Khamis, 19 April 2018

taman ular perlis


Taman ular dan reptilia negeri perlis terletak disungai batu pahat.Sungai batu pahat terletak 10 km dari bandar kangar.Terletak lebih kurang 20km dari wan kelian iaitu sempadan perlis thailand.Tempat ni sangat mudah untuk dikunjungi kerana terletak ditepi jalan utama ke-wan kelian dan padang besar.Laluan ni merupakan laluan yg paling tepi atau yg paling hujung semenanjung malaysia.Sempadan Thailand yg paling dekat hanya 1.5 km sahaja.Sempadan Malaysia dan Thailand dipisahkan dgn bukit batu kapor yg menjulang tinggi.
Taman ular ini terbahagi kapada dua bahagian iaitu geleri dalam dan geleri luar,Geleri dalam menempatkan ular didalam peti kaca,Selain itu disediakan replika2 ular dalam bentu yang besar.Banyak jenis ular yang ada disini tp kebanyakan ular2 yg dipamirkan hanya bersaiz kecik sahaja.Geleri luar menempatkan ular2 yang bersaiz besar dan diletakan didalam pondok yg besar yg berukuran 6x6 kaki dan ada yg lebih besar dari itu.Selain dari ular terdapat juga reptilia lain seperti biawak.
Aku kesini pada 15-4-2018 yang baru lalu,aku sengaja tersinggah disini setelah tenguk papan tanda yg berwarna koko atau coklat ditepi jalan.Aku sendiri sangat pengeli dgn ular2 ni tapi dah jauh datang dari terengganu rasanya rugi kalau tak singah walau pun sangat takut tgk ular,Pengalaman aku disini sangat mengerikan,dibimbangi ada ular yg terlepas dari kandang/sangkarnya.

Untuk masuk kedalam taman dikenakan bayaran sebanyak RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak2 .Masa tidak terhad,boleh tgk ular sepuas hati sehingga taman ditutup pada sebelah petang,tapi siapa lah nak tgk ular lama2 macam tu.

Bila masuk kat dalam,kita akan ditawarkan untuk ambik gambar kerana mengunjungi taman tersebut,Gambar boleh dibeli setelah kita keluar dari taman..Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 25.00 sekeping tapi akan dikenakan sebanyak RM 50.00 untuk tiga keping,Gambar dihiasi dengan sebaik2nya,Dibuat seperti Album gambar.(mahal serupa bedil).Mahal yg aku maksudkan kerana aku sendiri bawak kamera yg lebih mahal dan besar dari kepunyaan pengurusan taman..hahahaha.

Kemudahan asas disediakan dgn secukup nya seperti tandas,surau dan tempat berehat.Memang benar2 santai duduk dalam taman yg agak mengerunkan ini.Kawasan nya juga boleh dikatakan luas,terasa rugi kalau dah sampai perlis tak kunjungi tempat ini,lagi pun kebun mempelam harum manis memang banyak terdapat disepanjang jalan,alang2 dah beli buah mempelam yg termashyur diserata dunia,baik je lah singgah kat taman ni,hahahahaha....SEKIAN

GELERI DALAM





GELERI  LUAR.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan