Sabtu, 27 Jun 2020

Jaga kubur

Cerita jaga kubur.
Pada beberapa hari yg lalu seorang dari kawan baik aku telah meninggal dunia..Beberapa hari yg lalu pun ialah dimasa sebelum wabak covid melanda dunia.Berbulan dah..Perkataan covid pun tak muncul lagi,Tetapi perkataan pandemic dan epidemic dah ada sejak sekian lama,Kalau kita tak tau dengan perkataan tu mungkin kita kurang pembacaan kita.Lagi pun kalau kita tak tau pun bukan menjadi dosa,Harus je hukum nya hahahahaha..Jadi kematian kawan aku ni bukan lah berkaitan dengan covid 19..
Tanah perkuburan kat kampung dilihat dari Google map

Oleh kerana kawan baik tentu lah banyak dari urusan aku yg bertanggung jawab, bermula dari liang kubur hingga urusan mandi jenazah,Tapi semua urusan2 tersebut bukan aku yg buat,Yang aku buat hanya lah arah2 je,Aku cuma mesti memastikan urusan berjalan dengan baik,Adat dikampung aku ni atau ditempat lain,semua urusan mesti ditanggung kpd keluarga simati atau kawan baik kepada simati,Kawan baik kpd simati yg bertanggung jawab kpd urusan, mungkin disebabkan simati tak ada anak lelaki atau orang yg boleh dibuat kira bicara,Setelah itu baru lah urusan akan jatuh kepada MPKK atau JKKK dan sanak saudara serta orang ramai,Sebenarnya semua urusan tadi terjadi secara spontan je,tak perlu sangat kepada mesyuarat,walau macam mana pun mesyuarat tetap dijalankan tetapi kita yg tak sedar,dan mesyuarat plk tak perlu lah sampai baca ummul kitab,cuma bercakap biasa2 saja sambil menjalankan urusan yg mesti dilaksana.

Oleh kerana pembahagian tugas dah selesai seperti urusan memandikan jenazah,solat jenazah,pengangkutan dan sebagainya,aku pergi ke tanah perkuburan kerana bahagian inilah yang paling payah,aku cuma tenguk2 je kerana pengalian dibuat oleh budak2 muda.Setelah pengalian selesai,yg ditunggu hanya lah jenazah saja,tunggu punya tunggu jenazah tak sampai2 sedangkan hari dah nak maghrib,sampai berita pengkebumian akan dibuat selepas solat Isyak,perkabaran tu plk meminta supaya liang kubur tak boleh ditinggalkan,tak baik kata nya,entah dari mana ajaran aku pun tak tau,nak tak nak aku dan seorang kawan terpaksa tunggu kubur,azan maghrib terdengar jauh2 dimasjid,kawan aku menyuruh aku menunaikan solat maghrib diwakaf ditepi kubur,setelah menunaikan solat kawan aku ambik turn dia,maksudnya tak solat jamaah,setelah kawan aku solat dia meminta diri untuk balik,ada kerja katanya,kerja tengkorak dia,aduhh.kalau tengah malam tu lain plk cerita,ni baru maghrib,aku memintanya jgn balik sbb aku takut tunggu liang kubur seorang diri tp dia berkeras jgk nak balik jadi tinggallah aku seorang diri duduk depan kubur sambil ditemani oleh cahaya lampu letrik yg disambung dari wakaf.Bertuah punya kawan didera nya aku.Aku ni plk nak kata takut tu tak lah nak kata tak takut juga tak,aku buat keras je,tak peduli sangat apa2,Tanah perkuburan ni plk terletak 500 meter dari rumah yg terdekat dan ditepi kebun getah.Ditepi2 aku memang berceraak batu Nesan,tanah kubur tentu lah banyak batu nesan.Tengah aku pandang dlm liang dan berfikir tempat ni lah aku dan semua orang akan diam, rasanya aku jadi macam steady gitu,lagi pun aku ada prinsip sendiri bab takur2 ni,Aku akan cakap mcm ni,
"Koman mu,atas dunia ni mu takut dah,diakhirat seribu kali ganda takutnya,hantu diakhirat seribu kali ganda lagi menakutkan,"

Aku bercakap dalam hati je..tak terzahir pun..buat malu kalau orang dengar..😬😬😬.Walau ada prinsip dan dan cakap mcm tu pun,masih jgk takut tp takutnya tak lah banyak,siput je..😁😁..

Dalam aku berangan2 mcm tu tiba2 zaazzzz benda melayang atas kepala aku,berderau darah,pucat lah tu agak nya tp aku buat keras je,buat tak hirau,tiba2 dia datang sekali lagi,dia bertenggek kat sebelah sana kubur,berhadapan dgn aku,betul2 dihadapan,terkejut aku bukan main2 tp aku buat derk je kerana depan aku tu seekor burung hantu,dia pandang aku,aku pandang dia dan dia mcm tenguk2 dalam kubur,terasa jgk mungkin tu jelmaan tp yg aku pasti hanyalah seekor burung hantu yg terpikat oleh cahaya lampu,kejadian mcm tu biasa je sebenarnya tp oleh kerana berlaku di tanah perkuburan kita rasa mcm pelik,padahal tak ada apa2 pun,

Dalam pukul 9 mlm jenazah pun sampai dan tugas aku selesai,.Aku ada di tanah perkuburan selama 4 jam dan satu jam setengah pada waktu malam.Semoga roh kawan aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yg Soleh.amim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan