Rabu, 25 November 2015

Pokok bismillah


Pokok bismillah

Pokok bismillah,itu yg diberi tahu kpd aku dan khasiat nya untuk menurunkan darah tinggi.Setelah bertanya2,aku telah ditunjuk oleh seseorang dimana pokok ini berada,tanpa aku sedari pokok bismillah hanya ada disebelah rumah aku sahaja,jadi tak ada masalah kapada aku untuk cuba menjadikan daunnya sebagai ubat untuk menurunkan darah tinggi.Dengan mengambil sebanyak lima helai daun nya aku rebus didalam kendi kecik,Aku juga telah diberitau,untuk merebus daun pokok bismillah untuk dibuat ubat mesti mengikut cara2nya yang tertentu iaitu air rebusan nya mesti tinggal separuh setelah direbus.Setelah direbus,air nya berwarna seakan2 hijau dan rasanya sedikit pahit,boleh diminum segelas sehari sehingga seminggu,kalau tak rasa apa2 perubahan harap pergi ke hospital jer,hahahaha...
Daun nya

Aku rasa pengambilan air rebusan pokok bismillah hanya boleh diambil diketika tekanan darah tinggi masih diperingkat awal terjadi,kalau tekanan nya tak dapat dikawal lagi,mesti kehospital,Kapada aku pengambilan ubatan seperti ini hendaklah diambil berterusan yakni jadi kan rebusan air pokok bismillah menjadi minuman harian tapi dalam kadar yang sedikit.Mungkin juga daun pokok bismillah boleh saja dibuat ulam ketika makan nasi dalam kadar seminggu sekali..
Air dari pokok bismillah.yg aku rebus sendiri....mcm air daun ketum,hehehe


Setelah aku meminum air rebusan pokok bismillah aku rasa pening kepala aku telah tiada dalam erti kata lain air rebusan pokok bismillah berkesan kapada aku,mungkin kapada orang lain tak menjadi dan mungkin juga kapada yang tak menjadi kena pergi hospital,hahahaha,Sekian

4 ulasan:

  1. Aslm....saya nk kongsi pengalaman..., saya memang cenderung dan minat dgn pokok herba perubatan.., dan saya sendiri dan mengujinya
    pokok daun Bismillah.
    Tapi saya berguru dgn seorang sami tokong Shaolin.., yg hanya makan vegetarian.
    Dia menunjukkan sukatan dan peraturan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
    Kita tak boleh main hentam aje...kalau nk dijadikan ubat.
    Buat permulaan..
    5 helai daun Bismillah direbus dengan 3 cawan air hingga jadi 1 cawan air
    tapi gunakan periuk tanah....lebih berkesan. Kerana periuk dari logam
    akan ada tindak balas kimia yg keluar dari tumbuhan daun..dan menghasilkan kualiti ubat yg kurang baik.
    Jadi.., memang masuk akal.., kita pernah belajar disekolah dulu dalam makmal sains tentang tindakbalas kimia....ada logiknya...he..he..

    Jadi...itu lah silapnya kita... mana nk jadi obat..kalau hantam...saja..ha..ha..
    makan obat Hospital pon kene lah ikut sukatan....he..he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih byk atas komen..bab periuk tanah tu yg pyh,mana ada periuk tanah skrg,nk buat sendiri x pndai,hahaha...apa2 pun terima kasih yer...

      Padam
  2. Dan ...minum air rebusan daun ni..2 kali seminggu.
    kalau tekanan darah dah turun normal....stop la dulu..

    Selamat Mencuba.....Dan Tawakallah....

    BalasPadam
  3. Saya minum air rebusan daun tu terus pening berpusing2 jadinya. Muka rasa panas je. Mcm makan pinang. Xberani lah nak minum dah.

    BalasPadam