Memaparkan catatan dengan label tempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

Kampung sekayu

Kg sekayu tak ada bezanya dari kampung2 lain didaerah hulu terengganu,Sekayu menjadi terkenal kerana adanya air terjun sekayu yang popular itu.Kg sekayu terletak 1km dari kawasan perkelahan hutan lipur sekayu..Kampung sekayu dihubungkan dengan baik dengan jalan raya kebandar kuala berang sejauh 16km

Kampung Sekayu merupakan kampung yang paling tepencil di-awal ujud nya..Ditahun 60an penduduknya hanya berjalan kaki untuk kebandar kuala berang dan ada yang berakit disungai untuk membawa hasil tanaman,Syukur alhamdulilah sekarang semua nya ok,huhuhu...
 Ditengah-tengah kampung sekayu

Kg sekayu mempunyai lebih kurang 600 orang penduduk,mempunyai pengerusi JKKK dan ahli jawatan kuasanya sendiri..Rata2 penduduknya bekerja sebagai petani dan ramai dari penduduknya mempunyai kebun sawit dan getah sendiri,Sebahagian yang lain bekerja  kerajaan.Boleh dikatakan penduduk sekayu terdiri dari orang2 yang senang kalau dinisbahkan dengan kebun yang mereka miliki.Sesuatu yang unit kapada penduduk sekayu ialah kesemua penduduknya adalah penyokong kerajaan atau penyokong Umno,Payah hendak dijumpai semua penduduk kampung penyokong parti tertentu secara perfect...
Kampung sekayu mempunyai kemudahan asas seperti bilik mesyuarat jkkk/balairaya,Masjid yang besar,kelas kemas,padang bola/badminton dan mempunyai kedai2 bagi kemudahan penduduk setempat..
 Simpang ke Air Terjun Sekayu..

Sesuatu yang amat menarik tentang kg sekayu ialah kampung ini mempunyai pemandangan yg menarik selain dari air terjun nya..Ujudnya kg ini mungkin tanpa perancangan yang sepatutnya kampung ini gagal dibangunkan dengan lebih baik tak setanding dengan kemashyuran air terjun nya dan mungkin juga atas sebab2 tradisionalnya..sekian...
Tadika kemas.
.
Masjid kampung sekayu.

 Didalam kampung nya
.
Sungai yang memisahkan Kampung Sekayu dan Taman lipur sekayu..

Simpang ke-Air Terjun Sekayu..

Isnin, 14 Januari 2013

Simpang Sekayu

Simpang sekayu tak ada apa yang istimewa tetapi simpang sekayu menjadi terkenal kerana sekayu nya bukan kerana simpang nya,Sekayu ialah nama sebuah kampung yang terletak di-Hulu terengganu dan nama sekayu menjadi popular kerana air terjun nya  ia itu air terjun sekayu..

Simpang sekayu terletak dibandar kuala berang iaitu lebih kurang 16km dari air terjun sekayu,Dari bandar raya kuala terengganu lebih kurang 38 km..Dari simpang ini lah jalan masuk ke air terjun sekayu dan kampung2 lain disekitarnya..
 Simpang sekayu diwaktu malam..



Rabu, 20 Jun 2012

Hulu

 PETA HULU TERENGGANU
Hulu atau ulu biasa nya dikaitkan dengan tempat yang jauh dipendalaman,dan hulu juga merupakan satu tempat yang paling unjat..Contoh2 yang mudah dengan perkataan hulu ialah hulu sungai atau hulu parang dan kedua2nya melibatkan tempat yang paling jauh... Dimasa sekarang hulu biasa nya dikaitkan dengan kejakunan,keuluan,kelemahan serta kedaifan..

Hulu yang aku nak ketengahkan ialah penempatan penduduk yang tinggal jauh dari kawasan bandar,Kawasan yang jauh dari bandar biasa nya akan dinamakan hulu dan orang yang mendiami kawasan tersebut biasa nya dipanggil sebagai orang hulu atau orang darat.Biasa nya yang mempunyai sikap yang dikaitkan dengan kejakunan,keuluan,kelemahan serta kedaifan ialah datang nya dari penduduk yang tinggal dibandar2.Kalau diterengganu biasa nya orang2 yang tinggal dikuala terenggganu lah yang biasa sangat mengejek2 orang2 yang tinggal di hulu.

Yang sangat biasa menjadi ejekan mereka ialah tentang lorat yang dicakapkan oleh orang ulu padahal percakapan yang digunakan oleh orang bandar(kuala terengganu) sangat jauh dari bahasa standard..Jadi apakah yang diagung2kan lorat orang bandar,memang tak ada kelas langsung,maknanya serupa sahaja dengan orang ulu...Ungkapan seperti.
"Bapak ulu mari dah"
"basa jenih orang ulu"
"orang darat"
"rumah besar macam orang ulu,"
 "seperti galas batu ditengkuk," (Apabila anak orang ulu  nak kawin dengan anak orang bandar)
 Ungkapan seperti diatas menjadi ejekkan orang2 bandar terhadap orang hulu (celaka betul orang2 bandar,agaknya made in animal orang2 bandar ni)

Nama kampung yang sangat biasa yang menjadi ejekan orang2 kuala terengganu ialah seperti kampung kuala pueh dan kampung dura.Aku mengalami sendiri ejekan ini apabila aku bercakap dengan seseorang yang aku jumpai dikuala terengganu.Pada pandangan mereka orang2 yang tinggal dihulu merupakan orang yang  tak reti basa (bodoh) tapi pada pandangan aku orang yang bercakap dengan aku tu lah yang tersangat bodoh dan mungkin lebih cerdik sedikit dari lembu. Apabila aku bertanya kapada nya berapa kali kah dia pernah kekampung yang dikatakan penduduk nya bodoh,dia mengatakan hanya baru sekali pada awal tahun 80an..

"berapa kali kah encik pernah kesitu," aku bertanya..
"sekali! pada tahun 80an hari tu,"Jawab nya...
"kampung2 lain yang pernah encik pergi?,"Aku bertanya lagi..
"tak pernah,itu pertama sekali ke kampung dura,itu sudah lama ,"dia yang bodoh ni mengulangi lagi..
"tak kan tak pernah ke hutan lipur sekayu?,"Aku bertanya lagi.
"tak pernah,"jawab mamat tu,huhuhu....

Atas sebab2 itu lah aku berani katakan orang ni sangat bodoh kerana pada fikiran aku dia merasakan bandar tempat yang dia tinggal merupakan dunia nya yang sangat besar hingga melupakan tempat lain yang jauh lebih besar dari tempat nya. Yang menjadi alasan bagi orang bandar untuk tidak datang kekampung2 sebelah hulu ialah tak ada kerja,jauh,tak terfikir nak pergi kesitu dan banyak lagi alasan2 yang bodoh2..Pada fikiran aku,pemikiran yang macam ni adalah pemikiran yang amat primitif sebab orang lain pergi eropah boleh balik pada hari yang sama,kita yang tinggal dinegeri yang amat kecik masih mengatakan dinegeri sendiri itu adalah jauh.....


cakap ulu
 
Baru2 ini aku ke-wakaf tengah kuala terengganu,Aku lepak2 kat sebuah kedai sambil minum air nescafee kegemaran aku,Aku telah disapa oleh seseorang kat situ,
"Mari mana nih,"sapa seorang mamat yang agak berumur sikit.
"Kuala berang,"Jawab aku yang cerdik ni,hehehehehehehehhe.........
"kampung mana tu," Bertanya lagi dia..
"kampung kat tasik kenyir," Jawab aku..
"Dura ke," Katanya lagi
"tak, tapi kampung2 kat situ lah," jawab aku...
"eh ambe tak sangka lah kampung2 dah maju,ada air,ada api,(letrik)orang2 kampung pakai astro belaka,ambe ingat orang kampung pakai air sungai dan bla bla bla bla bla bla,"Kata mamat tu seolah2 kagum dan dimasa yang sama menunjukan kebodohan nya..
Aku dah semakin boring dengan sikap yang semacam tu,Aku hairan macam mana masih tertinggal manusia yang jenis macam ni boleh ujud..Walau macam mana sekali pun aku sangat berharap dua orang yang aku jumpai itu adalh hanya dua orang yang tu sahaja yang masih ujud kat bandar kuala terengganu... sekian...