Sabtu, 28 Disember 2013

iddah kematian suami

Pada 3hb dis 2013 yang baru lalu aku dan keluarga aku telah kehilangan ayah untuk selama2nya,Arwah ayah aku telah sakit selama 7 tahun dan 8 bulan kerana diserang strok.Dalam tempuh pejagaan pesakit yang menghidapi penyakit strok ini aku dan keluarga mengalami kegetiran yang tak semua orang akan melaluinya.
 
Dihari kematian ayah telah terjadi banjir besar dikemaman dan Pahang dan tak terkecuali kampong aku di kuala berang,tapi dalam tempuh 5 jam dari kematian ayah aku dan keluarga telah dapat menyelesaikan semua urusan pemkebumian.Mungkin disebabkan penduduk kampung yang tak dapat bekerja menjadikan urusan menjadi sangat senang walaupun disirami dengan hujan dimusim banjir.
 
Setelah segala urusan selesai satu perkara yang aku  sedikit pun tak tau yang berkaitan dengan iddah,Iddah yang aku maksudkan ialah iddah yang mesti ditempuh oleh ibu ku dan iddah itu ialah iddah kematian suami,.Terus terang aku nyatakan bahawa iddah yang aku ketahui ialah iddah yang berkaitan dengan perceraian sahaja,Setelah bertanya2 kapada individu yang sepatutnya dapat aku ketahui bahawa iddah kematian suami sesuatu yang wajib hukum nya kapada siisteri.
 
Terdahulu dari itu aku bertanya2 kapada kawan2 tentang iddah ini disekitar aku dan ramai yang tak mengetahuinya,Maka ketahui lah aku bahawa ramai sangat yang tak menghirau kan tentang iddah termasuk juga aku sendiri.Telah dihujah dan didebat maka dapat lah aku simpulkan bahawa iddah ini merupakan jarang terjadi jadi tak ada keperluan untuk mengetahuinya..(sebenarnya ramai dari kita yang malas nak belajar,klu yang berkait dgn iddah ni ok lah jgk tp fardu ain yang lain berapa kerat sgt yg belajar dan mengamalkan nya,konon nya iddah ini hya ppuan sahaja yg terkena,lelaki tak kena jadi untuk belajar tak perlu lah tapi itu alasan jer,alasan org malas kpd ugama nya,termasuk jgk aku,huhuhu)
 
Dibawah aku serta kan satu page blog yang berkaitan dengan Iddah kematian suami yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM>>>>>>>>>

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami
 
i.       Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut.  Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
 
a)            Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.  
 
b)            Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. 
 
c)            Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.  Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam.  Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam.  Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk  menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
 
d)            Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
 
e)            Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah.  Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.  Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
 
i)         Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang; 
 
ii)        Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
 
iii)       Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
 
iv)       Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
 
ii.            Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
iii.           Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
 
KESIMPULAN
 
Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia.  Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita.  Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah.  Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung. 
 
            Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya.  Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya  dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.
 
PENUTUP
 
Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam  yang sebenar.

1 ulasan: