Memaparkan catatan dengan label herba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label herba. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2016

pokok senduduk

Pokok senduduk (ada tempat2 diterengganu memanggilnya sebagai pokok keluduk) sangat mudah dijumpai dimerata2 tempat,sama ada ditepi2 jalan,ditepi padang permainan,ditepi sawah padi atau pun dikebun2.Sangat mudah dijumpai sehingga kita tak tau khasiat dari pokok ni,Ada dua kegunaan dari pokok senduduk yang aku ketahui,itu pun telah diberitahu oleh arwah tok ki aku semasa aku kecik,

Yang pertama,
Daun pokok senduduk boleh menahan darah dari keluar apabila angota badan terluka,seperti terluka kena pisau dan sebagainya,cara nya,ambil daun senduduk tiga helai,kemudian kunyah halus2 dan letakan ditempat yang luka,inshallah darah akan berhenti keluar dengan cepat dan tempat yang luka akan tertutup.

Yang kedua
Daun pokok senduduk boleh dikunyah semasa perut lapar,lapar yang dimaksudkan ialah mungkin habis bekelan semasa pergi memancing,lapar semasa dikebun,terasa lapar semasa berjalan2 dipinggir kampung atau lapar sementara pulang kerumah dan memang tempat yang kita pergi tak ada kedai dan sebagainya,(pikir2 patut lah,bukan lapar kebulur macam orang afrika).Cara nya sangat mudah,iaitu dengan mengambil lima atau enam helai daun senduduk dan kunyah,yang sepatut ditelan ialah hasil dari kunyahan dan bukan hampas  daun senduduk.hampas daun senduduk hendaklah dibuang keluar dari mulut,kebijaksanaan cipataan tuhan dapat mengasingkan semua bahan kunyahan dalam mulut hanya dengan lidah sahaja.Hasil nya perut yang tadi berbunyi akan terasa terisi dengan serta merta,kapada yang merokok mungkin boleh merokok sehingga dua atau tiga batang,yang terasa tak larat tadi  boleh berjalan pulang dengan selesa.Kalau tak percaya boleh cuba bila2 masa sahaja,Dua yang diatas aku dah biasa buat,tak ada sakit dan tak ada alahan..


Yang menjadikan aku mengambil cakna khasiat pokok senduduk apabila aku terkena sakit2 dalam perut,menyucuk2 dan terasa ngilu,Aku tak tahu sebab apa jadi begitu,mungkin sebab aku pergi bermain motor selama tiga hari berturut2,lambungan dari motor menyebabkan perut menjadi penat,bermain motor bukan lah bermain dijalanan biasa atas tar tapi bermain motor dengan cara yang ektrem didalam hutan rimba melalui jalan balak,dengan cara mudah berlumba motor didalam hutan dengan kawan2.Melambung dan jatuh serta luka menjadi perkara biasa,tak dak heran...



dari google

Untuk mengetahui nya tentu saja pergi kat pak cik google jer,Aku google dan aku tahu lah apa2 yang berkaitan dengan pokok senduduk,sama ada khasiatnya dan profilnya sekali.Setelah baca khasiat pokok senduduk aku mencari pokok senduduk yang banyak dikampung aku,Aku cabut sepokok dan balik kerumah dan merebus sepokok,dari akar sehingga kedaun nya sekali,Sebenarnya khasiat pokok senduduk memang berkebetulan dengan sakit aku iaitu menyocuk2 dibahagian perut sebab itu aku bersungguh2 benar untuk mencuba.Dengan kehendak Allah sakit aku menjadi lega keesukan harinya.

Cara sebenar merebus pokok (akar) senduduk:

>Cabut sepokok,dikerat2 menjadi kecik dan jemur sehingga kering terutama akar nya,
>Setelah kering,akar pokok senduduk direbus didalam periuk atau kendi (cerek)..
>Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh air nya..
>Sejukan dan diminum segelas sehari..
SELAMAT MENCUBA...

Catitan: kalau nak tahu khasiat pokok senduduk,google je,semuanya ada disitu....:)

Rabu, 25 November 2015

Pokok bismillah


Pokok bismillah

Pokok bismillah,itu yg diberi tahu kpd aku dan khasiat nya untuk menurunkan darah tinggi.Setelah bertanya2,aku telah ditunjuk oleh seseorang dimana pokok ini berada,tanpa aku sedari pokok bismillah hanya ada disebelah rumah aku sahaja,jadi tak ada masalah kapada aku untuk cuba menjadikan daunnya sebagai ubat untuk menurunkan darah tinggi.Dengan mengambil sebanyak lima helai daun nya aku rebus didalam kendi kecik,Aku juga telah diberitau,untuk merebus daun pokok bismillah untuk dibuat ubat mesti mengikut cara2nya yang tertentu iaitu air rebusan nya mesti tinggal separuh setelah direbus.Setelah direbus,air nya berwarna seakan2 hijau dan rasanya sedikit pahit,boleh diminum segelas sehari sehingga seminggu,kalau tak rasa apa2 perubahan harap pergi ke hospital jer,hahahaha...
Daun nya

Aku rasa pengambilan air rebusan pokok bismillah hanya boleh diambil diketika tekanan darah tinggi masih diperingkat awal terjadi,kalau tekanan nya tak dapat dikawal lagi,mesti kehospital,Kapada aku pengambilan ubatan seperti ini hendaklah diambil berterusan yakni jadi kan rebusan air pokok bismillah menjadi minuman harian tapi dalam kadar yang sedikit.Mungkin juga daun pokok bismillah boleh saja dibuat ulam ketika makan nasi dalam kadar seminggu sekali..
Air dari pokok bismillah.yg aku rebus sendiri....mcm air daun ketum,hehehe


Setelah aku meminum air rebusan pokok bismillah aku rasa pening kepala aku telah tiada dalam erti kata lain air rebusan pokok bismillah berkesan kapada aku,mungkin kapada orang lain tak menjadi dan mungkin juga kapada yang tak menjadi kena pergi hospital,hahahaha,Sekian

Khamis, 12 November 2015

pokok sarsi

Pokok sarsi itu yang telah diberitahu kapada aku oleh seorang penduduk kampung aku, ketika aku menghulurkan daun pokok ini setelah aku mencium nya dan berbau macam minuman air sarsi yang dijual dikedai2.(payah nak faham ayat ni).Memang bau nya 100% air sarsi.Pokok sarsi yang aku maksudkan telah aku jumpa dengan tak sengaja ketika aku merentap2 daun pokok diperjalanan aku dan salah satu daun pokok sarsi ini.Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa air sarsi yang aku minum datang nya dari pokok ini atau pun pokok ini bukan lah pokok sarsi tetapi nama lain untuk pokok ini,Oleh kerana bau nya macam air sarsi jadi nama mudah nya ialah pokok sarsi.(mungkin boleh rujuk kapada jabatan hutan)
Sebenarnya pokok ini asing kapada aku walaupun hutan menjadi tempat permainan aku.Bertemu dengan pokok ini menjadi kejutan kapada aku sendiri.Pada fikiran aku air sarsi tentu lah datang nya dari negara2 barat bukan negara asia ataupun pokok ini tak tumbuh dinegara asia.Pokok ini hanya tumbuh dinegara barat.Kesimpulan aku air sarsi datang nya dari negara aku sendiri dan mungkin sarsi hanya datang dari kampung aku sendiri,hehehehe....Sekian

Sabtu, 1 Februari 2014

pokok serai kayu



Pokok serai kayu yang bersaiz kecik,pokok serai kayu mempunyai saiz yang sangat besar dan boleh dijadikan kayu balak,kadang2 ada batang pokok  serai kayu yang sebesar 20 inci garis pusat...

(Pokok Serai Kayu merupakan sejenis pokok tropika, nama saintifiknya Syzygium polyanthum. Ia merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya bewarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga Serai Kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak....)

Diatas ialah pokok serai kayu versi  Wikipedia...
Bagi aku pokok serai kayu ialah pokok yang mengeluarkan buah dan sedap untuk dimakan,Bagi aku buah serai kayu memberi ingatan semasa kecil aku kerana buah nya yang berwarna kemerah2an itu telah menjadi satu makanan yang memberi ingatan dimasa2 miskin aku dan ramai penduduk dikampung2 dipendalaman..
Buah serai kayu mempunyai saiz bermacam2,bergantung kapada kesuburan pokok,biasanya  1 sm garispusat,Buah serai kayu memang jarang ditemui didalam hutan kerana buah ini memnjadi kegemaran kapada burung2 dan unggas yang lain atas sebab itu lah buah ini akan mudah dijumpai dipinggir2 kampung yang kurang ungas dan burung2 yang akan memakan nya..Buah serai kayu mempunyai musim nya  yang tersendiri iaitu sama dengan buah2 yang lain,Pokok serai kayu bukan jenis yang berbuah sepanjang musim..Pokok serai kayu akan mengeluarkan bunga hanya sekali setahun dan buah nya akan masak pada bulan julai paling akhir

Selain dari buahnya yang sangat sedap untuk dimakan pokok serai kayu mengeluarkan pucuk yang sangat sedap untuk dibuat ulam,Biasanya pucuk serai kayu akan dimakan mentah2 tanpa merebus atau mencelur dan mungkin pucuk nya mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Pucuk serai kayu tak mempunyai musim untuk berpucuk dengan kata lain pucuk serai kayu sentiasa berpucuk.Rasa pucuk serai kayu boleh membangkitkan selera untuk makan,Pucuk serai kayu merupakan lambang kemiskinan tapi semua itu telah pun tiada kerana dikatakan pucuk ini telah mendapat tempat direstoren2 mewah dan dihotel2 dan pucuk serai kayu tidak  lagi melambangkan apa2 samaada kemiskinan atau kekayaan kerana semua orang memakan nya.

Batang pokok serai kayu ada yg lebih besar dari yg ini..

Selain itu batang pokok serai kayu juga boleh dijadikan balak untuk membuat peralatan yang rengan kerana kayu dari pokok ini kurang ketahanan nya..Pokok ini boleh membesar sehingga lebih dari 20 inci garispusat.dan boleh membesar tinggi sehingga 50 kaki..SEKIAN..

Jumaat, 2 Ogos 2013

pucuk gelenggang

Pokok gelenggang mungkin ramai yang tak mengenalinya terutama generasi muda,Pokok gelenggang merupakan pokok seakan2 pokok kacang tanah dan mungkin pokok gelenggang dalam kelas kekacang,Pokok gelenggang boleh mencapai sehingga 5 kaki tingginya dan bergantung kapada tempat tumbuhnya
Dari pokok gelenggang ini lah keluarnya pucuk gelenggang,Pucuk gelenggang sangat sedap dibuat sayur terutama nya masak lemak,Selain masak lemak pucuk gelenggang boleh disayur air sahaja dengan dicampur dengan lain2 sayur seperti timun kacang panjang dan sebagai yang patut.Yang paling popular cara memasak pucuk gelenggang ialah dengan celur sahaja dan dimakan dengan budu,ikan kering,sambal belacan,tempoyak dan nasi panas2,huhuhu..

Selain dimasak lemak serta dicelur pucuk gelenggang boleh juga dikatakan boleh menyembuh beberapa penyakit seperti darah tinggi,Walau macam mana pun ubat darah tinggi yang paling mujarab ialah ubat kat hospital je,pucuk2 ni rasa nya macam auta je,hahahaha,sekian.....
Pucuk gelengang yang telah dicelur,Kalau nak sedap lagi ambik beberapa ulas bawang putih dan merah dan dihiris2 kecil,air limau nipis,air strabery dicampur semua bahan2 tu bersama pucuk gelenggang celur dan dimakan dengan nasi,huhuhu