Khamis, 1 Oktober 2015

samsung GALAXY tab





Samsung galaxy tab ni aku pakai sejak 6 bulan yang lalu,Tab ni berharga RM600 termasuk dengan memory Card.Baru2 ini tab aku telah rosak yang tak tau punca,Jatuh tak,apa pun tak,Aku off tab aku bila nak tidur dengan beteri nya sebanyak 92%,bila aku bangun pagi esuk nya dan aku buka tab ni,didapati tab aku tak mau hidup,Tekan situ dan tekan disini semoga tab aku bernafas kembali tetapi semua nya sia2,Aku biarkan tab aku beminggu lamanya tanpa diusik,Nak pergi baiki kat kedai didapati kad waranty tak dijumpai,Aku rasa tab aku masih didalam edah nya lagi tetapi apakan daya kad waranty tak ada.

Setelah berminggu aku biar kan tab aku bersendirian atas meja aku mengambil keputusan untuk membaiki nya dengan seorang kawan yang kerjanya hanya membaiki komputer dan laptop,Kawan aku hanya membuka saja tab aku tanpa menyentuh apa2 komponen didalam nya,didapati tab aku bernafas kembali,oleh kerana kawan,tak ada bayaran apa2,hanya free sahaja,Bila balik rumah didapati tab aku gagal untuk bersambung dengan internet,hidup pun hanya apa yang ada didalamnya sahaja,Internet tak boleh langsung,untuk mengadu kapada kawan aku memang tak mungkin kerana kebanyakan barangan seperti ini,bila rosak,buang sahaja,.itu yang ghalib orang cakap....Jadi terbiar sahaja lah dia tanpa boleh on line samada untuk Facebook dan sebagai nya...Tablet aku ni hanya berfungsi untuk ambik gambar sahaja.
Kesimpulan nya Samsung Galaxy tab kurang lasak jika dibandingkan dengan tab yang aku gunakan sebelum ini,Sebelum ini aku guna jenama lenovo tapi tablet aku itu telah terjatuh di cameron hingland dan dilanggar pula beberapa buah kereta dibandar brincang,Untuk membeli jenama lenovo aku kekurangan duit dimasa itu jadi aku terbeli jenama samsung yang lebih murah dari jenama lenovo.Boleh dikatakan tab yang berjenama samsung cap ayam jugak tanpa apa2 sebab boleh ter-rosak.Aku pun malas jugak kutuk lebih2 jenama samsung ni sebab takut syarikat dia saman aku plk,hahahaha. Jadi kekal lah aku ber online dengan laptop sehingga ada duit untuk beli tablet lain plk.Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan