Memaparkan catatan dengan label haiwan bisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haiwan bisa. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2018

taman ular perlis


Taman ular dan reptilia negeri perlis terletak disungai batu pahat.Sungai batu pahat terletak 10 km dari bandar kangar.Terletak lebih kurang 20km dari wan kelian iaitu sempadan perlis thailand.Tempat ni sangat mudah untuk dikunjungi kerana terletak ditepi jalan utama ke-wan kelian dan padang besar.Laluan ni merupakan laluan yg paling tepi atau yg paling hujung semenanjung malaysia.Sempadan Thailand yg paling dekat hanya 1.5 km sahaja.Sempadan Malaysia dan Thailand dipisahkan dgn bukit batu kapor yg menjulang tinggi.
Taman ular ini terbahagi kapada dua bahagian iaitu geleri dalam dan geleri luar,Geleri dalam menempatkan ular didalam peti kaca,Selain itu disediakan replika2 ular dalam bentu yang besar.Banyak jenis ular yang ada disini tp kebanyakan ular2 yg dipamirkan hanya bersaiz kecik sahaja.Geleri luar menempatkan ular2 yang bersaiz besar dan diletakan didalam pondok yg besar yg berukuran 6x6 kaki dan ada yg lebih besar dari itu.Selain dari ular terdapat juga reptilia lain seperti biawak.
Aku kesini pada 15-4-2018 yang baru lalu,aku sengaja tersinggah disini setelah tenguk papan tanda yg berwarna koko atau coklat ditepi jalan.Aku sendiri sangat pengeli dgn ular2 ni tapi dah jauh datang dari terengganu rasanya rugi kalau tak singah walau pun sangat takut tgk ular,Pengalaman aku disini sangat mengerikan,dibimbangi ada ular yg terlepas dari kandang/sangkarnya.

Untuk masuk kedalam taman dikenakan bayaran sebanyak RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak2 .Masa tidak terhad,boleh tgk ular sepuas hati sehingga taman ditutup pada sebelah petang,tapi siapa lah nak tgk ular lama2 macam tu.

Bila masuk kat dalam,kita akan ditawarkan untuk ambik gambar kerana mengunjungi taman tersebut,Gambar boleh dibeli setelah kita keluar dari taman..Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 25.00 sekeping tapi akan dikenakan sebanyak RM 50.00 untuk tiga keping,Gambar dihiasi dengan sebaik2nya,Dibuat seperti Album gambar.(mahal serupa bedil).Mahal yg aku maksudkan kerana aku sendiri bawak kamera yg lebih mahal dan besar dari kepunyaan pengurusan taman..hahahaha.

Kemudahan asas disediakan dgn secukup nya seperti tandas,surau dan tempat berehat.Memang benar2 santai duduk dalam taman yg agak mengerunkan ini.Kawasan nya juga boleh dikatakan luas,terasa rugi kalau dah sampai perlis tak kunjungi tempat ini,lagi pun kebun mempelam harum manis memang banyak terdapat disepanjang jalan,alang2 dah beli buah mempelam yg termashyur diserata dunia,baik je lah singgah kat taman ni,hahahahaha....SEKIAN

GELERI DALAM





GELERI  LUAR.









Rabu, 7 Januari 2015

pengalaman digigit lipan



Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, contohnya 15 atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki) Lipan biasanya ialah karnivor
Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah dikenalpasti..(Lipan versi wikiepedia)
(rupa lipan yang gigit aku,kecil tapi sangat bisa)

Pengalaman digigit lipan:
Pada 17hb.dis 2014 negeri2 pantai timur telah mengalami banjir besar,Banjir telah mengakibatkan beberapa bahaya yang terjadi,sama ada dihanyut air banjir ditengelami air sehingga kapada kematian dengan sebab2 dibawa arus deras.Salah satu bahaya yang terjadi ialah digigit binatang  yang kecil seperti lipan.kala jengking,semut yang bisa,katak,ular dan beberapa jenis binatang yg berbisa.Satu sengatan dari binatang berbisa ini menjadikan mangsa mengalami sakit yang lama atau pun membawa maut...

Diwaktu banjir ini lah aku telah digigit lipan semasa sedang tidur iaitu lebih kurang pukul 3 pagi,.bukti lipan yang gigit kerana haiwan itu ada berdekatan dengan tempat aku tidur dan dikenal pasti dengan bekas gigitan nya.Tempat kena gigit ialah dibahagian leher,Pada mula2 kena sengat, sakit nya tak lah terasa sangat,hanya biasa2 sahaja,lagi pun aku tak alah dengan gigitan binatang bisa,aku biasa kena gigit tebuan,peringat kala jengking,lebah dan ular.Aku membiarkan sahaja tanpa  berikhtiar apa2.Pergi hospital pun tidak..
.
Oleh kerana sakit tak seberapa,aku sempat lagi untuk berfacebook dan membaca blog,setelah lebih sejam sakit dari gigitan sangat terasa,sangat sakit hingga termuntah2,Diwaktu yang sangat sakit, aku telah berikhtiar dengan macam2 ubat sapu dan minyak panas yang ada dalam simpanan tetapi itu semua tak jalan,sakit nya sangat terasa dan tak tahan,Lebih 3 jam menahan sakit aku mengambil keputusan untuk kehospital,Keputusan untuk kehospital merupakan keputusan yang pertama sejak berpuluh2 tahun, aku tak pernah kehospital,kerana aku tak pernah sakit,kalau hanya gigitan tebuan atau ular aku hanya membiarkan sahaja tanpa ubat apa2,mungkin diwaktu itu aku sangat muda,anti body tubuh aku dapat menahan sakit walau pun dipatuk ular,Dihospital aku telah diberi dua suntikan,sepatutnya aku kena tiga suntikan tetapi oleh kerana aku sangat takut dengan jarum,aku hanya diberi dua suntikan sahaja,Diwad kecemasan hospital aku hanya mengambil masa hanya 15 minit dan aku telah dibenarkan balik,Hal ini telah menjadi kehairanan kepada pesakit lain (dimasa itu ada dua kes yg serupa dengan aku,mereka dah tinggal diwad selama 2 jam dan tak dibenarkan balik) mengapa aku dibenarkan balik terlalu cepat,tidak ada test dan sebagainya,Aku hanya dibekalkan dengan dua jenis pil dan dipesan supaya memakan pil kalau aku sakit...

Oleh kerana aku menyangka sakit hasil dari sengatan lipan dah hilang setelah diberi rawatan, aku rilek2 jer minum pagi kat bandar dengan memakan roti canai telur disebuah kedai.,Setelah sampai rumah dan tak sampai 1jam,sakit dah mula datang balik,sakit yang tiada hingganya sehingga ditempat sakit keluar air seperti peluh yang sangat banyak,Untuk kehospital yang ke-2 kali adalah tidak mungkin.Atas nasihat doktor tadi aku memakan pil yang dibekalkan untuk menghilangkan rasa sakit,sakit yang aku alami ketika itu adalah sakit melebihi dari sakit sebelum aku diberi rawatan kat hospital,Aku yakin sakit itu sakit yang paling kemuncak.

Setelah menahan sakit lebih dari dua jam,sakit yang aku alami semakin berkurangan sehingga hampir sembuh 80% pada pukul 3 petang. (betul lah kalau orang2 tua cakap,kalau sakit disengat,sakit nya akan hilang selepas bertemu ketika,Ketika maksud nya 12 jam atau pun 24jam setelah kena sengat) Dan sakit gigitan lipan yang aku alami hilang sepenuh nya pada pukul 3 pagi setelah 24 jam disengat...Sekian

Catitan:
Mesti tidur setelah didapati tempat tidur memang bersih terutama tempat tidur anak2,bayangkan kalau gigitan serangga seperti lipan mengigit anak2 kita,tak terperi sakit nya,anak2 tak mampu beritahu apa yang mereka alami,kerana ada gigitan haiwan yang macam ni boleh membawa maut.Kalau kena kepada yang dewasa mungkin tak menjadi hal sangat,kita yang dewasa pun tak tahan mengalami sakit yang sebegitu....