Khamis, 29 Oktober 2015

hentian perasing.

Hentian perasing merupakan hentian pertama dari jabur dan hentian terakhir dari kuala terengganu di LPT2,Orang banyak sangat bercerita tentang hentian ini,Ada yang kata ada hantu lah,ada langsuir lah dan macam2 lagi perkara yang menakutkan.Aku dah beberapa kali singgah dihentian ni pada waktu siang,Waktu yang cerah dah tentu tak ada  benda yang menakutkan,waktu yang baik untuk merasa takut tentu lah diwaktu malam,masa yang hantu2 disitu keluar,hahahaha...

Pada 25-10-2015 yang baru lalu aku mengambil laluan ini setelah balik dari sepang selangor kerana menonton GP dunia yang dilangsungkan pada tengah harinya.Aku bertolak balik dari sepang lebih kurang pukul 5 petang,melalui cheras,gombak dan terus kekarak, ke-LPT1 dan ke-LPT2Oleh kerana ingin sangat singgah dihentian perasing pada waktu malam aku makbulkan permintaan aku,Sampai dihentian perasing lebih kurang pukul 11.00 malam.Memang hentian ini agak menyeramkan kerana letak nya terperosok jauh,Hentian ini merupakan satu2nya hentian untuk kedua2 arah...Seram yang dirasakan bukan lah sebab jauh nya tapi sebab jalan yang dilalui kehentian ini agak gelap serta sunyi,sunyi pula disebabkan hentian ini tak dikunjungi..Menyeramkan lagi setelah,ditambah pula dengan cerita2 yang diingati tentang hantu jadi bertambah lah seram nya.hahahaha..

Sampai aku kesitu,aku mula membilang orang yang ada dihentian ini.Semua nya ada sepuluh orang termasuk dengan jaga,tukang cleaner serta aku.Hentian perasing tak ada perniaga diwaktu malam dan waktu siang juga mungkin tiada perniaga yang berniaga,jadi bilangan orang yang ada tentu sedikit.

Aku telah baca dalam facebook pada pukul 11.00 masa yang baik untuk merasa seram jadi aku merayau ketempat2 yang dikatakan termasuk tandas,memang biasa kalu rasa seram sebab teringat cerita2 yang kita baca atau cerita yg sampai ketelinga kita,jadi tak heran rasa seram,Aku merayau sbab nak rasa apa yg diceritakan tapi setengah jam aku kat situ apa pun tiada,jenguk2 jgk kelanggit kut2 ada yang terbang bergentayangan tp memang tak ada apa,

Kesimpulan aku...Hentian perasing memang menakutkan tapi bukan takut hantu tapi takut terjadinya rompakan kerana sunyi dan tiada orang,Sememang nya jahat hantu tak sampai bunuh orang tapi jahat manusia lebih dari binatang.Hentian perasing tak perlu lah takut untuk singgah tapi perlu kapada kumpulan yang ramai,Ramai bermaksud rompakan mungkin tak terjadi kerana bilangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan