Selasa, 12 Januari 2016

tenguk orang berbomoh

Cerita ini telah berlaku lebih 10 tahun yang lalu.

Pada pukul 10 malam aku telah dipanggil oleh seorang jiran untuk pergi melihat seorang budak perempuan didalam kampung aku tidak sedarkan diri(bahasa terengganu) atau pun telah kena sampok/rasuk.Difikiran aku tentu lah yang kena sampok mesti meraung2 dan terbeliak biji mata serta meludah2 kapada yang datang melihat,Sesampai aku kerumah yang dimaksudkan memang itu yang terjadi,Seorang budak perempuan berkeadaan yang sangat berlainan dari perangai nya yang sebenar (kerana aku kenal).Semua yang datang adalah jiran2 berdekatan dan tak ada pengalaman tentang dirasuk,termasuk juga aku...

Tuan rumah datang kapada aku,menyuruh aku ikhtiarkan apa yang patut,Aku memang faham maksudnya menyuruh aku mencari seseorang pakar dalam bidang ini,Aku memanggil beberapa orang yang boleh diharap dan bermesyuarat, (bertanya) siapa kah yang tahu dalam bidang rasuk merasuk dan beberapa keputusan telah dibuat untuk memanggil mereka yang pandai dalam hal rasuk merasuk.,Mula2 sekali aku telah berikhtiar memanggil seorang imam dikampung aku tetapi imam itu telah menyarankan kapada aku supaya pesakit dibawa kehospital..Yang kedua seorang bomoh dari kampung yang berdekatan,macam2 jampi serapah telah dilakukan tetapi semua itu tak jalan malah bomoh itu telah diejek oleh budak perempuan yang dirasuk..

Yang ketiga seorang bomoh yang jauh dari kampung aku,bomoh ini dikatakan sangat mahir dlm perubatan seperti ini,ketika bomoh ini menghampiri rumah,budak perempuan yang terkena sampok telah mula meraung dgn kuat sekali,mungkin dah kena dengan pakarnya,mungkin hantu didalam badan pesakit dah gerun dgn tampil nya bomoh ini,Cara pengubatan bomoh ni sangat mudah iaitu dgn jampi2 dan memicit lada hitam dijari kaki budak perempuan tersebut,Sebelum itu bomoh yg kedua melakukan benda yang sama tapi budak perempuan tadi tak pulak bertempik,Aku sendiri juga memicit lada hitam diibu jari kaki budak perempuan yg sakit,tetapi tak memberi kesan apa,sebalik nya mangsa dengan bangga ketawa mengejek,

Dailog antara bomoh dan pesakit sama sahaja dimana2 pun bila terkena sampuk,Salah satu nya ialah,

“mung nok keluar dok,klu mung takboh(tak nak) keluar, aku cekik mung”

Atau macam2 lagi tipu helah yang digunakan oleh bomoh dalam pengubatan terkena sampuk..Setelah setengah jam tok bomoh berhempas pulas mengubat dan berjampi serapah,mangsa pulih seperti sediakala seawal waktu subuh,tetapi sangat lemah angota badan kerana banyak tenaga yang digunakan semasa kena sampuk...

Cerita aku kat atas tu bermula macam ni....Budak perempuan yang terkena sampuk tu mempunyai seorang abang yang sangat takut apabila bercerita tentang hantu,Pada satu malam si abang telah diusik oleh kawan nya,(kawan tak sporting,sudah lah kawan tu takut hantu, diusik plk)kawan tersebut telah memakai baju sembahyang didalam semak didepan rumah abang kpd budak perempuan tersebut.Masa siabang melalui jalan untuk balik kerumah,si kawan yang mengusik memulakan aksi nya,maka bertempik lah siabang yang diusik,Dimasa yang sama si adik (budak perempuan) dirumah juga bertempik dan tak sedarkan diri.Macam ada hubungan pulak..(dimasa yang lain Siabang dan kawan nya bercerita memang dia yang mengusik tetapi siabang menafikan 100% yang dia tenguk malam tu bukan kawan nya,kerana apa yang dia lihat ialah hantu 100%,pertembungan antara dua orang kawan ni tak boleh fikir dengan otak,seorang kata dia yg menyakat dengan pakai baju sembahyang perempuan dan seorang lagi kata,dia lihat hantu 100% dengan muka hantu yang sangat mengerunkan).dan dari sini lah aku terlibat sama dalam kes rasuk merasuk seperti yang aku cerita kat atas....

Pada keesukan hari nya budak perempuan yang kena rasuk telah dibawa kehospital kerana demam,tangan serta kaki telah bengkak akibat dari dipegang oleh jiran2 yang datang untuk melihat.Budak perempuan tersebut telah dipegang seramai 8 orang kerana hendak melarikan diri semasa disampuk,Dengan sebab2 itu lah kaki dan tangan budak perempuan tersebut menjadi bengkak...


Selang beberapa bulan kemudian nya ayah budak perempuan yang kena sampuk dulu pula disampuk dan tak sedarkan diri,aku juga dipanggil untuk menyelesaikan masalah,Sesampai aku kerumah yang disampuk,aku mula bercakap besar,

“Doh hantu apa pulak ni,dok habis lagi ker cerita hok lalu,”Aku berkata dengan sombong..

Sebelum aku memanggil bomoh yang dulu,(yang mengubat anak perempuan nya) aku berpura2 jampi pada segelas air,Aku baca surah alfatihah,Baca ayat awal surah Al baqarah,Baca ayat khursi yang berwakaf sembilan,Baca surah al ikhlas dan baca surah tiga qul yang lain,Aku suruh Pak cik tu minum dan sapu2 kat muka.(Isteri dia yang buat)(semua yang aku buat tu Cuma berlagak jer,aku tak tau apa2 dalam pengubatan orang terkena sampuk)..Selang beberapa minit pak cik tu sedar dan terpinga2 sebab aku ada kat rumah nya,Aku bertanya apa yang terjadi,langsung lah dia (pak cik) ada suatu berupa anjing yang masuk kebadan nya melalui tapak kaki dan dia terus tak sedar..

Setelah pak cik yang tersampuk ini sedar ada sesuatu pulak yang berlari mengelilingi rumah nya,Riuh sekeliling rumah benda berlari,Aku dan tuan rumah hanya berdiam diri,nak bercakap pun tak berani,Setelah lama benda tu berlari,aku  memberanikan diri menengking dengan kuat.

“Hoiiii sudah lah tu,dok lenguh ke berlari malam2 buta ni,”

Untuk beberapa lama aku rasa larian nya dah mula senyap,dah tak berlari lagi.Untuk beberapa lama aku relek dengan tuan rumah dan keluarganya,tak buat apa2.Last aku balik kerumah dan secara bergurau aku cakap dengan pak cik,

“kalau hantu tu mari lagi,pok cakap dengan hantu tu yang aku marah usik mengusik ni,Doh tak ada kerja ker,”

Pak cik tu tersengeh dan aku juga tersengeh.
.
Aku balik setelah azan subuh dikumandangkan dan aku yakin yang hantu syaitan ni akan beraksi pada malam gelap jer,apa bila hari dah hampir siang mereka akan lari,bukan sebab jampi2.Walau macam mana pun ayat2 Quran yang dibaca dapat melemahkan mereka..


Sejak itu hingga sekarang dah tak ada lagi yang terkena rasuk kat rumah tersebut,aku tak tau sama ada tuan rumah membuat rawatan susulan keatas tempat kediaman mereka.Mungkin mereka membuat rawatan ditapak rumah tersebut kerana tapak rumah tersebut memang tak sesuai untuk didiami sebab disekeliling rumah tersebut ialah kawasan perkuburan lama,mungkin dah ratusan tahun usia nya..Pernah seorang yang berkerja dipejabat ugama daerah menyarankan kapada tuan rumah supaya membuat permohonan untuk mengalihkan kubur2 tersebut.Dan sampai sekarang aku tak tahu kisah nya,sekian

3 ulasan:

  1. Nk tanya skit..caption tu merujuk kpd ape ye tuan..?

    BalasPadam
  2. Nk tanya skit..caption tu merujuk kpd ape ye tuan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nor Azira...masa saya tulis blog ni seorang kawan facebook telah hantar gambar ni,saya pun tak tau sama ada gmbr ni gmbr hantu atau gmbr apa,oleh kerana saya tulis blog yg berkaitan dgn hantu jadi saya isi jer gmbr ni,angap lah gmbr tu sebagai hiasan sahaja,TQ

      Padam