Khamis, 4 Oktober 2012

Tok Tun Indera

Tok tun Indera dikatakan seorang pemerintah ditersat beberapa abad yang lalu iaitu pada tahun 1725,Susur galur tok ton indera berasal dari johor,Kedatangannya keterengganu kerana pelantikan sultan terengganu iaitu sultan Zainal Abidin 1,(Sultan zainal Abidin 1 adalah pengasas kesultanan terengganu,Beginda diputerakan dijohor pada tahun 1702 masihi)

(Makam Tok Tun Indera)

(Gambar makam ni diambil pada 4hb.10 2012,Makam Tok Tun Indera sudah tak dijaga seperti yang sepatutnya)

Tok Tun Indera dikatakan sebagai seorang pahlawan dan pengiring sultan terengganu semasa kedatangan sultan zainal Abidin 1 keterengganu selepas pelantikan nya.Tok Tun Indera dikatakan mempunyai tujuh beradik yang datang bersama rombongan diraja.
1)Tok Tun Segempa Ali
2)Tok Tun Segempa Alam
3)Tok Tun belian mahmud
4)Tok tun Bukit jerat..(tak diketahui nama sebenarnya)
5)Tok Tun Daud..
6)Tok Tun Indera Muda..(Tun Indera)
7)Tok Tun Adinda
(Tersorok dalam semak ini lah terletaknya makam Tok Tun Indera,terletak dikuala kempar,dikampung kuala menjing bersempadan dengan kampung lubuk pait)
  Cerita-cerita dari dari mulut kemulut yang dikutip dari orang2 tua telah menceritakan kedatangan tok tun indera ke-tersat kerana menguruskan masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar kampung2 ditersat,Tok Tun Indera sememangnya utusan sultan Zainal Abidin 1 dan diberikan kepercayaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Salah satu cerita yang sangat popular dimasa tersebut ialah tentang cerita harimau terbang,Harimau terbang dikatakan akan memburu mangsanya pada waktu malam dan memakannya.Akibat dari kepahlawanan Tok Tun Indera maka diutuskan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut..(mungkin harimau terbang yang dimaksudkan itu hanyalah terkaman harimau untuk mendapatkan mangsanya dengan cara melompat melalui rumah2 penduduk dan mungkin juga tempat kejadian ialah dikawasan penanaman padi bukit dan rumah yang dimaksukan ialah dangau2 yang dibina dikawasan penanaman padi)

(Makam Tok Tun Belian Mahmud)
(makam beliau telah mengalami kerosakan akibat sikap penduduk yang tak ambil cakna dan menghargai sejarah tempatan.Terletak dikampung kuala menjing,jalan yang menghala ke kampung kemat)
Dimasa itu kampung2 ditersat mempunyai masalah kepimpinan, kedatangan Tok Tun Indera dapat mengisi kekosongan tersebut,Bertitik tolak dari masalah yang dapat diselesaikan oleh beliau maka ton tun indera telah dilantik menjadi pemimpin dikawasan tersat pada masa itu,(1725).Semua saudara Tok Tun Indera telah menjadi ketua dikampung2 kawasan tersat iaitu kampung pelandan kampung ceting,kampung pasir nyiur,kampung air mer,kampung lubuk pait,kampung mekan/kampung lebat daun dan kampung tepas...


 Kehebatan Tok Tun Indera sangat terserlah semasa menjadi pemerintah tersat tetapi beliau tidak meninggalkan waris kerana beliau tidak pernah berkahwin dan telah meninggal dunia pada masa yang muda.

 Dikatakan kepimpinan Tok Tun Indera dan Tok Tun Belian Mahmud adalah yang paling terserlah jika dibandingkan dengan saudara2 nya yang lain.Makam2 mereka masih lagi ada dikampung kuala menjing,Kuala Berang Hulu Terengganu.Makam2 saudara nya yang lain terletak dikampung ceting dan kampung sekitarnya..


Penemuan makam dan cerita2 disebaliknya:
1)Pada tahun 50an semasa jalan sekayu hendak dibuat telah terjadi kejadian yang pelik disekitar makam,semasa jalan dibina jentera yang digunakan untuk membuat jalan telah gagal dihidupkan,Dengan kejadian tersebut membuatkan pekerja dan penduduk tempatan telah mengsyaki sesuatu yang tak kena sehingga lah terjumpa nya nisan dimakam berkenaan,Jalan telah diubah laluan nya dan kerja2 membina diteruskan dengan tak mempunyai masalah lagii...Dengan sebab2 kejadian itu lah makam  Tok Tun Indera dijumpai...
2)Biasa terjadi kapada penduduk tempatan yang tersesat dikawasan tersebut akan dibawa sesuatu sehingga kemakam berkenaan.
3)Biasa terjumpa dengan individu yang tak dikenali dan apabila diperhatikan individu berkenaan akan pergi kemakam dan ghaib pada pandangan mata.

Sebenarnya banyak kejadian pelik yang terjadi cuma ianya tak menjadi masalah kapada penduduk yang memang tau dengan tempat tersebut
.(CERITA INI TELAH DICERITAKAN OLEH SEORANG PENDUDUK YANG BERUMUR LEBIH DARI 100 TAHUN,CERITA DARI MULUT KEMULUT YANG DITITIP DARI GENARASI KEGENARASI,WALLAHUALAM)



















































9 ulasan:

  1. Saudara azramsulong..saya telah terbaca ruangan tok tun indera. Ada beberapa perkara yg ingin saya tanyakan jika anda senang...

    BalasPadam
  2. Saudara azramsulong..saya telah terbaca ruangan tok tun indera. Ada beberapa perkara yg ingin saya tanyakan jika anda senang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertanyaan apa kah itu,yg patut saudara tau cerita sy tentang tun indera berdasarkan kpd cerita oleh seorang tua dikampung saya,kesahihan nya tak lah sy ketahui,boleh dikatakan cerita tun indera yg sy tulis ni sbagai versi sy shj,terima kasih...

      Padam
    2. Assalamualaikum saudara azram...baru sekarang saya terbaca tulisan anda...dah lama..

      Padam
  3. Selain dari cerita tun indera dan tun belian...saudara tahu tak tentang tok tyn segempa alam?...tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak,sy tak tau,nama tu sy tau dari seorang tua yg menceritakan kisah tun indera kpd sy dan org tua tersebut dah pun meninggal dunia baru2 ni..tq

      Padam