Jumaat, 22 Disember 2017

Geleri dharurat bukit kepong

Kalau sebut bukit kepong mesti kita teringat filem bukit kepong yang telah mendapat sambutan hangat sedikit masa dulu,Filem bukit kepong telah diarahkan oleh Yusuf Haslan.Dalam filem tu digambarkan sekumpulan polis mempertahankan balai polis bukit kepong dari ditawan oleh kumpulan komunis,Pengorbanan yg tinggi telah ditunjukan oleh angota polis yg boleh dijadikan wira dalam mempertahankan negara.Untuk mengabadikan pergorbanan perwira2 tersebut sebuah geleri untuk memperingatkan jasa mereka telah dibina.
Geleri ini telah buka kpd org ramai pada bulan februari 2017 yg baru lalu.Geleri ini telah dibuka untuk orang ramai dan tak dikenakan sebarang bayaran,Sejak dibuka geleri ini menerima kunjungan yg tak henti2 dari orang ramai terutama nya pada hari cuti,sekurang2nya itu yg telah diberitahu oleh pegawai penerangan yg ada digeleri tersebut.Geleri ini dibuka kapada orang ramai enam hari seminggu kecuali pada hari isnin.

Bangunan geleri dharurat bukit kepong mempunyai 3 tingkap,Tingkap yg pertama ialah bahagian bawah dan 2 tingkat yang diatasnya mempunyai gambar2 tentang sejarah bukit kepong dan mengandungi banyak peralatan yang digunakan oleh pihak polis dizaman tersebut.Malah diluar bangunan geleri dibina semula jeti yg digunakan oleh angota polis dizaman tersebut.Ditingkat yg paling atas mempunyai sebuah panggung wayang kecik untuk pengunjung melihat tayangan filem yg dimainkan,Filem yg ditayang ialah yg berkaitan dgn bukit kepong dan kepolisan.Filem bukit kepong seperti yg diketahui ramai menjadi sajian utama...Terlalu banyak untuk diceritakan tentang peralatan yg digunakan oleh angota polis dimasa tersebut,untuk lebih jelas diharapkan pergi sendiri melihat barangan yg dipamirkan,hehehehe...
Kemudahan yang disediakan seperti dikebanyakan tempat yg menjadi kunjungan ramai seperti tandas,surau,tempat rihat,tempat bertanya dan sebagainya.Semoga dgn terbina nya geleri dharurat bukit kepong dapat orang ramai menghayati peristiwa bukit kepong yg sangat trajis itu,Sekurang2nya orang ramai dapat menghargai pengorbanan pihak polis dalam melawan komunis,thank you dan Sekian..

Alamat geleri dharurat bukit kepong ialah:
Jalan Muar-Labis,Bukit Kepong 84600 Muar Johor

Aku kegeleri ni pada 17-12-2017.Perasaan aku bila menjejaki geleri ni agak sebak kerana terdengar jeritan budak2 dalam filem bukit kepong seperti yg dimainkan  sepanjang masa didalam bangunan geleri ni,rasa macam yer yer je,Macam budak2 tu benar2 takut..... 


GAMBAR2 KAT BAWAH MERUPAKAN APA YG ADA DALAM BANGUNAN DAN GAMBAR KAT ATAS TERLETAK DILUAR BANGUNAN TIDAK TERMASUK SUNGAI KERANA SUNGAI TAK ADA KENA MENGENA DGN BANGUNAN,SUNGAI NI SUNGAI MUAR






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan