Rabu, 30 Januari 2019

kunci kereta

Yg aku nak citer kali ni ialah tentang anak kunci kereta,cerita kunci kereta seperti nampak mcm dah tak ada modal untuk buat blog,mungkin itu yg dirasa..Tapi pengalaman tentang kunci kereta ni memang tak disangka.

Cerita nya mcm ni,aku kebandar,mcm biasa setelah parking kereta,kita akan kunci kereta dgn sebaik2nya,dimasa sekarang tak boleh buat sembarangan tentang harta benda,harta benda mesti dijaga dgn sebaik2nya.
Ni lah tempat cip diletak

Setelah urusan dah selesai aku nak beredar dari tempat tu,aku menuju kekereta dan buka pintu kereta mcm biasa tp tah mcm mana kunci kereta jatuh dan pecah.Aku kutip kunci yg pecah dan aku cantum balik.Bila aku start kereta,kereta tak mau hidup,bukan tak hidup langsung tapi hidup dalam satu atau dua saat,lebih mudah lagi kereta berbunyi erk! erk! gitu,lepas tu mati,begitu lah yg terjadi bila aku start balik beberapa kali lagi..Setelah aku puas start dan tak hidup, aku mula talipon kawan aku dan cerita apa yg terjadi,ada yg cakap dinamo starter rosak,ada yg kata mungkin minyak tak ada dan macam2 lagi..Tapi ada seorang kawan yg cakap cip dalam kunci hilang/jatuh semasa kunci jatuh dan pecah,Kwn aku ckp benda tu kecik sangat,Aku buka balik kunci yg aku cantum tadi dan tercari2 benda yg kawan aku cakap,mmg benda tu tak ada dan aku mula lah mengintai2/tercari2 benda yg kawan aku maksudkan dan terjumpa sbb tempat yg jatuh ialah diatas tar jadi senang nampak..Kalau ditenguk sekali imbas memang terasa benda tu mcm tah hape2,mcm benda yg tak berguna.

Aku ambik benda yg dipanggil cip oleh kawan aku dan aku letak ditempat yg sepatutnya.Aku start je kereta,kereta hidup mcm biasa.Dah jadi pengalaman yg sangat berguna kapada aku,Aku memang tak sangka lansung benda yg kecik mcm tu sangat besar guna nya.Otak aku rasa mcm2 plk,Rasa mcm hebat benda tu,Tiba2 aku nak test keberkesanan cip yg dimaksudkan,Aku buka balik kunci dan dan keluarkan cip tadi dan start balik kereta aku,mmg kereta tak nak hidup,Aku mmg rasa pelik,tp apa yg nak dipelikan,ni kan zaman moden..hu3.Setelah cuba mcm2 cara dan kereta tak nak hidup aku letakan benda tadi kedalam sarang nya dan start..Malas dah nak pikir tentang benda tu,aku balik je..
Kunci yg pecah tadi aku ikat dengan tali rafia kerana tali rafia ada sedikit dlm kereta aku.Balik rumah tentu lah aku gam dgn gam cap gajah..

Catitan; benda yg dipanggil cip tadi aku tak tau lah nama nya yg sebenar,ada yg cakap sensor,ada cakap cip,mana yg betul tak tau plk aku,mungkin kedua2 tu tak betul,malas nak google..
untuk makluman...aku pakai kereta proton saga BLM
Ni lah cip yg dimaksudkan,kecik sangat,dalam 1 sm je

Tiada ulasan:

Catat Ulasan