Memaparkan catatan dengan label tempat rekreasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat rekreasi. Papar semua catatan

Ahad, 10 Februari 2019

Air terjun sungai bangan

Air terjun disungai bangan terletak dikampung syukur didaerah dungun terengganu.Tempat berkelah sg Bangan ni dinamakan sebagai lubuk kain.Terletak sejauh 390 km dari kuala lumpur, 130km dari bandar kuala terengganu,sejauh 70km dari bandar dungun dan 90 km dari kuala berang.Untuk ke sungai bangan dari mana2 distinasi sangat mudah kerana kawasan perkelahan sungai bangan dihubungi dgn jalan raya yg baik.Air terjun sg bangan tidak tercemar kerana pembalakan telah tiada utk sekian lama,sungai bangan jgk merupakan salah satu air sungai yg paling jernih tetapi jernih nya air sungai bangan hanya terletak jauh keatas gunung,ditempat perkelahan air nya biasa2 sahaja.Kawasan air terjun sungai bangan telah menjadi tempat perkelahan sejak 10 tahun yg lalu tetapi popular nya sejak tiga tahun yg lalu.Air terjun ni mungkin bukan kawasan dibawah pengawasan jabatan hutan kerana air terjun ini tak ditutup kpd umum seperti kawasan perkelahan yg lain.Biasanya kawasan perkelahan akan ditutup kpd umum dimusim tengkujoh yakni pada bulan november hingga febuari.Mungkin jgk kawasan perkelahan sungai bangan diselia oleh pihak berkuasa kampung sahaja.Hendak ke air tejun sungai bangan sangat mudah,taip saja sungai bangan di google map dan perkhidmatan itu akan tunjuk arah yg sepatutnya..

Kemudahan yg ada...
Oleh kerana air terjun sungai bangan bukan dibawah mana2 jabatan maka kemudahan yang ada sangat sedikit,yg ada hanya tandas serta kedai2 yg diusahakan oleh penduduk kampung,Kedai2 hanya lah dibuat dgn kayu hutan sahaja,walau mcm mana pun pengunjung ke sungai bangan tak boleh dipandang rendah terutamanya masa hari cuti...Kemudahan lain yg ada ialah pelampung dan tilam pelampung utk kemudahan para pengunjung  mandi manda dan bermain air sekeluarga..Kadar sewaan pelampung ialah..
tiga pelampung untuk rm 10
pelampung tilam kecik rm 5
pelampung tilam besar rm 10
Masa sewaan untuk semua pelampung tak ada had,boleh guna sehngga lebam,maksud nya tak lebih dari sehari,Untuk sejam pun itu lah kadar sewaan nya dan sehari suntuk pun kadar itu lah jgk..

Air terjun disungai bangan patut dikunjungi sekeluarga keran tempat ini kurang sikit bahaya nya kalau terjadi fenomena kepala air kerana sungai bangan agak landai ditempat perkelahan,,sekian
Cik kak ini lah yg byk bercerita tentang sungai bangan kpd aku,semua yg aku tulis bersumberkan dari dia,orang nya sgt peramah,dia salah seorang dari perniaga di kawasan perkelahan sungai bangan sejak sekian lama..Aku telah mintak izin utk snap gambar nya..Tapi jangan salah terkam,nanti ada yg kena godam..haha.













Khamis, 27 Disember 2018

Tasik Chini

Tulisan aku ni jangan ambik peduli sgt,aku menulis hanya yg terpikir je,bkn bermaksud nak kondem atau merendah2 tempat ni.penulisan dgn gaya aku,jangan kecik hati...sekian.

Tasik chini popular kerana cerita karut nya,tasik chini juga dikenali sbb tasik itu sendiri,kerana tasik chini merupakan tasik semulajadi yg kedua terbesar di malaysia dan tasik semulajadi yg terbesar ialah tasik bera,luas tasik chini ialah 50km persegi sementara luas tasik bera ialah 60km persegi.Dengan cerita yg karut marut lah  tasik chini dikenali dan menjadi masyhur.Cerita karut tasik chini ialah tentang naga nya.Naga tasik chini tak dapat dibuktikan akan keujudan nya,cerita naga dibawa dari mulut ke mulut sejak zaman dahulu oleh org asli yg mendiami berdekatan tasik chini,jadi naga tasik chini akan dimainkan utk menarik pengunjung.Bagi aku tasik chini tak payah ada cerita naga nya kerana tasik chini itu sendiri dah cukup kuat utk menarik pengunjung utk datang.Dari segi lojik nya kalau benar2 naga tu ada sbb apa kah naga tersebut tak muncul menampakan diri nya,masa kan naga yg perlu oksijan utk bernafas hanya berendam dlm tasik,citer karut lain yg aku dgr ialah tentang ular besar yg dijumpai,dikatakan besar ular tersebut ialah sebesar tong drum.Dari segi lojiknya ular sebesar tong drum mmg tak ada,malah rekod dunia ular besar pun mmg tak ada yg sebesar drum.Aku boleh percaya tentang cerita2 mcm ni hanya permainan iblis dan jin sbb makhluk tu berupaya menampakan diri dgn cara2 yg mcm tu.Hanya orang2 tertentu sahaja yg boleh nampak dgn sbb2 yg tertentu.Iblis tugas nya untuk menyesatkan manusia.Dengan lebih mudah naga tasik chini ialah cerita dialam lain atau alam ghaib bkn alam yg ada.


Aku ketasik chini pada 20-12-2018,pertama kali aku sampai ketasik ni,Untuk merasai denyut nadi tasik chini, Pengunjung mesti pergi jauh kedalam nya untuk beberapa malam,dari situ akan dapat rasa apa yang sebenarnya tasik china,klu sekadar pergi ke jeti dan tenguk2 mmg tak akan beri kepuasan kpd pengunjung.Tp aku sendiri hanya pergi ke jeti,ambik2 gambar,tenguk2,bercakap2 dgn org kat situ dan terus balik,aku ambik masa disitu dlm 2 jam.Bagi aku tasik chini bukan lah sesuatu yg pelik sgt kerana kejadian satu2 perkara itu mempunyai alasan yg tersendiri,mcm tasik chini terjadi mungkin disebabkan oleh tanah lendut jadi air akam terkumpul maka terjadi lh sebuah tasik,Mungkin juga level tasik chini sama dgn sungai pahang dan aliran kluar air terlalu lambat menyebabkan terbentuk nya tasik lagi pun sekeliling kawasan tersebut dikelilingi bukit bukau,Tentang flora dan fauna plk yg dikatakan berusia beribu2 tahun tu plk bkn lah pelik sgt kerana ditempat aku pun banyak jgk flora dan fauna yg berusia beribu2 tahun jadi apa yg pelik,last2 tunjuk pokok periuk kera,apa yg pelik periuk kera,tempat aku berlambak periuk kera tak ada pelik pun,hahaha.
Kemusnahan tasik chini
Sebelum aku ke tasik chini aku telah google tempat ni,Yg aku jumpa ialah keadaan sekeliling tasik chini seperti telah digunakan untuk pertanian atau kawasan nya telah ditarah dgn teruk,dgn terjadi yg demikian akan.menyebabkan tasik akan terkambus dgn sendirinya,Aku telah diberi faham bahawa kawasan tasik telah diwartakan sebagai kawasan yg dilindungi tetapi nampak mcm lansung tak dilindungi,Mungkin akan ada sesuatu tindakan susulan utk melindungi tasik ini dari musnah.peta google map kat atas menunjukan kawasan sekitar tasik yg telah dimusnahkan.kelihatan juga kawasan disebelah barat tasik seperti tak diusik,lebar nya pun hanya dlm 3km je..tempat2 lain telah habis musnah.

Kemudahan yg ada ditasik chini boleh dikatakan yg terbaik,semua ada seperti jeti untuk memerhati kawasan tasik,surau,tandas,wakaf2 untuk berehat,kedai makan,kemudahan bot.Kawasan yg sentiasa bersih dan kawasan yg redup dipayungi oleh pokok2 yg besar.
Perjalanan aku ketasik chini:
Aku dari kuala berang terengganu,bertolak dlm kul 9.00 pagi.Laluan yg diambik tentu lah lebuhraya pantai timur dari ajil hingga susur kluar gambang,Dilebuh raya gambang segamat aku ambik  simpang yg melepasi jambatan sg pahang iaitu dikampung paloh hinai iaitu kekanan,dari situ mungkin dlm 10 km .dan ambik plk kekiri dlm 6km kut,selepas itu aku melalui jalan yg sgt sempit tp laluan tu mmg kearah tasik chini berdasar google map yg aku on sentiasa.Laluan sempit tu rupa2nya tembus jgk dilaluan sebenar untuk ketasik chini,sampai ke jeti tasik chini lebih kurang pukul 12.00 tgh hari,aku berada disitu lebih kurang 2 jam dan aku kluar dari kawasan tasik pada pukul 2.00 ptg lebih kurang..SEKIAN CERITA AKU.








Selasa, 25 Disember 2018

Kawasan perkelahan gunung ledang

Bila sebut gunung ledang mesti kita akan teringat puteri gunung ledang dan peristiwa peminangan puteri gunung ledang oleh tun mamat.Peristiwa perminangan ini terjadi dah beratus2 tahun yg lalu ketika kerajaan melaka hampir kepenghujung nya.Walau mcm mana pun perminangan oleh tun mamat untuk raja nya telah ditolak mentah2 oleh puteri gunung ledang,Penolakan peminangan beralasan dgn pemintaan puteri gunung ledang yg lansung tak menesabah,permintaan yg mesti disediakan ialah:
Gambar gunung ledang dari jauh,gmbr dari google

1) sebuah jambatan emas dari gunung ledang ke melaka
2) Sebuah jambatan perak dari gunung ledang ke melaka
3) Tujuh dulang hati nyamuk
4) Tujuh dulang hati kuman
5) Tujuh tempayan air mata anak dara
6) Tujuh tempayan air pinang muda
7) Semangkuk darah sultan ahmad.
kolamputeri

Sultan tak dapat memenuhi hanya satu permintaan saja iaitu semangkuk darah sultan ahmad,Pada fikiran aku sultan ni ckp besar je,konon nya tak mampu hanya darah sultan ahmad,permintaan yg lain semua sultan tu sanggup,Dari segi lojiknya mana mungkin nak sediakan hati kuman,kuman tu sendiri dah tak nmpk,mcmana nak belah kuman untuk ambik hati nya,sedulang plk tu,Jambatan emas dan jambtan perak,lansung tak lojik,Bayangkan jambatan tu sejauh 40km dan mcm jambatan pulau pinang,sebelah perak yg sebelah lagi logam emas,Mampus keras emas tu tak boleh nak cari,lombong nya kat mana,negeri banyak emasnya kat mana?Mungkin jgk ada yang cakap semua permintaan yg pelik2 tu dapat sultan hadirkan kerana teknologi sgt tinggi dimasa tu,Kalau lah teknologi sgt tinggi dimasa tu yg menyamai zaman2 tamadun sumeria masakan darah sultan ahmad,sultan tak boleh hadirkan,Tak kan dimasa itu tak ada teknologi yg hebat untuk ambik darah sultan ahmad,Dimasa sekarang permintaan darah sultan ahmad tak jadi masalah lansung,pegi ke spital,cocok ambik darah,jangan kan semangkuk,dua mangkuk pun boleh.Atas sebab2 yg diatas lah aku mengangap sultan hanya cakap besar..Walau mcmana pun permintaan itu hanya lah tafsir ibarat saja,puteri nak bagi tau tentang hati sultan itu sendiri kerana sultan diketika itu seorang yg memerintah berpandukan kpd nafsu sahaja,oleh sbb itu lah puteri telah berkias.Mungkin jgk sultan faham apa yg puteri dimaksudkan.
Air terjun gunung ledang

Aku ke tempat berkelah air terjun gunung ledang dlm siri perjalanan aku dari terenganu kepahang,johor,melaka dan sedikit ke negeri sembilan,banyak tempat aku ronda2 dijohor dan makan2 dibanyak tempat,seperti makan soto diwarung dibukit gambir,makan roti canai dibandar pagoh,makan sup di bandar muar,menikmati keindahan negeri2 yg aku pergi,singgah dan berkenalan dgn penduduk nya yg ramah,
Kolam yg paling bawah

Dan salah satu tempat yg aku pergi ialah kawasan perkelahan gunung ledang,Sampai kat kawasan perkelahan pada pukul 10.00 pagi hari jumaat 211218.Dengan sedikit bayaran untuk parking kereta dan tiket,Kawasan perkelahan gunung ledang boleh dikatakan terbahagi kpd tiga bahagian,Yang pertama tempat letak kereta,Yang kedua kawasan Chalet dan yang ke tiga kawasan air terjun.Untuk parking dikenakan bayaran sebanyak 5.20 untuk sebuah kereta dan tiga org pengunjung,Kawasan parking yg luas,teduh dan selesa,Pengunjung yg menyewa chalet boleh bawa kederaan terus ke kawasan ini tanpa meninggalkan kederaan dikawasan parking luar,Harga sewa chalet aku tak tau,klu nak tau pergi lah tanya sendiri,keh keh keh keh.

Air terjun gunung ledang terletak jauh keatas,Tempat tu dinamakan kolam puteri,jauhmya lebih kurang 300 meter dari tempat mandi manda dikawasan bawah,Kolam puteri agak luas dan sesuai benar untuk mandi manda,kebawah sedikit dari kolam puteri ialah air terjun gunung ledang yg agak tinggi.Laluan untuk kesini sangat selesa,track dibuat mengunakan simen yg bertangga2 dan sangat mudah dilalui.Boleh dikatakan air terjun gunung ledang agak jernih tetapi kawasan perkelahan agak tak terjaga,mungkin masa yg aku pergi tak kena masa,mungkin juga dimasa itu pekerja tak ada,laluan tak bersapu.Aku sebenar nya bersantai2 sahaja untuk kenal kawasan perkelahan gunung ledang,tak ada niat lansung untuk mendaki hingga puncak.Dikatakan untuk terus kepuncak memerlukan juru pandu yg dikenakan yuran pendakian sebanyak rm120.

Kawasan perkelahan gunung ledang mempunyai kemudahan yg cukup,ada tandas,ada surau,banyak bangku tempat rehat,wakaf2 dan perniaga tp yg paling penting pokok kelapa yg lima batang,menambahkan seri kawasan perkelahan ni.Aku kluar dari kawasan perkelahan ni pada pukul 12.30 untuk  menunaikan solat jumaat dikampung sagil.....SEKIAN
air terjun gunung ledang
GAMBAR2>>>