Isnin, 22 September 2014

Perjalanan ke-cameron highland

 Bukit yang memukau pandangan

Pada 12hb sept 2014 yang baru lalu,aku dan keluarga telah makan angin ke cameron highland.Perjalanan Bermula seawal pagi jam 8 pada hari jumaat,Perjalanan yang diambil bermula di kuala berang melalui lebuh raya kuala berang-gua musang

Dengan mengisi minyak penuh tangki di-stesen minyak kampung kepah aku dan rombongan memasuki lebuh raya gua musang pada sekitar jam 9.00 pagi kerana sebelum itu aku telah berhenti sarapan Di kampung kuala ping.

Lebuh raya gua musang bermula dikampung kuala jeneris kalau datang dari kuala berang dan dari situ mengambil masa sejam setengah untuk sampai kesimpang chiku di Kelantan


 Lebuh raya bukit tujuh yang sedang dalam pembinaan

Seluruh perjalanan sampai keperingkat ini sangat mengembiraan dengan tiada langsung kerosakan.Target kami pada hari pertama ialah felda sungai koyan pahang.Kerana difelda ini kami akan bermalam dibalai polis sungai koyan kerana salah seorang dari angota polis dibalai tersebut ialah ahli keluarga kami yang juga akan membawa kami ke cameron highland pada keesukan hari nya..

Sesuatu yang sangat mengembiraan dalam perjalanan jauh ialah keadaan cuaca yang baik,panas yang tak ketara sangat dan laluan yang baik.Lebuh raya kuala berang-gua musang memberikan itu semua cuma difelda Aring sahaja jalan nya kurang baik serta sempit.Keadaan jalan di felda aring yang sejauh 30km berlubang dan sangat bahaya bila hari hujan.Lebuh raya kuala berang gua musang sangat dikenali kerana laluan ini merupakan pintu masuk ketasik kenyir iaitu dipengkalan Gawi,Tasik kenyir sangat masyhur diseluruh Malaysia dan dunia am nya.Laluan ini sangat memukau dengan keindahan tasik kenyir yang terbentang luas,Bukit bukau yang menyenangkan mata memandang.Jika memandu dilebuh raya gua musang kita boleh berhenti untuk melihat indah nya tasik kenyir,melihat indah nya gunung bongsu,indah nya gunung tembat,melihat air terjun nya serta melihat aliran alur/sungai yang kecil,Melihat kehebatan kejuruteraan di jambatan menom,jambatan sungai belimbing dan beberapa jambatan lain yang tak kurang hebat nya.Dilaluan ini juga terbina nya empangan kedua yang telah hampir siap,dikatakan penakungan air akan dibuat pada tahun 2014 ini juga,  (bulan 0ktober atau november)  Kalau terasa dahaga boleh saja berhenti minum digerai2 yang didirikan oleh penduduk berdekatan,cuma keadaan gerai yang kurang sempurna memungkin kan sesetengah orang tak lalu untuk minum.(aku ok jer)Yang paling penting laluan ini sangat sunyi dan disyorkan berkederaan sekurang2nya dua buah.
 Bukit batu kapur merupakan pemandangan biasa disekitar daerah Gua Musang

Dari simpang chiku untuk kegua musang mengambil masa lebih kurang setengah jam memandu sejauh 42km,Dipertengahan jalan antara simpang chiku- gua musang aku sangat kagum dgn sebuah bukit batu kapur yg menjulang tinggi Dikiri pemanduan,aku seolah2 ingin mendaki Bukit ini kalau ada kesempatan,kecuraman nya seperti mengamit meminta untuk didaki.

Pukul 11.00 pagi aku dah sampai dibandar gua musang yg sangat terkenal dengan ahli parlimen nya iaitu Tengku Razaleigh Hamzah,dan juga merupakan salah satu pintu masuk ke cameron highland.Oleh kerana Target pada hari pertama ialah sungai koyan perjalanan diteruskan menghala ke kuala lipis,tempat2 yg dikenali disepanjang laluan ini kesungai koyan ialah merapoh,bukit tujuh dan padang tengku...

Merapuh dikenali kerana terpencil pekan ini dari ibu negeri nya Kuantan serta merapuh juga mempunyai stesen keretapi yg paling utara negeri pahang(itu yg diberitahu kpd aku)?Merapuh juga merupakan pintu masuk ketaman negara Dipahang untuk mendaki gunung Tahan.Pintu masuk lain untuk kegunung tahan ialah di kuala tahan..Merapuh yang aku kenali dan ingati ialah stesen kereta api nya dan gerai buah yang menghiasi tepi jalan...

Bukit tujuh sangat dikenali dengan cerita seram nya atau lebih mudah bukit tujuh tempat yang agak keras,diceritakan ramai pemandu2 yang terkena atau diganggu oleh makhluk lain,Bukit tujuh juga sering terjadi kemalangan mungkin ganguan atau keadaan laluan yang kurang baik,bagi aku kawasan ini sering terjadi kemalangan kerana jalan nya agak licin bila terjadinya hujan,Bukit tujuh juga sering berkabus dan memungkinkan jalan menjadi basah dan licin,Bukit tujuh juga dikenali kerana telah dan sedang dibina lebuhraya baru yang selesa,Dengan terbina nya lebuh raya dua lorong ini akan memudahkan perjalanan dan tak perlu lagi  mendaki bukit yang curam dan merbahaya...

Padang Tengku merupakan tempat mengisi minyak yang terakhir (shell)  dinegeri pahang jika pemanduan dari kuala lumpur atau kuala lipis.Biasanya pemandu akan mengisi minyak dipadang tengku jika ingin ke kelantan,walau macam mana pun cerita ini untuk tahun 60an hingga tahun 80an yang lalu,sekarang semua itu dah jadi sejarah,banyak stesen minyak berselirat ditepi2 jalan,klu tak ada stesen minyak boleh saja isi minyak botol yang dijual disekitar kampung2 disepanjang jalan,Jadi tak jadi masalah besar jika benar2 kehabisan minyak dalam perjalanan...
 Pagar yang memagari balai polis felda sungai koyan,..robek teruk kan tu,huhuhu

Yang paling aku ingati bila sebut sungai koyan ialah chef Wan,Chef yang terkenal dalam ruangan masak memasak di chanel 703 astro dan di rangkaian rtm dan tv3,Chef wan juga sangat terkenal kerana mulut nya yang sentiasa berbunyi ketika memasak,(aku tak lalu nak makan kalau dia ni masak,sebab air liur yang tersembur2 bila bercakap masa masak,hahahaha).Chef Wan juga merupakan top five dikalangan semua chef didunia,Bintang chef ni sangat cermelang.Aku telah dibawa oleh anak buah aku yang tinggal  kat koyan pergi kerumah chef,cuma aku agak segan nak snap pic rumah mak ayah chef ni kerana ramai orang yang melihat dan aku jadi segan...

Dari bandar gua musang ke sungai koyan telah mengambil masa yang agak lama kerana aku sampai di Felda sungai koyan, aku disambut dengan azan zohor dan sempat mendengar khutbah pertama dan khutbah kedua.Berjumaat di sungai koyan telah mengimbau zaman kecil2 aku dikampung kerana solat jumaat disungai koyan telah didirikan dalam dewan badminton,Dikampung aku sembahyang jumaat telah didirikan dibawah pokok kerana masjid dalam pembinaan baru,begitu jugak yang terjadi diFelda sungai koyan,jumaat dan solat waktu yang lain telah didirikan di dewan badminton di felda tersebut kerana masjid baru yang berharga 4.5 juta dalam pembinaan.(aku dok teringat nok snap pic masjid baru ni)

Bermalam dirumah saudara aku (abang) dikawasan balai polis sungai koyan telah menimbul kan rasa kesian kapada abang2 polis,dengan rumah nya yang koman,kawasan balai yang tak menunjukan standard yang tertentu sebagai penjaga negara dan ada beberapa perkara yang menyayat hati,kadang2 terpikir juga aku negara membiarkan angota polis supaya dalam keadaan low standard.Abang2 polis kelihatan segak semasa  bertugas dan ada sesetengah abang2 polis menunjukan bengkeng yang tak tentu pasal,Kadang2 terpikir jgk aku keadaan abang2 polis menunjuk sikap yang macam itu kerana hendak balance dengan keadaan sebenar mereka..Sesuatu paling ketara yang aku nampak dibalai polis sungai koyan ialah keadaan pagar  yang tak menunjukan standard sebagai sebuah organisasi yang hebat.Pagar nya yang rosak teruk,robek disana sini,Aku sendiri pernah tenguk kawasan balai polis sungai koyan telah dikunjungi oleh sejenis haiwan yang bernama babi,ok jer babi2 ni lepak kat kawasan balai. (kikikiki).Dari satu sudut boleh plk dibuat andaian yang Felda sungai koyan tempat yang selamat yang memungkin kan pagar yang kukuh tak perlu dibina,tiada ancaman,tapi dari sudut yang lain pula,sepatutnya pagar mesti dibina dengan baik sama ada kawasan itu selamat atau pun tidak...Malam disungai koyan telah diisi dengan makan digerai2 roti canai serta makan kue teow,Suasana malam di koyan seperti kampung2 biasa yang suhu nya seperti dikampung2 lain.Tamat lah hari pertama...
 Hentian rehat Betau merupakan satu2 nya hentian lebuh raya sungai koyan-cameron highland

Setelah mengisi minyak penuh dipetronas sungai koyan (rm46,isi diterengganu juga penuh,seluruh perjalanan dari terengganu ke koyan hanya lah rm46 sahaja=360km) perjalanan ke cameron highland bermula seawal 9.00 pagi 13sept 2014.Laluan sungai koyan ke ringlet yang sejauh 100km tak pernah aku lalui.Tempat yang tak pernah dikunjungi tentu memberi pemandangan baru.Yang pasti laluan ini sangat menakjubkan,Berhenti dihentian betau untuk mendengar taklimat dari juru pandu dan meneruskan perjalanan ke cameron highland.Dilalauan ini ada beberapa pemandangan yg menarik pada pandangan aku,yang pertama bila melalui sebuah jurang.Kehebatan kejuruteraan memang teserlah disini.Sebuat jambatan dibina ditepi jurang dan jambatan tak menyentuh bukit,sedangkan tempat pembinaan amat tinggi seolah2 duduk dipuncak bukit.Panjang jambatan ini lebih kurang 2oo meter,melalui nya sangat megerunkan.Aku tak sempat behenti untuk mengambil gambar ditakuti disitu tempat larangan...
 Perkampungan Orang Asli dalam perjalanan

Perkampungan orang asli telah menarik pandangan aku,rumah yang dibina telah mengingatkan aku kapada zaman kecik aku,rumah2 seperti ini dibina ditempat penanaman padi huma,Sangat jelas sesuatu yang indah itu ditempat2 yang macam ini,Perkampungan ini telah dibina ditepi sebuah sungai,aku pssti sungai kecil ini berkualakan sungai jelai,iaitu salah satu dari cawangan sungai pahang.
 Berhenti yang macam ini menjadi kebiasaan dalam perjalanan jauh

Sesuatu yang aku tak tau ialah sebuah empangan sedang dibina di laluan antara ringlet dan sungai koyan.Empangan ini dibina sejak beberapa tahun yang lalu dan dlm keadaan 50% pembinaan (itu yg dibagitau kpd aku)
 Tapak empangan yang dikatakan dalam pembinaan

Perjalanan santai ini kadang2 diganggu dengan pemandangan yang menarik,Rasa ingin tau menyebabkan perjalanan sering tergendala untuk berhenti melihat  suasana,Oleh kerana sentiasa dalam keadaan begini untuk sampai ke ringlet agak lewat,Ringlet merupakan tempat penanaman sayuran tanah tinggi yang pertama dalam perjalanan ke cameron highland,Tempat2 lain yang popular dicameron highland ialah tanah rata dan brincang.Tanah rata merupakan bandar besar yang sempit ditanah tinggi cameron highland,Kemudahan yang ada ditanah rata sama dengan bandar2 besar di tanah bawah,malah tanah rata lebih besar dan sibuk dari bandar2 dibawah.

Brincang sangat popular dengan pasar malam nya,Mempunyai jalan yang sibuk serta sempit dan mempunyai suhu yang rendah,serendah 19 darjah celcius dihari aku sampai.Di-Brincang ini lah aku dan rombongan keluarga akan bermalam diarpatment yang telah ditempah terlebih dulu.Kadar sewaan untuk semalam ialah RM 400...

Tiba di Brincang pada 1 tengah hari dengan melalui jalan yang sibuk serta sempit dan berliku2 dari ringlet dan tanah rata.DiBrincang ini lah juga aku kehilangan tablet kerana kecuian aku sendiri.Dan tamat lah perjalanan setengah hari dari sungai koyan ke cameron highland untuk hari ke-2
Berhenti untuk menyelamatkan gulai tempoyak yang tumpah,hehehe

Masa yang ada untuk setengah hari dan malam dipenuhi di hari ke-2 dengan acara melawat tempat2 menarik disekitar Brincang dan kawasan yang terdekat,Melawat kebun teh,kebun sayuran membeli belah dan berbelanja besar seperti menjadi kemestian bila ke cameron highland.Waktu malam nya menikmati sejuk yang memang tak ada ditanah rendah,Aku merasakan ramai yang melancung ke cameron highland hanya untuk menikmati sejuknya cuaca, bukan hanya untuk membeli belah sahaja.Hari ke-2 telah selesai dengan tidur pada pukul 12 malam dalam sejuk diarpatment pada suhu 17 darjah celcius..
 Kebun sayuran yang tinggi diatas bukit

Hari ke-3 merupakan hari akhir dicameron highland.Agenda hari ini hanya untuk bertolak balik kekuala berang,terengganu.Perjalanan balik hanya bermula pada pukul 10.00 pagi setelah bersarapan di kedai mamak yang berselerak sepanjang jalan dibandar2 serta kampung dicameron highland.

Jalan yang diambil untuk balik melalui kampung raja,lojing dikelantan dan seterusnya ke-gua musang.Disepanjang laluan ini merupakan kebun2 sayuran tanah tinggi hingga ke lojing dan kebun kelapa sawit ditanah rendah dikelantan.Laluan ini sangat selesa cuma jalan tar nya agak berombak disetengah tempat.Tak ada yang menarik dilaluan ini sehingga ke gua musang,cuma dipertengahan jalan nya ada kolam air panas yang aku tak singgah,Tempat2 lain merupakan perkampungan orang asli dan kampung2 melayu bisasa sehingga lah ke bandar gua musang.
 Berhenti sebentar untuk melihat kebun sayuran sambil menghidu bau busuk,huhuhu

Dari gua musang,laluan untuk keterengganu ialah simpang chiku ke Felda Aring dan seterus nya lebuh raya gua musang-kuala berang yakni laluan melalui tasik kenyir iaitu laluan yang mula2 diambil pada hari pertama.Semua perjalanan lebih kurang 800km pergi dan balik.Kos untuk minyak sepanjang perjalanan lebih kurang RM 120 dengan proton BLM aku.Pukul 4 petang sampai ke rumah dengan selamat-Sekian...
Ringlet pekan pertama ditempuh melalui sungai koyan


Bilik aku dan keluarga menginap

Brincang waktu siang
 
Bangunan yang tertinggi di-Brincang

Waktu malam yang sangat indah di-Brincang dipandang dari bilik penginapan

3 ulasan:

  1. teruk tak jalan dari gua musan ker cameron

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy rasa jalan tu ok semua tp agak teruk sikit selepas gua musang,iaitu jln kampung,20km rasanya.

      Padam