukur Jambul merupakan adat masyarakat melayu sejak zaman berzaman..Cukur Jambul biasanya dibuat pada hari keempat puluh setelah bayi dilahirkan,Disesetengah tempat diterengganu, cukur jambul dikatakan sebagai cukur kepala dan disesetengah tempat pula dinamakan sebagai berselawat.Walau macam mana pun cukur jambul tak boleh dinamakan sebagai cukur jambul kerana apa yang dilakukan semasa majlis cukur jambul ialah mengunting sedikit rambut bayi.


Sebenar nya cukur jambul diadakan kerana melakukan ibadat akikah sempena kelahiran bayi dan dilakukan akikah kerana mengsyukuri nikmat yang telah diberikan.Walau macam mana pun Cukur jambul tak semestinya akikah dan Akikah tak semestinya cukur jambul kerana ibadat akikah ada yang dilakukan semasa seseorang sudah pun dewasa dan cukur jambul dilakukan tanpa dilakukan akikah...


Dimajlis cukur jambul yang akikah tak dilakukan biasanya akan diadakan kenduri kendara seperti majlis kahwin,Majlis cukur jambul yang biasa dibuat ialah dengan membuat lauk pauk sekadar 10 dulang.Tetamu yang biasa dijemput ialah sanak saudara berdekatan dan jemaah masjid seperti imam bilal dan makmun yang solat dimasjid.Majlis cukur jambul biasanya dibuat selepas solat isyak atau solat asar...

Dalam majlis cukur jambul selalunya akan diadakan bacaan marhaban dan berzanji.Telah menjadi kebiasaan disesetengah tempat selain dari berzanji bacaan selawat akan diadakan,Selain dari itu  tahlil akan dilakukan
Akikah:
Menyembelih binatang peliharaan sempena kelahiran bayi,Binatang2 yang disembelih adalah sama binatang dalam melalukan ibadat qurban iaitu kambing/biri2,lembu,kerbau dan unta..Hukum ibadat akikah ialah sunat muakkad,Waktu yang baik melakukan akikah ialah semasa umur bayi 7 hari dan harus sehingga baligh dan akikah boleh dilakukan seseorang walaupun usia dah meningkat dewasa..
Peralatan yang biasa ada pada majlis cukur jambul telah berubah dari zaman dahulu hingga sekarang bersesuaian dengan kehendak sezaman,Adat2 yang dilakukan dalam upacara cukur jambul pada zaman dahulu mempunyai kelainan yang telah diperbaharui kapada yang lebih menepati kehendak ugama.
Peralatan cukur jambul pada masa dahulu..
1)Kelapa muda...
2)Tepung tawar..
3)Bunga Rampai..
4)Bunga Telur..
5)Pulut kuning
6)Kueh Seraba
7)Kemenyam
8)Gunting

Peralatan Cukur Jmbul pada masa sekarang..
1)Kelapa muda atau air semangkuk
2)Gunting
3)Bunga Rampai
4)Bunga Telur..


Persamaan peralatan cukur jambul dimasa sekarang dan dahulu ialah buah kelapa muda,bunga telur,bunga rampai dan peralatan untuk mengerat rambut.Tak diketahui kelebihan buah kelapa muda digunakan pada majlis cukur jambul,kerana fungsi sebenar buah kelapa muda terutamanya air kelapanya hanya lah untuk memudahkan rambut bayi yang terlekat ditangan pengunting dileraikan,Atas sebab2 itu lah  pada masa sekarang air yang diisi dalam mangkuk sahaja digunakan.

Tujuan bunga rampai pula hanya lah untuk menwangikan suasana agar bertambah meriah dan memberangsangkan..Bunga telur pula untuk dibahagi2kan sebagai hadiah kapada tetamu yang mengunting rambut.Dalam sesetengah keadaan bunga telur dibahagi2kan kapada semua tetamu yang hadir..
Fungsi tepung tawar,kemenyam,kueh seraba dan pulut kuning pada majlis cukur jambul pada masa dahulu boleh dikatakan sebagai agak keterlaluan dan agak lari dari kehendak ugama.Salah satu adat yang sangat menarik pada majlis cukur jambul pada masa lampau ialah pengunaan kueh seraba.Kueh seraba  ialah sejenis lempeng yang dibuat dengan tepung beras.Kueh ini akan diletakan dibawah kepala bayi sebagai penganti bantal.Setakat ini tak diketahui sebab apakah adat ini dilakukan.Boleh dikatakan semua adat2 yang dilakukan hanya lah sebagai pandai2 sendiri sahaja tanpa mengetahui akan faedah nya..Begitu serba sedikit sejarah tentang cukur jambul...sekian
BEBERAPA HARI YANG LALU AKU TELAH MENHADIRI SATU MAJLIS CUKUR JAMBUL DIRUMAH KAWAN FACEBOOK AKU.PADA MAJLIS CUKUR JAMBUL YANG TELAH DIADAKAN PADA SEBELAH MALAM IAITU SELEPAS SOLAT ISYAK`TELAH DILAKUKAN IBADAT AKIKAH DENGAN MENYEMBELIH SEEKOR KAMBING KERANA BAYI YANG DIRAIKAN ITU IALAH PEREMPUAN.PADA MAJLIS ITU TELAH DIADAKAN BACAAN MARHABAN,BERSELAWAT SERTA MAJLIS DOA SELAMAT.DIRASAKAN PENGUNAAN BUAH KELAPA MUDA TAK SESUAI LAGI DIGUNAKAN KERANA DIRASAKAN DENGAN KESEDARAN UGAMA YANG SANGAT MELUAS MAKA ADAT PENGUNAAN KELAPA MUDA SUDAH TIDAK SESUAI LAGI.DIMAJLIS CUKUR JAMBUL DIMASA SEKARANG KAEDAH2 YANG DIGUNAKAN SUDAH TIDAK ADA UNSUR2 YANG MENYALAHI UGAMA...

Khamis, 16 Mei 2013

Kuala Berang..

Nama asal kuala berang mungkin kuala berang dan mungkin juga nama FO LA AN itu hanya lah sebutan pelat pedagang cina yang datang kekuala berang pada abad2 ke 12 masihi dan mungkin dengan sikap yang mengada2 ahli sejarah membesar2kan nama FO LA AN itu  (hahahahahaha).Kuala berang juga sangat berkait rapat dengan pertemuan batu bersurat disungai tersat dikampung buluh pada tahun 1889 masihi.


Nama kuala berang bermula dari pertemuan antara dua sungai ini iaitu sungai berang dan sungai terengganu.Sungai berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebik kurang 50km melalui kawasan perkelahan belukar bukit dan melalui kampung2 seperti menerung,pengkalan ajal,pasir pelata,kampung buluh dan berakhir bermuarakan sungai terengganu.

Sungai terengganu bermula dari sempadan besut/ hulu terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar kuala berang tapi sebahagian besarnya adalah tasik kenyir dan sungai terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,dura,kuala pueh,temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara sungai berang yang kuala berang mendapat namanya.Bandar kuala berang didiami kira2 7000 orang dan meliputi beberapa buah kampung seperti kampung rahmat,kampung batu 24 dan kuala brang sendiri...
Ini lah bandar kuala berang yang amat mashyur diseluruh dunia(hehehehehehe) dari pandangan google map.Pertemuan sungai yang cukup strategik untuk dijadikan pelabuhan dan untuk pedagangan pada abad ke 12 hingga abad ke-19 masihi..
                                



 Gambar dikiri dan kanan ialah dilokasi yang sama bandar kuala berang pada tahun2 60an  dan tahun 2013...


Pada tahun2 50an dan tahun2 60an diatas padang ini ialah pasar lama kuala berang,Dulunya kawasan ini mempunyai pasir yang lebar,Kawasan ini telah ditambak pada tahun 2005.Barang yang diniagakan pada masa itu berupa hasil pertanian seperti sayur2an.yang dibawa olih peniaga2 yang datang dari hulu sungai. Para peniaga datang dari kuala terengganu pula akan membawa barang2 dari hasil laut dan hasil tenunan yang berupa ikan kering,ikan rebus ikan pekasam,kain batik kain songket dan barang2 dagangan yang lain..Dari pasar ini lah hasil pertanian yang dibawa olih perniaga dari hulu sungai akan bertukar kapada perniaga yang datang dari kuala terengganu...
Sejarah tempat ini dikatakan cukup besar,dikatakan tempat ini merupakan pelabuhan yang besar pada abad ke-12 masihi,Pelabuhan ini dikatakan mampu menarik pedagang2 dari china,arab dan negeri2 dinusantara.Kuala berang juga telah menerima kedatangan islam yang terawal di tanah melayu iaitu lebih dahulu dari melaka dan dikatakan juga lah kuala berang bandar yang paling awal maju dari tempat2 lain dan dan kuala berang juga lah yang akhir menerima pembangunan dinegeri terengganu.sejak kemerdekaan malaysia pada 31hb august 1957...







Jambatan ini menghubungkan  bandar kuala berang dan kampung2 sekitarnya,Jambatan ini juga merupakan jalan utama ke utara terengganu seperti setiu dan besut..

 

Pasar besar bandar kuala berang yang baru siap pada akhir tahun 2011..


                                                                                 Majlis Daerah..
                           
Station bus baru kuala berang..


Masjid Kuala Berang..

Politeknik Hulu Terengganu

Tengah2 Bandar..

Astaka padang bandaran..


                                                                       Perpustakaan Awam

Dewan Majlis Daerah
                                                                    
Stesen Teksi
Pejabat Daerah
Ibu Pejabat Polis
Banyak lagi gambar yang sepatut aku ambil dibandar yang dikatakan harga barang nya sangat mahal dan dikatakan yang mahal kalau nak dibandingkan dengan bandar kuala terengganu.....Kuala berang telah dijenamakan semula dengan gelaran bandar dibawah tasik untuk menyesuaikan  keadaan..sekian..

Rabu, 1 Mei 2013

Burger Kukus Bakar

Aku memang langsung tak suka makan burger ni.Aku mngkin terpengaruh dengan berita cara pembuatan daging burger yang tak mngikuit syarak,Dikatakan daging burger dibuat dari daging yang tak sah sembelihan nya.

Aku kebuah tempat rehat ditempat aku, aku terpengaruh dengan tajuk disebuah warung penjual burger tentang nama burger yang dijual.Nama nya Burger kukus bakar,Nama yang telah membuatkan aku untuk membeli nya..Harga burger ni rm5.50,tak pernah plk aku  membeli burger yang mahal mcm  ni,setahu aku burger hanya lah berharga RM 2.50 je.Dengan harga itu aku membeli dan memakan nya,memang selama2nya burger memang tak sedap walau pun berharga mahal...Sekian..huhuhu..




Ahad, 28 April 2013

Awek..

Sejak aku berinternet aku telah mnerima mcm2 emel,Kebanyakan emel hanya berkaitan dgn laman sosial yg telah aku sertai..Tetapi banyak juga emel yg aku terima merupakan emel yang pelik,Salah satu contoh emel pelik ialah aku diminta untuk mengesahkan penghapusan seekor anjing di New York,Berkali2 emel itu aku terima,oleh kerana bosan dgn emel tersebut aku telah sahkan pelupusan anjing tersebut dgn cara menklikkan ditempat yang telah diberikan,Urusan yang tak ada kena mengena dgn aku dah jadi satu kewajiban kapada aku untuk membantu dalam urusan mereka...Sejak aku sahkan pelupusan tersebut aku tak pernah lagi menerima sebarang emel berkaitan dgn anjing tersebut....

Awek ni berasal dari manchester,England,Dia ni bagi nombor talipon nya kat aku,aku mesej je kat dia,tak berani talipon..nama nya jeniffer

Selain dari emel2 laman sosial, aku telah terima beberapa emel dari orang biasa yg datang dari USA,Turki,Brazil,India,mesir,goergia,bosnia,Enland dan afrika,Penhantar emel semua perempuan yang umurnya sekitar 20- 30 tahun..Selain emel2 dari awek2 ni,aku telah terima satu jemputan bermain motocross di Florida,Amerika Syarikat,Jemputan ni telah dikhususkan kapada kelab motor aku,HTMCC,Tapi aku rasa jemputan itu hanya main2 sahaja kerana keupayaan htmcc hanya ciput je..
 Awek ni bernama Nurul yg berasal dari England,Tinggi orang nya, islam ugamanya

Salah satu emel yang kerap aku terima datang nya dari  negara goergia,eropah,yang dihantar oleh seorang awek,bagi aku org putih ni mmg lawa2,Mula2 aku tak rasa apa dengan emelnya kerana emelnya biasa2 sahaja,Yang awek ni cerita dan cerita aku kapada awek ni hanya lah berkaitan hal2 biasa sahaja,cuma bertanya kabar,cerita hal negara masing2 serta hal2 kampung..Mula2 aku agak awek ni merupakan satu kumpulan sindiket penipuan antara bangsa yang melibatkan dadah dan kewangan kerana awek ni bimbang emelnya dipintas,aku sendiri tak faham apa itu dipintas,oleh kerana kekerapan emelnya dan menceritakan kapada aku tentang nya dan tentang hidup, aku menjadi lupa tentang tohmahan aku kapada nya...

Perkenalan aku dengan awek ni berlangsung untuk beberapa bulan,Sesudah lama aku dan awek ni beremel,awek tersebut dah menceritakan kapada aku tentang kisah nya dengan lebih lanjut lagi,,Rupa2 nya awek ni pengidap sakit jantung kronik.Aku menjadi kasihan sebab apa yang diceritakan oleh nya kapada aku,aku jadi percaya dan hubungan emel menjadi berterusan,dan aku menjadi setia untuk membaca emelnya,Adakah aku dan awek ni bercinta? Aku rasa tak,sebab masing2 tau tentang kedudukan masing2,Tak kan lah aku nak pergi jauh ke-goergia dan dia yang sakit tentu lah tak ada apa2 yang dikehendaki lagi..Perhubungan menjdi semakin lama dengan cerita2 yang biasa, yang telah diceritakan sejak lama dahulu..


Beberapa minggu yang lalu aku telah tidak menerima emel dari nya lagi,Dan baru2 ini aku telah menerima emel dari seseorang yang telah memberi tahu aku, awek ni dah pun meninggal dunia kerana sakit jantungnya,Sebak juga lah aku kerana apa yang diceritakan kapada aku adalah benar belaka iaitu tentang sakit nya dan tentang susah payah nya untuk meneruskan hidup akibat dari sakit yang dialaminya.(aku tak tahu lah plk kut awek ni tipu aku,dia malas nk emel aku dia ckp je dia dah mati).Yang aku paling terkilan ialah aku tak pernah bercakap tentang ugama dengan nya, jauh sekali untuk berdakwah menyeru dia untuk menganut ugama Islam tapi setelah aku fikir2kan siapa lah aku untuk berdakwah kapada nya.(awek ni berugama kristian dan dia cerita kpd aku keluarganya tak ada masalah kewangan..)


Terus terang aku katakan aku kasihan kapadanya dan hari aku tau berita kematiannya, aku rasa air mata ku tergenang,Tapi aku bukan lah nak ucapankan semoga rohnya dirahmati ALLAH pulak atau membaca fatihah untuknya kerana ugama nya...Sejak itu aku rasa betul2 kehilangan emel dari nya,untuk aku menghilangkan ingatan itu aku delete semua emel yang telah dihantar oleh nya...

(yang aku hairan macam mana  orang2 ini boleh tau emel aku,sedangkan aku tak tau langsung Alamat Emel orang.walau macam mana pun aku telah terima emel dari pasukan google yang menyatakan emel aku dah beberapa kali diceroboh.Apakah itu?? aku sendiri tak faham)