Khamis, 27 Disember 2018

Tasik Chini

Tulisan aku ni jangan ambik peduli sgt,aku menulis hanya yg terpikir je,bkn bermaksud nak kondem atau merendah2 tempat ni.penulisan dgn gaya aku,jangan kecik hati...sekian.

Tasik chini popular kerana cerita karut nya,tasik chini juga dikenali sbb tasik itu sendiri,kerana tasik chini merupakan tasik semulajadi yg kedua terbesar di malaysia dan tasik semulajadi yg terbesar ialah tasik bera,luas tasik chini ialah 50km persegi sementara luas tasik bera ialah 60km persegi.Dengan cerita yg karut marut lah  tasik chini dikenali dan menjadi masyhur.Cerita karut tasik chini ialah tentang naga nya.Naga tasik chini tak dapat dibuktikan akan keujudan nya,cerita naga dibawa dari mulut ke mulut sejak zaman dahulu oleh org asli yg mendiami berdekatan tasik chini,jadi naga tasik chini akan dimainkan utk menarik pengunjung.Bagi aku tasik chini tak payah ada cerita naga nya kerana tasik chini itu sendiri dah cukup kuat utk menarik pengunjung utk datang.Dari segi lojik nya kalau benar2 naga tu ada sbb apa kah naga tersebut tak muncul menampakan diri nya,masa kan naga yg perlu oksijan utk bernafas hanya berendam dlm tasik,citer karut lain yg aku dgr ialah tentang ular besar yg dijumpai,dikatakan besar ular tersebut ialah sebesar tong drum.Dari segi lojiknya ular sebesar tong drum mmg tak ada,malah rekod dunia ular besar pun mmg tak ada yg sebesar drum.Aku boleh percaya tentang cerita2 mcm ni hanya permainan iblis dan jin sbb makhluk tu berupaya menampakan diri dgn cara2 yg mcm tu.Hanya orang2 tertentu sahaja yg boleh nampak dgn sbb2 yg tertentu.Iblis tugas nya untuk menyesatkan manusia.Dengan lebih mudah naga tasik chini ialah cerita dialam lain atau alam ghaib bkn alam yg ada.


Aku ketasik chini pada 20-12-2018,pertama kali aku sampai ketasik ni,Untuk merasai denyut nadi tasik chini, Pengunjung mesti pergi jauh kedalam nya untuk beberapa malam,dari situ akan dapat rasa apa yang sebenarnya tasik china,klu sekadar pergi ke jeti dan tenguk2 mmg tak akan beri kepuasan kpd pengunjung.Tp aku sendiri hanya pergi ke jeti,ambik2 gambar,tenguk2,bercakap2 dgn org kat situ dan terus balik,aku ambik masa disitu dlm 2 jam.Bagi aku tasik chini bukan lah sesuatu yg pelik sgt kerana kejadian satu2 perkara itu mempunyai alasan yg tersendiri,mcm tasik chini terjadi mungkin disebabkan oleh tanah lendut jadi air akam terkumpul maka terjadi lh sebuah tasik,Mungkin juga level tasik chini sama dgn sungai pahang dan aliran kluar air terlalu lambat menyebabkan terbentuk nya tasik lagi pun sekeliling kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau,Tentang flora dan fauna plk yg dikatakan berusia beribu2 tahun tu plk bkn lah pelik sgt kerana ditempat aku pun banyak jgk flora dan fauna yg berusia beribu2 tahun jadi apa yg pelik,last2 tunjuk pokok periuk kera,apa yg pelik periuk kera,tempat aku berlambak periuk kera tak ada pelik pun,hahaha.
Kemusnahan tasik chini
Sebelum aku ke tasik chini aku telah google tempat ni,Yg aku jumpa ialah keadaan sekeliling tasik chini seperti telah digunakan untuk pertanian atau kawasan nya telah ditarah dgn teruk,dgn terjadi yg demikian akan.menyebabkan tasik akan terkambus dgn sendirinya,Aku telah diberi faham bahawa kawasan tasik telah diwartakan sebagai kawasan yg dilindungi tetapi nampak mcm lansung tak dilindungi,Mungkin akan ada sesuatu tindakan susulan utk melindungi tasik ini dari musnah.peta google map kat atas menunjukan kawasan sekitar tasik yg telah dimusnahkan.kelihatan juga kawasan disebelah barat tasik seperti tak diusik,lebar nya pun hanya dlm 3km je..tempat2 lain telah habis musnah.

Kemudahan yg ada ditasik chini boleh dikatakan yg terbaik,semua ada seperti jeti untuk memerhati kawasan tasik,surau,tandas,wakaf2 untuk berehat,kedai makan,kemudahan bot.Kawasan yg sentiasa bersih dan kawasan yg redup dipayungi oleh pokok2 yg besar.
Perjalanan aku ketasik chini:
Aku dari kuala berang terengganu,bertolak dlm kul 9.00 pagi.Laluan yg diambik tentu lah lebuhraya pantai timur dari ajil hingga susur kluar gambang,Dilebuh raya gambang segamat aku ambik  simpang yg melepasi jambatan sg pahang iaitu dikampung paloh hinai iaitu kekanan,dari situ mungkin dlm 10 km .dan ambik plk kekiri dlm 6km kut,selepas itu aku melalui jalan yg sgt sempit tp laluan tu mmg kearah tasik chini berdasar google map yg aku on sentiasa.Laluan sempit tu rupa2nya tembus jgk dilaluan sebenar untuk ketasik chini,sampai ke jeti tasik chini lebih kurang pukul 12.00 tgh hari,aku berada disitu lebih kurang 2 jam dan aku kluar dari kawasan tasik pada pukul 2.00 ptg lebih kurang..SEKIAN CERITA AKU.








2 ulasan: