Sabtu, 16 Januari 2016

akar tunjang bumi

Akar tunjang bumi....

Itu yang telah diberitahu kapada aku,Ada yang kata akar tunjang bumi sebagai akar tongkat Ali..Itu tak penting,yang penting ialah khasiat yang diperolehi dari akar ini.Banyak khasiat akar ini  ada di internet,kalau tak percaya google je lah,nescaya bersepah di internet.Ada yg ilmiah dan ada yg tak ilmiah.Salah satu yg tak ilmiah ialah yg aku ni.Apa yg aku tulis ni hanya berdasarkan pengalaman sahaja dari pak cik aku.Pak cik aku berumur 85 tahun pada tahun 2016.Banyak benda yang telah diberitahu kapada aku dan salah satunya ialah tentang akar tunjang bumi ni.

Tunjang Bumi

Yang aku nak cakap tentang khasiat akar ni tanpa ambil kira yang dalam internet.Aku syorkan akar ini untuk mereka2 yg berumur 40 thn ke atas atau kapada mereka yang rasa pening2 kepala atau yg berdenyut2 kepalanya dan juga kapada yang rasa lenguh2 badan,kalau bangun tidur rasa nak tidur balik,tidur yang tak puas2,Minum je air rebusan akar ni dan rasa tak puas tidur itu akan hilang,rasa lenguh2 badan terasa dibuang2..

Cara2 nak merebus akar ni senang sangat,Akar tunjang bumi dihiris kecik2,sebanyak segengam atau hanya beberapa gram,rebus akar ni dalam sekendi kecik (cerek).Rebus sehingga air nya tinggal separuh,selepas itu sejuk kan dan boleh diminum,air yang lebih disimpan dalam peti sejuk,minum hanya segelas sehari,air rebusan tadi mungkin hanya 3 atau 4 gelas jer,jadi minum sehingga habis selama empat hari tu,selepas itu berhenti terus,jangan minum lagi dah.tapi gelas pertama dah rasa perubahan nya,pening2 dah tak ada lagi,tidur pun puas,tak mengantuk lagi dah.Yang biasa aku buat ialah hanya meminum segelas jer,yang lebih aku buang atau aku sukat awal2 semasa rebus akar ni supaya jadi segelas,jadi tak membazir,perlu diketahui juga,cebisan akar yang direbus tadi hendak lah diambil balik dan dijemur kering untuk disimpan,Cebisan yg telah dikeringkan boleh digunakan (rebus) sebanyak dua kali lagi,Selepas itu cebisan akar ni boleh dibuang terus.

Air rebusan dari akar tunjang bumi,rasa yang sangat pahit

 Cara2 kat atas tu ialah style aku.Cara rebusan seperti kt atas tu akan menghasilkan air rebusan yg berwarna kuning,rasanya sangat pahit,kapada yang tak tahan rasa pahit boleh saja mencampur dgn air biasa dalam kadar separuh2 iaitu setengah gelas air rebusan dan dicampur dengan setengah gelas lagi air masak tawar,mungkin kurang pure nya tapi tak kisah asalkan minum jer,keh keh keh..


Ada orang cakap air rebusan tunjang bumi ialah untuk sex,tapi kata pak cik aku yang berpengalaman penuh bab2 macam ni,dia kata sex hanya lah kepada yang sihat tubuh badan,orang segar akan sempurna lah benda2 macam tu dan tak perlu kapada cara yang bukan2 tapi apa kan daya untuk segar tubuh badan ialah dengan mengambil air rebusan akar tunjang bumi dan minum air rebusan tunjang bumi akan segar tubuh badan dan segar tubuh badan membuatkan aktivity sex nya akan normal,dari sini lah ada yang kata tunjang bumi untuk sex,sebenarnya ianya tak ada kena mengena untuk itu.Tu pak cik aku cakap,kalau tak percaya abaikan saja sebab dari awal lagi aku dah cakap tulisan aku bukan ilmiah,hanya pengalaman jer,selamat mencuba..SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan