Rabu, 10 Mac 2021

Hiking bukit tok gunung...765 mdpl

Bukit tok gunung dilihat dari atas jambatan kampung dusun

Bukit tok gunung terletak dikampung Jenagor hulu Terengganu.Tinggi bukit ni sekitar 765 mdpl..Bukit ini berkaki di empangan Sultan mahmud,kenyir..Sebahagian besar dari bukit ni merupakan hutan simpan dan sebahagian nya ialah tanah kebun penduduk kampung dibahagian bawah nya.Bukit ini telah diambil khazanah nya iaitu balak berdasarkan kpd banyaknya rantaian jalan balak lama yg berselirat disebahagian dari bukit nya.Jalan balak lama kelihatan bekasnya sehingga hampir kepuncak bukit,Sangat teruk pengurusan bukit ini,Dikatakan hutan simpan tapi mungkin disimpan kapada orang yang berkepentingan,contoh nya mungkin orang politik,dengan sebab orang politik lah sebahagian besar negara malaysia musnah.
Dibawah pencawang TNB

Untuk kebukit tok gunung memerlukan permit dari pihak kerajaan,kalau masuk hutan tak ada permit telah menjadi salah yg besar,ribu2 denda nya.Bab ni lah yang aku sangat hairan,seolah2 dengan permit tersebut tak ada seinci pun bumi malaysia yang gondol disitu dan disini,tapi yg nyata kebanyakan hutan telah musnah..Pada pendapat aku lah,tak perlu kpd permit kalau sekadar untuk daki bukit sebab pendaki tak bawak kemusnahan apa pun,sebab pendaki hanya bawak kamera,khemah dan pisau kecik,pendaki tak sesekali bawak buldozer masuk hutan untuk daki bukit,yang bawak buldozer ialah pihak kerajaan sendiri,bukan nya pendaki bukit untuk hiking...Walau macam mana pun ada plk yg cakap permit itu bukan apa sangat,Sekadar untuk lapuran kalau ada yg daki bukit itu sesat atau kemalangan,jadi senang bantuan diberikan.Kalau sekadar untuk lapuran memasuki hutan aku fikir ,pendaki bagi nama kapada pengerusi mpkk atau jkkk  sahaja dan pandai lah jkkk atau mpkk menguruskan kalau terjadi apa2,pengerusi mpkk atau jkkk bukan nya bodoh,aku fikir pengerusi2 ni lebih cerdik dari pegawai2 kerajaan sendiri.Sebelum aku kutuk pihak kerajaan secara lebih2 baik kiranya aku cerita pendakian aku kebukit tok gunung,Kalau kutuk kerajaan pun tak beri bekas apa2 sebab dia orang yang berkuasa malah sangat berkuasa,malah dia orang boleh buat apa saja dengan kehendak mereka tampa boleh dibantah lansung,kalau dibantah kita akan didenda dan di jel...Rakyat hanya lah mentimun,yang berkuasa ada lah durian.. 



Pancur ini terletak pada 250mdpl.Dari sini untuk kepuncak masih ada berbaki 2/3 dari keseluruh perjalanan..

Untuk mendaki ke bukit tok gunung laluan nya ada dua peringkat iaitu peringkat pertama iaitu laluan jalan balak yg belum lagi ditumbuhi pokok,Peringkat yg kedua ialah laluan hutan yang ada laluan balak yang lama..Permulaan laluan masuk ialah dikampung jenagor atau lebih tepat ditepi kampung jenangor di tepi jalan raya yg menuju ke empangan sultan mahmud kenyir..Dari sini kita start mendaki bukit dilaluan yg berbatu,kecerunan dalam 20 darjah,Jalan berbatu ni merupakan jalan untuk ketangki bekalan air bukit ke kampung jenagor dan kampung dura.Bekalan air ke ke dua kampung tersebut ada dua iaitu dari JBA dan air bukit...Laluan ke puncak bukit tok gunung telah ditanda dengan empat check point..Setiap Check point lebih kurang satu kilometer setengah jadi semua nya sehingga puncak ialah dalam 7.5km,Punya lah jauh nak ke puncak.Dilaluan balak sejauh 2.6 km kerana  ke check point ke dua terletak dilaluan hutan..Dilaluan peringkat pertama ada sebuah aliran air yg agak besar,Aliran ini dinamakan sebagai pancur..Pancur ini habis ditepi pintu masuk ke empangan kenyir dibawah bukit.Aliran ini lah yang menampung bekalan air bukit ke kampung jenagor dan kampung dura..Tinggi ditempat ini ialah 250 mdpl iaitu 100 meter dari puncak empangan kenyir.Masa yang diambil untuk sampai ke pancur ini dalam 1 jam 15 minit dari garis mula.Dipancur ini lah biasa nya pendaki berehat setika untuk melepaskan lelah..Berehat biasanya mengambil masa dalam 20 minit..
Bergambar dijendela pandang

Peringkat yg kedua merupakan laluan hutan,pada sesetengah laluan nya merupakan jalan balak yg sangat lama sehingga telah ditumbuhi pokok yg  besar2.Kecerunan laluan ini dlm 30-40 darjah.Laluan hutan kepuncak lebih kurang 5 km,masa untuk sampai puncak dlm 3 jam itu pun bergantung kpd pendaki,kalau gagah perkasa mungkin sejam sahaja,kalau kurang gagah mungkin lebih dari tiga jam.Tp mungkin ada makhluk lain boleh sampai sepantas kilat,contoh nya jin.Jin makhluk berjirim,dia tak ada hal untuk laju macam kilat, hahaha...
Makan dipuncak bukit tok gunung

Perjalanan aku mendaki bukit tok gunung bersama team adik beradik aku yg diberi nama one family..
1) Pukul 7.20 pagi start mendaki dikampung Jenagor.
2) sampai check point pertama  pukul 8.02 pagi.
3) Sampai pancur pada pukul 8.36 pagi
4) Mula mendaki dilaluan hutan pada pukul 8.56.
5) Sampai check point ke-2 pada pukul 9.10 pagi..
6) Sampai check point ke-3 pada pukul 10.10 pagi.
     Check point ke-3 ialah jendela pandang
7) Sampai Check point ke-4 Pada pukul 11.10
8) Sampai puncak pada pukul 12.02 tengah hari...
9) Bertolak balik pada pukul 12.56 tengah hari.
10) Sampai dibawah yakni laluan balak pada pukul 3.03 petang..
11) Bertolak balik untuk ke garisan mula pada pukul 3.50,Selepas mandi2 di pancur serta solat zohor.
12) Sampai digarisan mula pada pukul 4.50 petang
Atas puncak bukit tok gunung

Begitu lah cerita hiking aku dan team one family ke bukit tok gunung di kampung jenagor hulu terengganu..Semua perjalanan dalam 7.5 km dari garis mula hingga puncak bukit tok gunung..Semua atur cara yang diatas tu memang tepat apa yg aku dan team buat...Mungkin pendaki2 yg hebat2 boleh buat hanya 3 jam atau kurang dari tu.Aku dan team dapat buat dari garisan mula hingga puncak hanya 4 jam 42 minit..Mula pada pukul 7.20 sampai pada pukul 12,02 minit...Tak rok cetong...ha3...sekian..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan