Selasa, 11 Februari 2014

pusat pembangunan modal insan kampung budu, pahang

Pusat pembangunan modal insan ini dimiliki oleh seorang pesara tentera laut diraja Malaysia. Komander (B) Roslizan bin Ahmad Mahidin,Terletak dikampung Budu,Benta,Kuala Lipis Pahang.Pusat ini telah dibangun secara persendirian dan dibuka untuk disewa kapada pihak2  kerajaan atau swasta dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
 Untuk kesini sangat mudah sama ada dari kuala lipis,Kuala lumpur atau pun dari maran/jerantut.Terletak lebih kurang 50 meter dari jalan besar dan kawasan ini dihubungi dengan jalan yang baik untuk kedalam kawasan. Mempunyai kemudahan seperti tandas,taman,wakaf2 tempat rehat..
Tarikan untuk kawasan ini ialah kerana kedamaian nya dan mempunyai perigi tinggalan Mat Kilau iaitu Pahlawan melayu yang disuatu ketika merupakan wira melayu yang menentang penjajah Inggeris

Kedamaian pusat ini merupakan tulang belakang pesekitaran nya,Mempunyai sebatang sungai yang mengalir air jernihnya,Kelihatan anak2 ikan kecil berkejaran menandakan air nya masih lagi bersih
Antara perkhidmatan/kursus yang disediakan disini:
1)Kursus & latihan
a)Kursus bina insan
b)Kursus kemahiran komunikasi
c)Kursus kepimpinan..
2)Perlangcungan sejarah.
a)Sejarah perjuangan Mat Kilau & Tok Gajah..
b)Hutan simpan Bukit Taching..
c)Industri makanan Kg Budu..
3)Homestay,Inap Desa,Chalet dan perkhemahan
a)Family day
b)Jamboree
c)Sukan & rekreasi (4x4,motocross,mtb,atv)
Selama dua malam aku dikawasan pusat ini kerana menyewa disebuah homestay milik komander bersara ni,aku rasa cukup puas hati dengan kedamaian yang ada dikawasan ini,Pemilik homestay langsung tak campur hal urusan kita yang menyewa menjadikan kita seperti dirumah sendiri.Kalau ada yang teringin nak menyewa homestay dikampung budu, benta,kuala lipis pahang ni boleh saja menghubungi nombor talipon owner nya sendiri iaitu,En roslizan..0132210027...Sekian








Tiada ulasan:

Catat Ulasan