Sabtu, 1 Februari 2014

rebung

"Kalau hendak melentur buluh biar lah dari rebungnya"...

Peribahasa yang kita sering dengar apabila dikaitkan dengan  rebung buluh.dan sememang nya peribahasa itu sangat memberi makna yang besar dalam mendidik anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Rebung ialah tunas muda yang tumbuh dari akar pokok buluh.Pada kebiasaannya rebung dimakan oleh kebanyakan penduduk Asia dengan cara dibuat sayur.
(jenis dan species buluh boleh dirujuk di Wikipedia) 
Boleh juga dikatakan sayur rebung buluh dimakan oleh golongan miskin sahaja walau dimana mereka tinggal samaada dimalaysia atau negara asia lain nya.Senang cerita orang2 kaya tak makan benda yang tak ada standard ni,huhuhu...
Aku disuatu hari telah diajak oleh seorang kawan  untuk mencari rebung buluh untuk dijual dipasar2.Telah menjadi kebiasaan kawan aku mencari rebung buluh untuk menambah pendapatan keluarganya.Terasa perit hidup yang bergantung kapada hasil seperti ini  Walau pun rebung buluh bukan benda asing kapada aku tapi aku jarang mengambil tahu cara untuk mendapatkan rebung dipokok2 buluh yang merata tumbuh ditepi2 sungai dikampung aku.Perlu juga diketahui rebung buluh tersangat miang sehingga jarang orang yang sudi mencarinya...
Peralatan yang diperlukan untuk mengambil rebung buluh ialah sebilah parang dan sebilah parang yang tak digunakan untuk kegunaan harian,Tujuan nya ialah untuk mencucuk kedalam tanah untuk mengesan rebung buluh yang tertanam didalam tanah ditepi pokok buluh yang telah matang Biasanya disatu2 rumpun buluh,rebung yang diperolehi sebanyak 10 pucuk atau lebih,Kalau bernasib baik dalam  masa beberapa jam mencari,rebung yang diperolehi sebanyak 30 pucuk...
Rebung buluh biasa nya kelihatan tumbuh diatas tanah dan mungkin tersembunyi dibawah daun buluh,Sebahagian besar rebung buluh tertanam kedalam tanah dengan nisbah 1-10.Biasanya rebung buluh yang kelihatan tumbuh diatas tanah kurang mutu nya kalau dibandingkan dengan yang tertanam..Biasanya yang tumbuh diatas tanah,rebung nya tak sedap untuk dibuat sayur..
Setelah semua proses mencari rebung buluh selesai,rebung buluh akan dibersihkan dengan kelompak nya dibuang menjadikan rebung kelihatan sangat cantik dan bersih dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa memasaknya,Beberapa cara memasaknya ialah dengan dimasak lemak dan dibuat kerabu,Cara yang paling mudah memasak rebung buluh ialah dengan hanya celur dan dicicah dengan sambal atau budu...
Harga sepucuk rebung buluh ialah diantara seringgit hingga lima ringgit bergantung kapada saiznya.Dari lebih seribu species buluh yang terdapat diseluruh dunia,yang aku ketahui hanya 2 jenis buluh sahaja yang paling popular untuk diambil rebung nya,itu pun buluh yang ada kat kampung aku..Buluh yang aku maksudkan ialah buluh Aur dan buluh brang (tak ada kena mengena dengan bandar kuala berang)..SEKIAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan