Selasa, 12 Februari 2019

setiu board walk

Pintu Masuk

Setiu board walk,Satu kawasan tanah basah didaerah setiu,Kawasan ni terletak ditepi sungai setiu,berhampiran dgn pantai laut china selatan.Nama yg dibagi sebegitu rupa,aku sendiri pun tak tau sebab musabab nya.Mungkin untuk dibaca supaya ada standard.Kalau nak diterjemah ke dalam bahasa melayu tentu lah akan jadi papan berjalan atau pun laluan papan atau laluan kayu,huhuhu..Macam2 sekali..Tapi mmg benar pun,laluan yg dibuat semacam titi diseluruh kawasan tu..Aku agak panjang nya laluan ni dalam 400 meter [aku tak ukur]...Laluan kayu ini dibina utk memudahkan pengunjung utk menikmati keindahan tempat ni sehigga jauh kedalam. Board walk setiu ni ialah kawasan berpaya,kalau di umpama dikawasan tanah hulu,    tp ditepi pantai mcm ni aku sendiri tak tau nak panggil apa.Kalau air laut pasang kawasan ni akan dipenuhi air dalam separas pinggang,senang cerita,kalau air laut pasang besar,tempat ni akan tengelam lagi dalam.Luas kawasan ni mungkin berpuloh2 ekar jgk.Pokok2 yg ada disini macam2 nama nya,yg aku ingat ialah kayu bakau dan pokok nipah,Banyak lagi pokok lain yg aku tak hafal [nak hafal buat apa,bkn nak ambik periksa pun].Nak bagi mudah faham tentang kawasan ni mungkin boleh disebut sebagai hutan kayu bakau atau hutan rimba ditepi pantai.Walau pun disebut hutan rimba tapi tak lah mcm hutan rimba kat bukit dan gunung2 tapi hutan rimba yg kecik,kikikiki..

Dari pintu masuk sehingga ke sungai setiu lebih kurang 350 meter,panjang nya pula dalam 1500 meter,jadi kawasan board walk setiu ni boleh dikatakan sebagai luas jugak. 350 x 1500 = 525000 meter persegi..luas tu..Keluasan mcm ni dah boleh buat airport kecik..

Kawasan hutan ni mempunyai sistem nya sendiri,ada alur,ada daratan,Selain dari macam2 jenis tumbuhan yg hidup subur dikawasan ni,terdapat jgk binatang yg mendiami kawasan ni,Ada kera ada memerang,selain itu dalam alurnya pula,ada ketam,lokan,siput dan ikan2 yg berenang berkawan..Sungguh mengasyikan.

Aku pergi ke board walk setiu pada 10-2-2019,Aku dapati tempat ni sedang dibina semula,Dimasa itu hanya aku je yg ada,pengunjung2 lain tak ada,mungkin aku pergi tak kena masa,iaitu bukan hari cuti,Nak masuk kat dalam kena daftar terlebih dulu,Aku tanya kpd cik kak rela yg jaga kat pintu masuk,kepentingan apa kah daftar,sedang hanya aku je ada kat situ,Dia jawab utk keselamatan,kat dalam kawasan hutan dah ada yg mati sbb lemas,jadi dgn daftar nama dapat memastikan pengunjung selamat.Maksud nya kalau pengunjung tak keluar2,pihak pengurusan akan pergi cari.Seperkara lagi tempat ni dilarang sama sekali menangkap apa yg ada didalam nya,samaada ikan,ketam lokan,siput dan apa saja,kera pun tak boleh ditangkap  hahaha.Harapan aku supaya pengurusan membina lebih banyak lagi board walk supaya pengunjung dapat menikmati flora dan fauna nya diseluruh kawasan.Sekarang hanya ada satu laluan board walk saja merentasi hutan yg terus ke sungai setiu...sekian
binaan baru

tempat parking baru

Nampak sangat tempat ni tak ingin lagi menerima pengunjung utk sementara.

Tempat rehat mcm ni ada tiga hingga empat buah 

board walk

tumbuhan hutan nya

Alur yang ada didalam kawasan,Kalau air pasang,alur ni mcm sungai

binaan board walk yg teguh

Sungai setiu

Kat sini ada sangkar ikan yg mungkin dibela oleh pengurusan.Mungkin sebahagian dari projek

Papan tanda larangan yg mesti dipatuhi oleh pengunjung


Mungkin buah nipah,hahahaha

boardwalk yg dibina membujur,melintang dan membujur balik hingga ke sungai setiu

pokok ni lah yg aku agak pokok bakau,mana lah aku tau,aku kenal pokok hutan yg bapak2 saja besarnya..heeee

Kawasan ni group pokok nipah,klu tak silap

dalam pembinaan

Salah satu tempat berteduh,Kat sini ada peta kawasan hutan dan amaran2

macam pokok mengkuang,mungkin waris dia.
Nama pokok ni ialah pandan laut


Ni lah cik kak rela yg bertugas,banyak sangat loyar buruk nya,mudah berbicara,Kuat menyakat orang.
Catitan,sungai yg dinamakan sebagai sungai setiu itu sebenarnya bukan sungai setiu tetapi sungai tu menghala ke sungai setiu,mungkin jgk sungai tu sebahagian dari sungai setiu,dlm google map tak diberi nama utk rujukan.
video di boardwalk hingga ke sungai setiu

2 ulasan:

  1. Tempat yang cantik
    Bila siap nanti boleh jadi tarikan pengunjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Projek kjaan negeri ni..mmg popular tmpt ni,sbenarnya wetland setiu ni ada 4 tmpt dan bersambung antara satu dgn yg lain,luas nya dlm 20000 ekar.

      Padam