Pada hari Ahad 23-7-2023 merupakan hari yg paling bersejarah kpd aku kerana pada hari tersebut buat pertama kalinya aku dirawat di hospital secara rasmi.Aku pernah juga dirawat di hospital tetapi dalam kes seperti digigit lipan, seperti bawa mak aku untuk rawatan tiga bulan sekali,dan beberapa sebab lagi aku ke hospital...kes seperti ini tak perlu sangat kpd pendaftaran di kaunter cuma masuk dan terus dibagi rawatan..tak perlu sangat kpd pertugas kaunter cari kad aku.tetapi pada kali ini aku terpaksa ke kaunter dan menerima rawatan seperti pesakit lain..Kat kaunter,pertugas mcm tak percaya aku tak punya kad hospital,mengambil masa juga lah pertugas terbelik-belik kat almari kad disimpan.. Setelah memang yakin aku tak ada kad hospital,petugas kaunter buat buku baru.. Hospital yang aku pergi bernama klinik kesihatan Kuala berang
blog ini aku catitkan sekadar ingin berkongsi apa yang aku lakukan,apa yang aku dengar,apa yang aku faham,apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir, tiada berhajat kapada apa-apa kecuali ingin kepuasan diri semata-mata....
Isnin, 21 Ogos 2023
Pengalaman pertama kali masuk hospital
Isnin, 17 Julai 2023
Hiking gunung IRAU..
Assalamualaikum...Sekarang aku dah tak reti nak tulis cerita supaya senang dibaca dan mudah dimengerti.Atas sebab tu aku dah jarang sangat menulis..Penulisan aku ni macam cap ayam je..Macam bodoh jer..tapi aku cuba juga tulis cerita aku daki gunung IRAU...Aku ringkaskan cerita sehabis pendek..
Puncak gunung IRAU dilihat dari mossy forest
Aku dari hulu Terengganu dengan 14 orang peserta dari kalangan keluarga aku jer telah daki gunung IRAU pada 13-7-2023..Bertolak dari Terengganu pada 12-7-2023 melalui lebuhraya sungai gawi -gua musang dan terus ke Cameron Highlands dengan empat buah kereta.Di Cameron Highlands kami menyewa di teringkap iaitu sebuah bilik di satu arpament tiga hari dua malam.Check in pada pukul 2.30 petang.Ditempat ini ketinggian nya 1600 mdpl..Suhu boleh dikatakan sejuk juga pada 21 darjah celcius.Sejuk juga lah pada pukul 2.30 petang.Aku sendiri tak lah rasa sejuk sangat.Walau macamana pun suhu menurun kepada 14 darjah Celsius pada waktu malam.14 darjah Celsius aku mampu lagi pakai t shirt, maksudnya 14 darjah tak sejuk sangat kapada aku..Tidur di arpament dah rasa macam orang-orang kaya hehehe
Hiking gunung IRAU pada 13-7-2023 .,Perdakian bermula pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan melalui perkebunan ladang teh dan kebun sayuran..Jarak antara arpament hingga ke tempat start mendaki lebih kurang 3 km dengan laluan bersimen berkecerunan antara 20-30 darjah.Sampai ditempat pendakian iaitu di pintu masuk di mossy forest pada pukul 9.00 pagi..Tinggi ditempat ni ialah 2035 mdpl..
Disini guide memberi taklimat dan membaca doa, taklimat nya merupakan pengenalan gunung IRAU..Gunung IRAU Merupakan sebuah hutan berlumut diseluruh gunung..Gunung IRAU Terletak disempadan Pahang/Perak dan merupakan gunung yang ke-16 tertinggi di Malaysia dan gunung tertinggi di Cameron Highlands..setinggi 2110 mdpl..Jarak perjalanan ialah 3.1 km..Antara taklimat penting Yang diberikan ialah,. "peserta tak boleh pijak lumut (mossy) sama sekali,tak boleh duduk sembarangan,tak boleh pegang kayu-kayu yang ada lumut, berhati-hati semasa berpijak ditakuti terpijak lumut" Dikatakan pertumbuhan lumut sangat lambat, memerlukan masa bertahun untuk panjang hanya 1 milimeter,punya lah lambat jauh lebih lambat dari kura-kura berjalan.🤪🤪🤪🤪🤪..
Antara cabarannya
Memulakan hiking pada pukul 9.30 pagi,dan sampai Dipuncak gunung IRAU pada pukul 12.20 tengah hari,Setelah makan serta berehat,bertolak balik pada pukul 1.30 petang .Sampai di mossy forest pada pukul 5.20 petang..Dengan menaiki pacuan empat roda kebawah iaitu ke bilik arpament,sampai pada pukul 6.00 petang..Solat jamak taakhir tau..🤗🤗🤗🤗.
Cerita pendakian nya...
Pendakian bermula di mossy forest pada ketinggian 2035 mdpl,Laluan permulaan merupakan jambatan kayu yang dibina selebar 5 kaki,laluan sedikit menaik beberapa meter jauh nya, setelah itu laluan semakin menurun sehingga bertemu laluan hutan mossy..Laluan jambatan kayu dalam 150 meter,Dari sini trek nya semakin menurun, seolah-olah balik dari mendaki,Rasa pelik juga mendaki gunung tapi menuruni gunung,Menuruni gunung tak lah susah sangat sebab tak lawan graviti,tempuh ni memang tak jadi masalah lansung,walaupun melalui 10 tangga besi yang digunakan untuk memudahkan pendaki.Melalui laluan ini hampir satu kilometer,Diperingkat ini ketinggian dari paras laut dalam 1750 mdpl.
Kat sini seperti nak masuk kealam bunian 🤪
Setelah itu bermulalah pendakian yang memeritkan,iaitu pacak yang amat sangat,trek seolah-olah parit dengan kayu-kayu mati yang berselirat,menghalang perjalanan,terpaksa melangkah dan memijak lumpur,setakat ini sangat memeritkan, Walau bagaimanapun sepanjang perjalanan didapati pemandangan yang menakjubkan dengan hutan lumutnya seperti difilem lord of the ring..Memang memukau, kadang-kadang terasa meremang,terasa macam tempat berhantu hahaha, Walau bagaimanapun perasaan itu ditepis jauh-jauh 🤣🤣🤣..
Masa yang diambil disini sekitar satu jam lebih iaitu sampai di summit tipu-tipu yang dinamakan mini IRAU.Disini berehat sekejap dan memulakan perjalanan kepuncak gunung IRAU pada pukul 11.30,
Puncak tipu-tipu iaitu puncak mini IRAU 2031 mdpl
Kepuncak IRAU mesti melalui laluan yang serupa juga iaitu melalui kayu-kayu mati yang berselirat, Permulaan kepuncak IRAU mesti menuruni laluan selepas itu mendaki balik,masa yang diambil disini dalam 50 minit kerana tiba dipuncak IRAU pada pukul 12.20..
Bergambar beramai-ramai dipertengahan pendakian.Ini sebahagian dari ahli team onefamily,ramai lagi yang tak dapat ikut
Bertolak balik pada pukul 1.30 dan sampai digaris mula pada pukul 5.20 petang..Masa yang diambil untuk mendaki ialah 2 jam 50 minit dan masa untuk balik ialah 3 jam 50 minit..pelik mendaki ambik masa yang sikit tp masa balik ambik masa yang panjang iaitu 1 jam lebih lambat semasa jalan balik..Perlu juga diketahui mendaki gunung IRAU lebih susah semasa balik dari semasa pergi kerana keadaan tempatnya,Senang cerita untuk pergi ke gunung IRAU mesti melalui keadaan yang serupa semasa pergi dan balik dengan mendaki dan menuruni..Lagi senang cerita bentuk pendakian dan menuruni ialah seperti huruf W..Pada masa pergi mesti menurun menaik dan menurun menaik balik,begitu juga semasa balik mesti menempuh keadaan yang serupa..
Puncak gunung IRAU,Besar jgk lah puncaknya
Kesimpulan...Kepada aku mendaki gunung IRAU lebih susah dari mana2 bukit atau gunung yang aku pernah pergi..Trek nya terlalu becak, dipenuhi dengan kayu-kayu mati yang terpaksa dilangkah dengan berhati-hati,bimbang tempat berpijak kayu nya reput, memeritkan lagi setiap langkah dan pegangan mesti sangat berhati-hati,dibimbangi terpegang atau terpijak mossy..Kita tak boleh bebas duduk dimana-mana kayu atau batu.Dengan keadaan yang macam tu permilihan sentiasa dibuat, pergerakan jadi tak bebas... Kos semua sekali ialah Rm 210 seorang,termasuk bayar guide,permit,sewa homestay,minyak kereta,tambang pacuan empat roda dan makan..kos makan tak seberapa sebab kebanyakan peserta merayau cari makan kat kedai mamak atau kedai melayu..
Sekian cerita aku hiking gunung IRAU..
LAGI GAMBAR-GAMBAR..
Isnin, 29 Mei 2023
Bukit Bidong darat.
Pada 24-5-2023 aku telah daki bukit Bidong darat iaitu lepas hari raya.Baru lagi,lepas raya yang benar-benar 🤣🤣🤣🤣.Bukit Bidong darat terletak di daerah Setiu iaitu di kampung merang.Bukit ni sangat menarik untuk didaki kerana bentuknya .Bentuk nya seolah2 piramid.Bersegi dan curam.Satu hal yg sangat mengesalkan tentang trek pendakiannya ialah, boleh dikatakan tiada persediaan apa2 kemudahan walaupun seutas tali tempat untuk berpegang.Terjadi demikian dimungkinkan kerana tiada minat kpd orang setempat atau bukan bukit popular disitu.Kapada aku bukit ni sangat menarik untuk didaki..Aku tahu tentang bukit ni apabila Tenguk satu short YouTube.Aku memang tertarik sebab Tenguk segi bukit yang sangat mengamit untuk didaki..
Aku pergi dua kali kebukit Bidong darat.. yang pertama gagal untuk cari jalan masuk,aku bertanya juga kepada makcik tuan kedai kat kampung tu..dia juga tak tau..mak cik yg aku panggil kakak sempat juga menyakat aku tentang bukit tu,dia cakap bukit tu ada mainan juga dari makhluk kat situ,dia cakap ada yang pernah tersesat,tak jumpa jalan keluar,kepada aku itu hanya gurauan semata-mata kerana setiap hutan memang ada makhluk yang mendiami nya, sekurang-kurangnya babi..Selain itu aku juga bertanya kat abang polis yang sedang melakukan latihan menembak kat situ tetapi mereka pun tak tahu kerana mereka bukan lah datangnya dari kawasan berdekatan..
Dari kawasan pintu terowong ni lah aku memulakan pendakian
Pada kali kedua pada 24-5-2023 aku sekali lagi ke bukit ini,aku dah nekad untuk daki bukit Bidong darat walaupun tak jumpa laluan masuk.Aku nekad untuk redah je bukit ini.Aku pergi hanya berdua..Aku daki pada pukul 9.00 pagi.. Aku mula dari arah barat..iaitu bersetentangan lapang sasar PDRM,iaitu disebelah sana nya,pendakian sangat memenatkan kerana kecuramannya,punya lah curam,dari tempat mula mendaki puncak bukit nampak..punya lah tegak..Pendakian mengambil masa satu jam lebih hingga ke puncak tipu-tipu..kelambatan disebabkan tercari-cari laluan..Laluan yang aku ambil tu memang tak siapa yang guna/daki kerana disitu bukan trek yang sepatutnya..Dipuncak tipu-tipu ini lah dijumpai trek yang selalu digunakan.
Curam nya tak nampak sangat
Dari puncak tipu-tipu dan untuk kepuncak bukit Bidong darat hanya 10 minit perjalanan..Duduk sebentar di batu Beirut,Aku bertolak balik dengan menggunakan laluan sebenar yang digunakan oleh pendaki daki lain..Perjalan balik mengambil masa 56 minit sehingga kebawah.Sekian..
Sabtu, 10 September 2022
Komplek gua ikan
Kompleks gua ikan terletak didabung Kelantan,dikomplek gua ikan terdapat beberapa gua yang patut dikunjungi,Gua tersebut ialah gua ikan,Gua gelap,gua keris dan pagar,Sebenarnya dikomplek gua ikan masih banyak lagi gua selain dari gua yang disebut diatas tetapi gua yang lain tu tidak dibuka untuk orang awam disebabkan keadaan gua yang tidak mengizinkan.bahaya...
Banyak juga cerita yg telah diberitahu bahawa gua2 ini ada penunggu,terutamanya gua ikan, diceritakan ada penampakan dua makhluk digua ikan,dikatakan juga makhluk ini penjaga gua ikan,kalau buat sembarangan dengan tempat ni,adalah akibat yang bakal terjadi.Buat sembarangan maksudnya seperti buang sampah,cakap besar dan yang seangkatan.Digua keris pernah jgk terjadi kapada seorang pengunjung, silapnya dia buang air kecik dilopak air didalam gua, akibatnya orang tu meracau-racau apabila sampai diluar gua.Walau mcmana pun perkara tersebut sentel apabila diberitahu kpd guide yg bertugas.
Yang paling aku nak citer pasal gua gelap..Aku telah masuk ke dalam gua gelap sebanyak dua kali, Yang pertama pada 29-7-2022 dan kali ke-2 pada 7-8-2022 selang seminggu, sebenarnya pergi menjelajah gua dikomplek gua ikan pengunjung mesti melalui 3 buah gua,selain gua ikan tu sendiri, gua2 itu ialah gua pagar gua keris dan gua gelap.Gua2 ini terletak di bukit yang sama,sedangkan gua ikan terletak disebelahnya.Kali pertama aku pergi masuk ikut gua gelap dan keluar ikut gua pagar,Kali kedua masuk ikut gua pagar dan keluar ikut gua gelap.
Gua pagar.
Gua pagar sebuah gua yg besar,kat dalam ni tak ada apa yang menarik tp kehebatan kejadian membuatkan aku takjub,takjub kerana aku belum pernah masuk gua, kalau gua bukit keluang,ada lah aku masuk,gua yang panjangnya 20 meter,tak ada apa lah nak ditakjub sangat..🤗🤗🤗🤗.Tapi gua pagar boleh dikatakan lebar dan panjang jgk..Agak dalam 100 meter.Kira2nya gua pagar merupakan pintu masuk dan keluar.
Gua keris.
Gua keris dinamakan sedemikian rupa kerana dalam gua ni ada batu berbentuk seperti sebilah keris,memang sebiji rupanya,tak tau lah pulak batu keris ni diukir atau memang kejadian alam, yang pasti rupanya macam keris.Dari tiga gua,gua keris paling besar serta panjang.Gua keris tak boleh dibuat main kerana gua ni boleh dikatakan sebagai keras juga,tak boleh cakap sembarangan.tak boleh buang air dengan sesuka hati..Pernah diceritakan ada seorang pengunjung buang air kecik dilopak air dalam gua, dikatakan pengunjung tersebut seperti dadah tp telah dipulihkan oleh bomoh yang duduk di kampung berdekatan.Kalau nak mudah,tahan je kalau nak buang air.Selain bentuk keris, keistimewaan gua keris kerana adanya satu lubang yang tembus cahaya matahari Dimasa tertentu,Rasa hebat bila ambik gambar ditempat cahaya matahari tembus ke dasar gua.
Gua gelap.
Gua gelap merupakan pintu masuk untuk jelajah tiga buah gua yang disebut.Walau macamana pun Dimasa tertentu,pintu masuk digua pagar dan berakhir digua gelap,panjang gua gelap dalam 40 meter, kelebaran nya antara 2-6 kaki,tinggi dalam 10 kaki atau lebih rendah lagi.Untuk memasuki nya mesti bawa lampu suluh, gua gelap memang sangat gelap sehingga kan tak nampak orang yang dihadapan kita,Pada mula2 aku masuk gua gelap,serasa macam tak boleh bernafas tp itu sebenarnya perasaan sahaja.tak ada apa yang nak dirisaukan tentang ketiadaan oksijan kerana gua gelap tak lah jauh sangat penelusuran nya..Hanya 10 minit dah lepas,tempat yang agak lambat ialah dihujung gua,kerana pintu gua kecik sangat, besarnya tempat ini hanyalah muat badan orang dewasa sahaja.Disini mengambil masa yang agak lama kerana mesti dilalui seorang demi seorang.
GUA IKAN.
Gua ikan terletak disebelah dari tiga gua yg disebut, Dikawasan ini ada tersedia kemudahan asas.Disini juga terdapat banyak gerai makan,Ada surau,tandas berserta dengan bilik mandi, Mempunyai kawasan yg luas untuk santai2 dan berkelah.Istimewa gua ikan ialah dalam gua ada sebatang sungai mengalir, Walau macamana pun sungai ini tak digalakkan untuk mandi kerana di cemari dengan najis kelawar.Gua ikan lah diceritakan oleh orang-orang tentang makhluk ghaib yang menjadi penghuni digua ikan.Diceritakan pernah terserempak dengan orang yang bernasib baik.SEKIAN.
Gua ikan,
Rabu, 24 Ogos 2022
Perjalanan Rafting kesungai Selangor.
Assalamualaikum, Pada seminggu yg lalu aku telah pergi berakit (rafting) dijeram sungai Selangor iaitu di Kuala kubu baru.Pergi pada hari Rabu 11.00 pagi dari Kuala Berang,melalui LPT sehingga kegenting Sempah,Dari Genting Sempah naik kegenting highland,Memandu untuk mendaki kegenting highland terpaksa melalui jalan berliku sejauh 12 km.Mempunyai laluan yang luas dan sehala.yakni menaik dan menurun dilaluan yg berlainan.Sampai kekawasan genting highland, terus ambik laluan kebatang kali.Disimpang ini yakni diround about ketinggian nya dalam 1000 mdpl tp suhunya tak sejuk,sejuk pun suam-suam kuku je..Senang cakap genting dah tak sejuk.Kira2nya tempat ni lah kemuncak laluan untuk ke batang kali,Ke-Genting Highlands sendiri mesti ambik laluan Kekanan,Genting yg popular tu masih jauh dipuncak.
Menuruni laluan kebatang kali terpaksa ambik laluan yang jalan nya berliku sejauh 20 km untuk sampai kebatang kali.Dilaluan ini tak ada apa yang menarik, walaupun kurang menarik, pemanduan dihidangkan dengan hutan rimba yang mcm tidak terusik,tak tau lah plk sebab2 tidak diusik,pada kebiasaannya pihak2 tertentu pantang tenguk kayu2 yg besar,kalau sebesar bocong gas,dia orang dah menitik air liur sampai lutut dah.jangan cakap lah kalau dah sampai sebesar drum..pitam dia orang ni.begitu lah rakusnya dia orang bila tengok kayu Kayan yang besar sikit.Nak tebang je kerjanya..
Dilaluan genting kebatang kali ada sebatang sungai yg mengalir kehilir, Rasanya sungai ni berhulukan banjaran genting highland,iaitu sungai batang kali.Disini juga terletak sebuah resort kepunyaan bonda Rozita yakni ibu kpd Dato' Aliff Sukri yg kontroversi tu.Terletak di kanan laluan,boleh dikatakan besar juga resortnya..dah tentu,sbb diaorang orang kaya,jutawan boh.. huhuhu.
Sampai ke homestay pada pukul 5 ptg berdekatan dengan pekan kuala kubu baru. Maknanya perjalanan dari Kuala berang hingga ke Kuala kubu baru mengambil masa 6 jam.Punya lah bersungguh untuk rafting..Pergi lah jgk round pekan Kuala kubu baru sambil menescaffe,tu pun bertanya jgk kpd owner homestay, kedai mana sepatutnya disinggahi..Sambil2 tu jenguk2 kut ada terjumpa dgn orang Terengganu.tapi tak ada..Dengar je orang kuala kubu baru bercakap hal harta benda dan macam2 tajuk...Bermalam untuk hari pertama dengan jayanya..
Pada hari ke dua yakni pada hari untuk berafting,Pada hari tu dengan sedihnya tak makan pagi kerana kedai tak jumpa, jenguk2 jgk Kut ada gerai jual nasi lemak atau gerai roti canai tp apa pun tak ada,mungkin terlalu awal pagi,mungkin tak kena jalur nya, tapi tak hairan sbb tempat orang,Tempat orang memang langkahnya jadi pendek,tak tau nak pergi mana,nak tanya orang malu,jadi berlapar je lah.
Sambil tunggu pukul 10.00 pagi yakni masa untuk berakit,ambik masa sikit pergi tengok empangan sungai Selangor,megah jgk empangan nya walaupun tidak sebesar empangan Kenyir.Ditepi empangan sungai Selangor merupakan laluan untuk ke bukit Fraser,didapati laluan ni tempat orang berjoging.Tak tau plk kampung nya kat mana,tenguk Google map tak nampak plk ada kampung disekitar itu.. mungkin juga pegawai empangan Selangor..
Sambil pusing2 tu ternampak deretan kereta tersadai kat tepi jalan,tenguk punya tenguk didapati tuan kereta tadah air bukit di mata air,didapati banyak sangat bekas air yang besar2.Semua nya menunggu air penuh,Orang situ cakap bahawa air yg ditadah mempunyai khasiat,Baik untuk kesihatan.Kebenaran nya tidak diketahui,Air nya sangat jernih,malah lebih jernih dari air mineral yang dijual di kedai,rasa air mata air ni macam air biasa sahaja.Kat sini lah bersarapan pagi dengan air bukit ditepi empangan sungai Selangor.Makan kacang tanah yg dibeli kelmarin masa datang...
Pada pukul 10.00 pagi dengan tidak bersarapan yang sepatutnya,penganjur untuk rafting mengarahkan semua peserta berkumpul di sungai Selangor,Rupa2nya peserta boleh dikatakan ramai juga,sekitar 60 orang, Disangkakan peserta kurang dihari2 biasa, rupa2nya ramai.Point mula dibawah sikit dari empangan Selangor,Peserta diberikan borang untuk di isi, maksudnya biodata peserta dan status kesihatan.Penganjur sebut juga hal bayaran semada jelas atau tak..Setiap peserta dikenakan bayaran rm 180.00 seorang,Dibayar dgn cara online atau bayar ditangan.Peserta diberi taklimat hampir 30 minit,terperinci sangat dari cara pakai jaket keselamatan,cara2 berkayuh, tindakan yang sepatutnya diambil kalau berlaku kemalangan, pendek kata espek keselamatan lah yang dititikberatkan.Rasa jemu plk dgr briefing yang diberikan sebab kalau bab berkayak berakit ni, hanya lah perkara biasa sahaja samada bermain diair tenang atau berarus deras.Tapi ini tempat orang dan ada penganjur nya,mesti dengar briefing yang diberikan .
Bermula berafting pada pukul 11.00 pagi,Setiap kayak ada lapan orang,termasuk dua orang guide,Masa berkayak pun masih lagi dengar briefing dari guide, macam2 penerangan diberikan termasuk dengan sesi berkenalan..Guide boleh lah dikatakan sangat perihatin atas sesuatu yang tidak kita ingini, contohnya menengelam kan kayak.Mungkin juga guide pun setuju kalau kayak tak ditenggelamkan,kerana faktor keselamatan, dibuat nye cedera semasa part tu,bukan kah menjadi sesuatu yang menyusahkan..
Antara titik mula dan end point ada empat jeram semuanya, yang lain merupa jeram yang biasa serta sungai yang berarus perlahan, Kawasan berjeram dalam empat kilometer dan sungai biasa dalam tiga kilometer,Titik mula sehingga titik akhir sejauh 6.5 km.
Sampai ke end point pada pukul 1.30 tengah hari.Kat sini penganjur menyediakan makanan.Sejak pagi hingga pukul 2.00 petang baru lah boleh makan setelah berlapar sepenuhnya pada masa tersebut.Kata orang Terengganu "lapor berlepeng"Setelah makan dan mandi,bertolak ke Terengganu pada pukul 2.30 petang melalui laluan genting highland terus ke genting Sempah dan ambil LPT terus ke Kuala Berang,Sampai rumah pada pukul 8.00..SEKIAN..
video nya
Khamis, 4 Ogos 2022
kerenah jaga orang tua..
ASSALAMUALAIKUM..
Kerenah jaga orang tua,tu tajuk aku pada kali ini,orang tua yang aku maksudkan ialah emak aku,Ayah aku telah pulang ke rahmatullah hampir lapan tahun yang lalu,jadi sekarang aku jaga emak aku pula.kalau dulu kedua2 nya aku jaga tapi sekarang emak aku pula,Dimasa ayah aku sakit dahulu,emak aku tak sakit sangat,masa tu dia masih lagi boleh berjalan,masih mampu lagi untuk masak dan kegiatan yang sepatutnya dibuat.Dimasa sekarang emak aku dah tak mampu buat perkara yang dia mampu buat seperti dimasa lampau sehinggakan untuk makan kadang kala emak aku minta disuap,kadang kala je lah,bukan sentiasa.
Emak aku bukan lah orang yang berkerenah sangat,kadang2 je..Dia seboleh2nya akan melakukan sendiri apa yang dia mampu,contoh nya basuh baju kain nya,Aku rasa itu sahaja yang dia boleh buat selain itu ialah mandi dan ambil air sembahyang,Ambik air sembahyang ni pula,kadang-kadang aku juga yang ambil untuk dia,selain itu rasanya dah tak ada seperti masak,sapu rumah.Kebanyakan dari harinya ialah tidur.Walau mcmana pun dia mempunyai jadual nya yg tersendiri.
Gambar dari internet
Seawal pagi,dalam pukul 5.oo pagi kedengaran mak aku mengaji AL quran sambil tunggu solat subuh,selepas itu solat subuh,selepas solat biasanya dia sambung mengaji balik,lepas tu makan pagi, lepas makan pagi dia biasanya akan basuh baju kain nya,selepas tu tidur balik,bangun ketika dekat nak zohor, dalam pukul 12 tgh hari.lepas tu makan tengahari dan bersolat zohor, lepas solat zohor dia mengaji,lepas tu tidur hingga asar,lepas asar,masa ni dia tak tidur dah,petang Gini dia makan macam2,goreng pisang, keropok lengkar,bubur dan apa2 saja, selain tu aku bawa berjalan,malamnya mak aku tak makan, pada malam hari dia tidur seawal 10.00 malam.Begitu lah rutin hari2nya.
Aku pula dlm rutin jaga mak aku ialah,pagi2 mesti rebus telur,rebus air kerana mak aku minum air panas masa sarapan nya,pukul 7pagi mesti tersedia sarapan nya..sarapan berupa,telur rebus,roti keping disapu dgn susu,kueh lain seperti apam,kueh bakar,pulut panggang,baulu,biskut dan adalah beberapa kueh lain,Bukan bermaksud mak aku makan semua tu dlm sehari tp kueh berlainan pada setiap hari,Tengah hari biasanya aku masak nasi dan lauk nya simple,ikan kering,sayur air,kadang2 aku bergulai juga,bergulai ikan atau ayam,daging tidak boleh kerana bahaya,tu kata mak aku,tapi doktor pakar yg pernah aku jumpa cakap,mak aku boleh mkn apa saja dalam kadar yg sederhana,Pada petangnya mesti beli goreng pisang, keropok lekor dan makanan lain yg menesabah.Adik beradik aku bukan lah tak tolong lansung, tp kalau dah berkeluarga ni faham-faham saja lah.
Kalau aku nak pergi keluar seperti hiking,berkayak,main motor, aku mesti pesan kpd yg ganti jaga mak aku jadual makan seperti diatas,tak boleh lari dari tu.Kalau semua adik-beradik aku terlibat dengan jadual out door ni,aku minta sepupu-sepupu perempuan aku yg jaga mak aku.Memang sepupu-sepupu perempuan aku boleh diharap untuk jaga mak aku untuk semalam atau dua malam kerana mak aku tu mak saudara dia orang...hehehe.
Kerenahnya..
Kerenah nya tak adalah sangat, cuma kalau mak aku lambat bagi sarapan dia tarik muka,kalau dah tarik muka macam tu aku cepat-cepat bertindak,seperti cepat-cepat pergi beli kueh yang dikehendakinya,Kueh kegemaran nya ialah apam,baulu dan kueh bakar.Kalau kueh yg dia nak tp aku tak beli,jangan harap dia nak makan,kalau makan pun disebelah tengah hari atau petangnya.Walau macamana pun perkara itu payah terjadi sebab apa yg dia nak tu memang mudah didapati,bukan sesuatu makanan yang pelik-pelik yang dia nak.Setakat ni mak aku tak lah menangis2 merajuk tak tau ke benda, mungkin tua nya masih berkurang..🤣🤣🤣
Sejak setahun yang lalu kesihatan mak aku boleh dikatakan sebagai sangat baik, walau bagaimanapun ada juga masa tertentu dia sakit kepala dan demam,kalau demam sekadar makan Panadol je,Dimasa mcm ni lah perlu nya kpd orang yang menjaga untuk ambil pil dan air, kadangkala terpaksa juga picit2 kepala.Sejak setahun yang lalu mak aku suka sangat berjalan-jalan, berjalan-jalannya bukan lah jalan kaki atau berjalan ditengah jalan atau berjalan ke rumah orang tapi berjalan naik kereta, boleh dikatakan setiap hari aku mesti membawanya bersiar-siar ke pekan atau keluar pekan,sehabis dekat dalam 20 km,sehabis jauh dlm 80km setiap hari.Apa yang mak aku buat ialah duduk kat seat belakang dan ikut kemana aku bawak,kedalam hutan atau bandar, Kegemaran nya makan2 dalam kereta sambil minum air,Yang paling dia suka berjalan semasa hujan lebat, Aku sendiri tidak faham dengan kesukaan pergi didalam hujan, Didalam kereta dia biasanya bercakap kisah-kisah silam, bercerita tentang waris Warah,Soal cucu-cucunya yang ramai tu..Aku rasa tu lah saja rutin hidupnya dan kerenahnya,aku rasa tak berat sangat.Memang tak berat pun,hanya beli kueh, masak nasi,bergulai berempah,Goreng ayam,goreng nasi,buat mee rebus, Mee goreng,kadang-kadang tu buat lempeng gandum,buat jeput2..Mudahkan tu..
Sesuatu yang aku ingat ialah pesanan ni.."berbudi lah kapada mak kita selagi dia masih hidup,jasanya tak akan terbalas walaupun kita mengdukung nya hingga ke Mekah" Aku ingat sangat pesanan ni....SEKIAN..
Sabtu, 30 Julai 2022
Pengalaman naik keretapi (Train to dabung)
Penulisan aku pada kali ini agak cap ayam sikit sebab rasa macam bodo2 gitu,tenguk tajuk pun dah rasa nak mengilai,macam orang darat gitu,Negara sudah lama merdeka naik kereta api pun dah rasa bangga sedangkan orang dah sangat maju sekarang,dah pergi keliling dunia.Walau mcm mana pun aku yakin masih ramai yang belum naik kereta api bukan hanya aku sahaja.Lagi pun menggunakan kenderaan hanya lah keperluan sahaja bukan kewajipan.Jadi kalau perlu naik kereta,guna je lah kereta,jangan susah2 nak naik bas...
Sakan ambik gambar puak2 kiter
Aku naik kereta api pada Jumaat 29-7-2022,bermula di Tumpat Kelantan ke Dabong,senang cerita "train to dabong"Aku memang bercita-cita lama nak naik kereta api tapi kesempatan sentiasa tak ada.Aku dah cakap kenderaan hanya keperluan bukan kewajipan,atas sebab itu lah aku tak perlu menggunakan keretapi,lagi pun aku tinggal di Terengganu sedangkan stesen keretapi yang terdekat di gua musang,Nak naik keretapi mesti ambil masa,sebab nak pergi ke stesen keretapi mesti menggunakan teksi, bas, dah jadi satu kerja plk.Kalau pergi dengan kereta sendiri mesti ada orang lain yang hantar kita,kalau pergi sendiri,akan menjadi kesusahan yang besar plk sebab kalau kita naik kereta api di Tumpat dan distinasi plk gua musang,kereta kita parking kat stesen keretapi Tumpat,sampai di gua musang adakah kita nak berjalan kaki balik ke Tumpat yg jauhnya beratus kilometer tu, Yang paling munasabah mesti ambik teksi untuk ambil kereta kita yg ditinggalkan beratus kilometer, tu pun kalau orang tak curi, kalau kena curi, akan jadi satu lagi malapetaka besar,sebab tu lah kita mesti upah orang untuk hantar dan ambil kita.Punya lah susah nak naik kereta api,huhuhu..
Aku pergi dengan rombongan cikgu2 sekolah,Sekolah tersebut buat program untuk naik keretapi dan pergi kedabong,Telah ada ruangan kosong aku tumpang sekaki.Pergi dengan menaiki bas pada pukul 12.30 malam 29-7-2022 dari kuala berang,melalui bandar permaisuri,jertih dan terus ke tumpat kalantan,sampai pada pukul 5.00 pagi dan bersolat dimasjid bandar tumpat..Pada pukul 6.20 bertolak ke stesen kereta api setelah solat beriman kan ahli rombongan sendiri,tak ikut solat berjamaah bersama imam dimasjid tersebut kerana solat jamaah nya lambat sangat.Puak kami ni takut ketinggalan kereta api yang akan bertolak pada pukul 7.05 pagi,Takut ketinggalan tu sebab pertama kali nak naik kereta api,Nampak sangat darat nya kami.. Memang tepat pada pukul 7.05 pagi kereta api bertolak,Memang aku puji lah,kereta api yang hebat,seat yang bagus,ada meja kecik pula tu.Kerata api yg gagah perkasa dan cun melecun..Kereta api baru agak nya.Distesen tumpat tak ramai penumpang,hanya kami sahaja dalam 40 orang serta dua tiga orang tempatan yang naik kereta api distesen tersebut..Maka bermula lah berlayar dengan kereta api tampa sarapan pagi,hanya togok air mineral yg dibawa semalam.Nak sarapan kat mana,Distesen tu pun tak ada kedai makan..
Masa mula nak naik kereta api kami dan atur kedudukan gerabak mengikut tiket kami,untuk senang nak naik..A kat mana B kat mana,seterus nya sampai ke Z tp tak mungkin lah sampai Z kerana gerabak tak sampai bilangan semacam tu dan aku terlupa nak bilang gerabak banyak mana pada hal aku bab bilang2 ni suka sangat,kalau pergi hiking aku mesti bilang anak sungai yang dilalui berapa batang,Sungai berapa tp hari itu aku lupa nak bilang gerabak,lalai betul aku,hahahaha..
Naik kereta api tak perlu lah ikut pintu gerabak kita yang sama dengan tiket,naik ikut pintu mana pun boleh,dah dalam kereta api baru lah cari seat kita,darat betul..hihihi..Stesen pertama ialah tumpat,ke dua wakaf baru,orang cakap wakaf baru ialah kota baru,kat sini ramai penumpang yang naik,dan dengar cerita mereka pun nak ke dabong,dabong betul2 fenomena sekarang ni.Stesen2 yang akan dilalui untuk ambik penumpang dan turunkan penumpang ialah
1) Tumpat
2) Wakaf baru
3) Pasir mas
4) Tanah merah
5) temangan
6) Kuala krai
7) Manek Urai
8) Bukit Abu.
9)Dabung. Dabung ialah distinasi kami,tapi keretapi yang kami naiki akan menempuh lagi tiga stesen iaitu
1) Kemubu
2) Bertam baru dan
3) Gua Musang..
Di setiap stesen kereta api akan berhenti,Paling lama di stesen pasir mas,tanah merah dan kuala krai,tiga stesen ni paling ramai penumpang yg naik.Stesen yang tak ada penumpang ialah stesen bukit Abu,Kat stesen ni kereta api hanya berhenti dalam seminit je,Aku tenguk ada yang lambai2 bendera selepas tu kereta api pun berjalan.Kereta api ni boleh dikatakan mewah juga,seat yang baik,kereta api yang cantik dengan kaler2 nya,purata kelajuan ialah 80km sejam dan paling laju 105 km sejam..Rel kereta api sejauh 100km dari tumpat ke dabong mempunyai 7 terowong dan banyak jambatan kecil,sekurang nya dua melintas sungai kelantan yang sangat keruh tu,Ada banyak jambatan yg ketinggian nya dlm 50 meter,Sangat menakutkan,semasa kereta api melalui terowong atau jambatan,kelajuan kereta api di perlahankan,sekitar 40 km sejam,mungkin takut jambatan tu roboh kerana gegaran.
Keadaan disesen kereta api dabung..Memang menjadi fenomena :"train to dabung"
Sampai distinasi kami iaitu didabong pada pukul 10.30 pagi..Disini aku dapati seolah2 semua penumpang turun distesen ni,Penuh dengan manusia,rupa2nya penumpang2 yang naik distesen yang sebelum ini turun didabung belaka.Fenomena "train to dabong" terbukti nyata.Bagi aku naik keretapi sangat menyeronokkan,kita seolah-olah dibawa dalam cerita Hindustan, Filem Hindustan sentiasa ada babak naik keretapi...ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
SEKIAN CERITA AKU PENGALAMAN NAIK KERETA API.
Ada banyak tempat yg boleh dilawati di Dabung seperti air terjun Jelawang, gua ikan,gua gelap,gua keris dan banyak lagi.


































