Rabu, 24 September 2014

perigi batu pahat

Aku ke batu pahat johor kerana menghadiri kenduri tahlil oleh saudara aku di parit sulong,Aku bertolak seawal 6.30 pagi dari kuala Berang Trengganu dan sampai ke parit Sulong Johor pd pukul 12.30 tgh hari.Terlanjur dah sampai johor aku dibawa oleh saudara aku menenguk2 bandar disekitar seperti tongkang pecah dan bandar batu pahat,Dari situ lah aku mengetahui cerita macam mana batu pahat mendapat nama...Batu pahat  mendapat nama mengambil sempena batu yang dipahat oleh tentera siam pada zaman sultan melaka iaitu sultan mansur shah...Maka kawasan tesebut telah diberi nama Batu Pahat.....
Oleh kerana tertarik dengan cerita, aku mengesyurkan untuk melawat tapak dimana diceritakan batu pahat mendapat nama.Melalui bandar batu pahat sangat menyukarkan kerana kebanyakan jalan nya jalan sehala,Bagi yang kurang cekap atau pertama sekali datang ke batu pahat memang sangat mengelirukan,oleh kerana aku dibawa oleh saudara aku yang berasal dari johor sendiri, untuk kebatu yang kena pahat tidak lah menyukarkan.
Batu yang dipahat itu rupanya terletak di tepi pantai,pantai minyak beku nama nya,Kawasan sekitar nya boleh dikatakan sebagai biasa2 sahaja,Serupa dengan pantai2 yang telah aku kunjungi.Pemandangan laut nya seperti biasa sahaja tapi laut nya bernama selat melaka.Tidak pelik sangat tempat batu yang dipahat kerana rupanya seperti lekukan sebab hakisan keatas batu dan mungkin juga sebab hakisan lah menyebabkan  perigi batu pahat menjadi tak serupa perigi..Diceritakan akibat dari pahatan oleh tentera siam keatas batu tersebut telah terjadinya sebuah perigi.Tentera siam telah memahat batu tersebut kerana ketiadaan air jadi untuk keperluan tentera siam batu tersebut telah dipahat.Dikatakan akibat dari pahatan oleh tentera siam, batu tersebut telah mengeluarkan air sehingga sekarang dan tak pernah kering walau pun musim panas..(hairan juga sebab apa tentera siam tak gali je telaga dikawasan sekitar yang bertanah,mungkin banyak air yang didapati kalau kawasan yang bertanah digali)Mungkin juga askar2 siam ingin menunjukan kekuatan mereka kapada askar2 sultan melaka walau pun tentera siam telah tewas.
Jadi Batu Pahat mendapat nama sempena dengan batu yang telah dipahat oleh tentera siam yang kalah kapada askar2 sultan melaka,Sekian...

Rupa perigi Batu Pahat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan