Khamis, 22 Februari 2018

cinta nasi lemak

Cerita aku ni cuma cerita biasa sahaja. Cerita yg kerap terjadi di alam maya.Cuma cerita cinta nasi lemak ni  sgt berkaitan dengan nasi lemak,Cerita yang terjadi antara aku dan awek aku,sebenarnya kalau dikira dari usia aku,aku tak ada lah nak berawek2 sangat,Awek ke mender nya sbb aku dah tua,tapi tah macam mana ada lah seorang awek tu yang berumur dalam 25 tahun,nak bermerendek (aku tak tau plk merendek tu apa,cuma aku faham maksudnya nak berkenalan) dengan aku,aku sendiri buat acuh tak acuh sahaja kerana sikap aku tu sendiri yang malas sangat nak bercintan cintun,semetelah lagi nak kawin,Aku sendiri dah tulis dalam blog aku tentang aku yang malas nak kawin..(Boleh baca di link ni)   http://azramsulong.blogspot.my/2015/03/kawin.html  

Aku berkenalan dgn awek ni pun sgt mudah,Disatu hari dia bertanya kapada aku harga barang disatu gerai,dia sangka aku lah tuan gerai,yg sebenarnya aku sendiri pelangan macam dia jugak,Cuma tuan gerai kedalam sebentar mengambil barang yg aku nak beli,dimasa tu memang tak ada pelangan yg lain kecuali hanya aku dan dia sahaja.Aku terangkan keadaan yg sebenar dan awek ni Cuma tersengeh agak malu.Habis kat situ...

Besuk nya aku terjumpa lagi awek ni ditempat yg lain,sama ada dia yg skodeng aku,aku tak tau sebab aku tak tertenguk pun dia,jadi aku sesekali tak skodeng awek ni,Aku memang agak dia yang skodeng aku kerana dia yg tegur aku dari belakang.Dia sengeh sambil tegur aku,Senang bicara dia tersenyum kapada aku,Awek ni bercakap dengan lebat dgn aku melebihi dari kelmarin,Oleh kerana keramahan nya,aku jadi berani untuk meminta nombor taliponnya,Kira2nya aku gedik jgk laaa,Dia bagi nombor talipon nya dan dia bagitau boleh jgk whatsaap. Aku miss call untuk bagitau nombor talipon aku.Dia tak mintak pun Cuma aku je gedik...

Seminggu berlalu aku memang teringat dgn awek yg aku jumpa tempuh hari,tapi aku tak berani nak talipon atau whatsaap dia,memang itu kelemahan aku,semua nya tak berani dan cukup seminggu itu lah dia telah whasaap aku dan dia bertanya masih ingat kah aku kat dia,Bohong lah kalau aku cakap tak ingat kerana nombor talipon yang tertera aku sangat kenal memang nombor yang telah diberikan kapada aku sejak seminggu yang lalu.Sejak itu aku mula lah bergedik,macam2 aku tanya dia dan macam2 dia tanya aku,Macam benar2 berkenalan lah.Nama dia aku namakan sebagai salena gomez tp bukan salena gomez yang jadi awek justin bieber tu tp salena gomez lain,nama salena gomez untuk menyamar,heeee J  Nama aku ialah nama blog ni,tak ubah sikit pun kerana citer ni cerita betul bukan cerita rekaan... :)

Kira2 nya hampir setiap malam berwhatsaap sehingga menjadi rakan  facebook,Punya lah chatting difacebook dan berwhatsaap hampir setiap malam.Semasa berwhatsaap,bermessenger aku sempat juga bergedik dengan memanggil nya sayang,seingat aku aku memanggilnya sebagai sayang hanya dua kali itu pun semasa last whatsaap tgh malam,dia cakap nak tidur,Aku jawab,”Ok lah sayang,semoga mimpi yang indah,” Dia sent pelekat sengeh..aku pun sengeh jgk,hahahaha..

Masa chatting ni lah aku sempat bertanya kapada awek aku ni macam ni...”kita tengah bercinta ke apa ni,” dia jawab,” entah,tak tau lah,” Punya lah bodoh aku hingga tak tau bercinta ke apa.Dah dia cakap mcm tu aku hanya layan2 sahaja.Bercerita seperti biasa sehingga lah disatu pagi iaitu pagi tadi,khamis 22-2-2018, dia whatsaap aku,bertanya kabar seperti biasa sehingga dia meminta nasi lemak,dia lapar katanya,tak makan lagi.Aku punya lah lurus bendol cakap macam ni,”ish pegi lah beli,bkn saya nak hantar jauh2 ni,” Dia jawab,”tak per lah,ingat kan senang berkira,rupa nya payah,”.Seminit kemudian nya aku dah tak boleh Whatsaap dia,aku rasa dah kena block.Aku buka facebook dan check list nama nya,memang dah tak ada,paparan laptop aku menunjukan,kandungan tidak tersedia...aku pergi ke messenger pun begitu jgk....Anda tidak boleh balas perbualan ini....Aku diam seribu bahasa,tak boleh nak kata apa,bukan aku nak menangis plk,Cuma aku ligat berfikir sbb apa perkara ini boleh terjadi,Diam2 aku berfikir,mungkin dia dah tau status aku,dulu dia agak aku org yg ada2,mungkin dia tgk kereta aku menyebabkan dia rasa aku ni kukuh ekonomi,mungkin dia terjumpa org yg kenali aku dan dari situ dia tau kedudukan aku yang miskin dan tak ada apa2.Kalau itu yg dia fikir dan tau,aku memang tak nak komen apa2,terserah je lah.Jadi kekal lah aku tak ada awek,putus tengah jalan disebabkan salah yang aku tak buat....

Atas sebab nasi lemak ni lah aku bagi tajuk cerita aku ni sebagai CINTA NASI LEMAK...hahahahaha...aduh,dunia dunia...

2 ulasan:

  1. Alahaii cinta nasi lemak huhu.. Semoga saudara berjodoh dgn org yg baik2 selepas ini. Amiinn..

    BalasPadam
  2. Nk close dah,mls nk cintan2 ni,šŸ˜šŸ˜

    BalasPadam