Ahad, 17 Mac 2019

Cara-cara buat panggilan kecemasan.

Baru2 ini aku telah mengalami kecemasan kebakaran,Kebakaran yg terjadi melibatkan kebun kelapa sawit tetapi kebakaran tersebut bukan lah yg melibatkan kebun aku tetapi melibatkan kebun orang kaya kat kampung aku,Api datang dari kebun kawan aku yg baru nak tanam semula kelapa sawit.Kawan aku  telah bakar himpunan kayu untuk membersih kebun nya dan diketika ini pula kemarau sangat lah menyakitkan,panas yg amat sangat.Api dari pembakaran himpunan kayu ini lah telah berjangkit kekebun orang yg paling kaya kat kampung aku.Aku pula ada ditempat tu kerana ingin pergi memancing disebuah alur ditepi kebun kawan aku.Diketika aku sampai api telah memakan pokok kelapa sawit sehingga ke daun yg paling atas,Kawan aku bertempik melolong ketakutan melihat api yg marak menyala,Aku membantu dengan menyimbah air yg ada,tetapi api semakin marak menyala ditambah pula dengan angin yg kencang.Api membakar daun kelapa sawit yg kering yg banyak dikebun2 sawit,memang menjadi kebiasaan daun yg telah disabit akan dikumpul disenpanjang pokok2 sawit.Melihat api yg semakin membesar aku telah buat panggilan kecemasan mengunakan nombor 999..Bahagian buat panggilan kecemasan ini lah yg aku nak cerita,

Cerita aku ni nmpk bodoh tp kpd aku yg tak berpengalaman buat panggilan kecemasan mmg aku terasa gelabah ditambah pula dgn aku berada ditempat kejadian,bunyi api yg marak menyebabkan aku jadi sangat panik walaupun kebun yg terbakar itu bukan lah kebun aku.

Mula2 dail nombor 999 selepas tu operator  atau yg tukang jawab kat hujung talian akan bertanya kecemasan yg sedang kita alami,kita jawab apakah kecemasan yg sedang kita alami,dalam kes aku ni ialah kebakaran kebun sawit.Selepas itu operator akan mintak alamat tempat kejadian.Alamat mesti tepat dan terang,sepatutnya operator mesti tanya nama kita dan nombor I/C,tetapi teknologi sekarang sangat canggih,dengan panggilan yg dibuat mengunakan talipon kita,sistem sudah kenal pasti nombor I/C kita dan nama kita,cuma operator akan bertanya kita adakah yg menalipon kpd nombor 999 itu adalah kita sendiri,kalau kita talipon mengunakan talipon pinjam,operator akan minta nombor I/C dan nama yg buat panggilan,sebab2 yg terjadi demikian kerana ditakuti itu adalah panggilan palsu.Oleh kerana panggilan yg aku buat mengunakan talipon aku sendiri,masalah nama dan nombor I/C aku tak jadi menjadi isu.Selepas kita bagi alamat tempat kejadian,operator akan berbual dgn kita dgn bertanya mcm2 soalan,Dia akan bertanya kawasan kecemasan ada kediaman,kalau ada berapa jauh,tmpt kecemasan ada talian letrik atau tidak dan mcm2 soalan,last sekali operator melarang kita memadamkan api dan dinasihatkan kita supaya jauh dari tempat kecemasan,mungkin utk keselamatan kita,Dimasa ini kita akan jadi berang dgn soalan2 dari operator.Masa ini jgk lah akan terjadi maki2 oleh pihak kita kerana kita mengangap operator tak peka dgn kecemasan yg sedang kita hadapi.Perkara sebenar yg terjadi setelah kita bagi alamat tempat kejadian ialah operasi telah berjalan iaitu jambatan bomba dah hantar lori pemadam api dgn 32000 liter muatan air.Pihak operator semgaja bercakap dgn kita utk mengetahui lebih lanjut tmpt kejadian kecemasan.Maksudnya mmg sengaja operator bercakap mcm tu dgn kita kerana pasukan penyelamat telah datang.Cuma kita saja yg gelabah,padahal urusan sudah pun selesai,cuma pasukan bomba  saja belum tiba.

Untuk itu kpd yg belum ada pengalaman dgn panggilan kecemasan jgn lah cemas sgt,beri butiran yg dikehendaki dgn terang dan jelas apabila diminta.Dikatakan teknologi yg ada dpt mengesan tempat kecemasan semasa kita bagi alamat tempat kejadian,semua makluman dan lokasi dikemaskini dgn pantas.sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan