Khamis, 30 Januari 2014

ubi gadung


Ubi gadung sejenis ubi yang sangat beracun,Ubi gadung merupakan ubi yang tumbuh liar didalam hutan dan ditepi2 kampung yg semak.Ubi ini tidak ditanam untuk dibuat makanan mungkin kerana status nya yang beracun.Mempunyai batang yang berduri seakan2 akar dan berwarna hijau,Batang/akarnya boleh panjang sehingga 20 meter atau lebih.Ubi gadung tidak menjadi makanan kapada binatang liar kerana racun nya, bahkan babi hutan pun tak suka untuk makan ubi gadung..
Begitu lah serba sedikit tentang ubi gadung...Walau pun ubi gadung tak menjadi makanan kapada binatang liar, ubi gadung masih boleh lagi dijadikan makanan yang sedap dengan mengikut beberapa cara untuk menawarkan racun yang terkandung dalam isinya
Pada suatu hari aku telah diajak oleh seorang jiran aku untuk makan ubi gadung yang telah diprosesnya sehingga boleh dimakan.Sambil makan dan menikmati ubi gadung yang sudah dimasak, aku telah bertanya macam mana kah proses untuk menawarkan racun ubi gadung sehingga ubi yang sangat beracun itu menjadi tawar..Dari penerang yang diberi aku menyimpulkan cara untuk proses ubi gadong boleh dikatakan agak cerewet.

Dalam sesuatu proses membuat gadung memerlukan beberapa orang supaya kerja jadi senang terutamanya dimasa mengambil ubi gadung yang tumbuh meliar ditepi2 hutan atau tepi2 kebun.Biasa nya semua proses dilakukan secara gotong royong dan ubi gadung yang telah diproses akan dibahagi sama banyak..Biasa nya ubi gadung yang belum diproses akan diambil seguni seorang atau pun 30kg,Biasanya tempat untuk melakukan proses membuat gadung ialah ditepi2 sungai atau tempat yang telah disetujui terlebih dahulu....

Hasil dari pertanyaan itu ialah seperti berikut:
1) Ubi gadung yang telah dibuang kulit nya hendak lah dihiris nipis2 setebal 3mm,lebih nipis lebih baik..
2)Ubi gadung yang telah dihiris nipis mesti direndam kedalam air atau peram didalam suatu bekas seperti tempayan atau apa sahaja yang boleh dijadikan tempat rendaman,Bahan yang dicampur didalam air ialah garam dan asam gelugor,Ubi gadung ini akan direndam selama 3 malam
3)Setelah 3 malam direndam didalam tempayan dirumah, ubi gadung mesti direndam selama 3 malam lagi didalam air yang banyak atau dalam air yang mengalir seperti sungai dan alur/parit,Selama 3 malam direndam,ubi gadung  mesti dibalik2kan setiap pagi dan petang selama 3 hari itu
4)Setelah 3 hari direndam didalam air yang berarus ubi gadung telah lengkap dalam proses untuk menawarkan racun yang terkandung didalam nya....
Cara memasak ubi gadung sangat mudah dan tak cerewet sangat, karana ubi gadung hanya ada beberapa cara sahaja untuk dimasak yang pertama hanya digoreng dalam kuali dan yang kedua di buat pengat,tapi yang paling popular ialah hanya digoreng didalam kuali,Sebelum dimasak ubi gadung mesti diperah sehingga habis air yang terkandung didalamnya kerana dikhuatiri ubi gadung masih ada sisa racun didalam nya,dengan memerah mungkin sisa racun akan habis.Walaupun dipanggil goreng,ubi gadung tak perlu dibalik2 seperti mengoreng ikan,hanya lah perlu menutup sahaja kuali dan menungu masak.Biasanya proses ini mengambil masa 10-15 minit sahaja bergantung kapada banyak mana ubi gadung dimasak,Bila masak warna nya menjadi kekuning2an..
Bila masak, ubi gadung dimakan dengan dicampur kelapa parut,tapi ubi gadung juga boleh dimakan mengunakan lauk pauk seperti makan nasi..Sekian...
 ***
Selain dari didapati tumbuh liar didalam hutan ubi gadung juga ada ditanam untuk memudahkan kapada yang ingin menjadikan gadung sebagai makanan,Cara penanaman nya cukup mudah,hanya perlu ditanam sedikit sahaja kedalam tanah,Tempat ditanam biasanya berdekatan dengan pokok2 yang tinggi kerana memudahkan batang nya menjalar,Tempuh matang ubi gadung ialah setahun...Sehabis tempuh itu pokok ubi gadung biasanya boleh diambil,Ubi gadung tak boleh di tuai setelah penunasan baru semada sejengkal panjang atau lebih,Diketika penunasan baru racun ubi gadung tak dapat dihilangkan walau pun dilakukan proses yang diatas tadi,Pemakannya boleh mabuk dan tak selamat...

8 ulasan:

  1. salam encik di mana ya saya boleh dapatkan ubi gadong ini? saya perlukannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.sy rasa semua tmpt ada ubi gadung,tanya kat kampung2,mesti ada..

      Padam
  2. DiKedah, ubi ini dikukus. Ini satu caranya yang saya ingat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain tmpt lain caranya,kukus atau goreng hya lah supaya ubi ni masak,tu je..

      Padam
  3. Assalam....
    Kiter ada tulis pasal UBI GADUNG KUKUS ..http://namakucell.blogspot.my/2017/12/ubi-gadong-kukus-campur-pulut.html?m=1
    baru tahu...macam tu cara proses ubi gadung..mak kiter ada cerita tapi kita x bileh nak bayangkan..sekarang dah boleh bayangkan..
    tQ sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm...wlau mcm mana pun ubi gadung ni sy dah x mkn bertahun2 dah sbb mls nk buat,hahaha...

      Padam
  4. Arwah ibu saya pernah membuat makanan ini..sedappp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu awk nk buat,awk ikut step yg sy tulis,semua tu betul,inshallah,menjadi.

      Padam