Khamis, 17 Januari 2013

Kampung sekayu

Kg sekayu tak ada bezanya dari kampung2 lain didaerah hulu terengganu,Sekayu menjadi terkenal kerana adanya air terjun sekayu yang popular itu.Kg sekayu terletak 1km dari kawasan perkelahan hutan lipur sekayu..Kampung sekayu dihubungkan dengan baik dengan jalan raya kebandar kuala berang sejauh 16km

Kampung Sekayu merupakan kampung yang paling tepencil di-awal ujud nya..Ditahun 60an penduduknya hanya berjalan kaki untuk kebandar kuala berang dan ada yang berakit disungai untuk membawa hasil tanaman,Syukur alhamdulilah sekarang semua nya ok,huhuhu...
 Ditengah-tengah kampung sekayu

Kg sekayu mempunyai lebih kurang 600 orang penduduk,mempunyai pengerusi JKKK dan ahli jawatan kuasanya sendiri..Rata2 penduduknya bekerja sebagai petani dan ramai dari penduduknya mempunyai kebun sawit dan getah sendiri,Sebahagian yang lain bekerja  kerajaan.Boleh dikatakan penduduk sekayu terdiri dari orang2 yang senang kalau dinisbahkan dengan kebun yang mereka miliki.Sesuatu yang unit kapada penduduk sekayu ialah kesemua penduduknya adalah penyokong kerajaan atau penyokong Umno,Payah hendak dijumpai semua penduduk kampung penyokong parti tertentu secara perfect...
Kampung sekayu mempunyai kemudahan asas seperti bilik mesyuarat jkkk/balairaya,Masjid yang besar,kelas kemas,padang bola/badminton dan mempunyai kedai2 bagi kemudahan penduduk setempat..
 Simpang ke Air Terjun Sekayu..

Sesuatu yang amat menarik tentang kg sekayu ialah kampung ini mempunyai pemandangan yg menarik selain dari air terjun nya..Ujudnya kg ini mungkin tanpa perancangan yang sepatutnya kampung ini gagal dibangunkan dengan lebih baik tak setanding dengan kemashyuran air terjun nya dan mungkin juga atas sebab2 tradisionalnya..sekian...
Tadika kemas.
.
Masjid kampung sekayu.

 Didalam kampung nya
.
Sungai yang memisahkan Kampung Sekayu dan Taman lipur sekayu..

Simpang ke-Air Terjun Sekayu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan