Ahad, 29 September 2013

mandi serum


Mandi serum,bagi sesetengah orang mungkin tak tau langsung tentang mandi serum,Mandi serum merupakan salah satu cara perubatan tradisional yang dilakukan oleh orang dulu2.Tujuan mandi serum ialah untuk kesegaran tubuh,Biasanya mandi serum dilakukan selepas seseorang itu pulih/baik dari sakit,Sakit yang biasa mandi serum dilakukan ialah demam yg berpanjangan,Mandi serum juga dilakukan kapada ibu2 yg lepas bersalin,.. Dimasa yang lalu mandi serum dilakukan oleh bidan2 kampung yang menjadi bidan kapada ibu2 yang bersalin
daun lengkuas dan isi nya

Mandi serum memerlukan beberapa jenis herba yang telah dikenal pasti oleh mereka2 yang mahir tentang perubatan jenis ini,Beberapa jenis herba yang biasa digunakan untuk mandi serum ialah:
1) Daun lengkuas dan isinya..
2) Daun limau purut..
3) Daun capa..
4) Daun mengkudu..
5) Daun Pandan..
6) Daun serai wangi serta batang nya..
7) Daun Serengan..
8) Daun  Sungkai..
9) Asam keping/gelugor
10)Bawang putih dan Bawang Merah
Daun limau purut

Semua bahan2 diatas hendak lah direbus sehingga mendidih dan dimandi setelah sejuk,Masa yang sesuai untuk mandi serum ialah diwaktu pagi selepas atau sebelum waktu subuh.Kapada yang nak mencuba,selamat mencuba..hehehe,Sekian..
Daun mengkudu

Daun pandan

Daun serai Wangi

Daun serengan

 Daun Sungkai..

 Bawang Putih,Bawang Merah dan Aam Gelugor

Sabtu, 14 September 2013

buah mukir


Buah Mukir,sekurang2nya itu nama yg aku tau tentang buah ni.Buah mukir nama yg dipanggil oleh penduduk dihulu terengganu khususnya dikampung aku,Buah mukir yang aku kenal ialah buah yang terdapat didalam hutan,Sangat popular pada tahun2 60an,Buah ini sebesar buah sentul dan isinya berwarna putih,Rasanya seperti buah rambai dan sgt manis..Pada dasarnya buah ini berkulit tebal,ketebalan 1.5 sm...

Dikatakan buah ini telah ditanam oleh FAMA dan jabatan pertanian untuk dikormesialkan,Buah ini juga sgt banyak didapati dimelaka hasil dari tanaman oleh pihak tersebut



Jumaat, 2 Ogos 2013

pucuk gelenggang

Pokok gelenggang mungkin ramai yang tak mengenalinya terutama generasi muda,Pokok gelenggang merupakan pokok seakan2 pokok kacang tanah dan mungkin pokok gelenggang dalam kelas kekacang,Pokok gelenggang boleh mencapai sehingga 5 kaki tingginya dan bergantung kapada tempat tumbuhnya
Dari pokok gelenggang ini lah keluarnya pucuk gelenggang,Pucuk gelenggang sangat sedap dibuat sayur terutama nya masak lemak,Selain masak lemak pucuk gelenggang boleh disayur air sahaja dengan dicampur dengan lain2 sayur seperti timun kacang panjang dan sebagai yang patut.Yang paling popular cara memasak pucuk gelenggang ialah dengan celur sahaja dan dimakan dengan budu,ikan kering,sambal belacan,tempoyak dan nasi panas2,huhuhu..

Selain dimasak lemak serta dicelur pucuk gelenggang boleh juga dikatakan boleh menyembuh beberapa penyakit seperti darah tinggi,Walau macam mana pun ubat darah tinggi yang paling mujarab ialah ubat kat hospital je,pucuk2 ni rasa nya macam auta je,hahahaha,sekian.....
Pucuk gelengang yang telah dicelur,Kalau nak sedap lagi ambik beberapa ulas bawang putih dan merah dan dihiris2 kecil,air limau nipis,air strabery dicampur semua bahan2 tu bersama pucuk gelenggang celur dan dimakan dengan nasi,huhuhu

Ahad, 21 Julai 2013

kueh 0nde-onde


Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan. Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia..

Resepi kueh onde-onde:
1) 1/2 peket tepung pulut (250g)
2) 7 helai daun pandan (saiz sederhana)
3) 1/2 camca besar tepung gandum
4) Sedikit pewarna hijau
5) Sedikit garam
6) Air
7) Gula Melaka (potong kecil2)
8) Kelapa muda (parut)

* diterengganu gula melaka dipanggil sebagai manisan atau nisan sahaja tapi bukan batu nesan.huhu.
Baru2 ini aku kekuala besut kerana melihat dan meninjau2 kemeriahan pilihan raya kecil yang diadakan dikawasan tersebut,Sempena dengan pilihan raya kecil banyak gerai2 yang dibuka untuk menampung kedatangan tetamu politik  kekawasan tersebut.Salah satu gerai yang sangat menarik minat aku ialah gerai yang membuat onde-onde,Onde-onde memang kueh yang aku suka makan kerana rasa nya yang manis dan sedap tapi aku tak pernah tenguk cara orang membuat nya,Dikesempatan itu aku telah mengambil masa yang agak lama untuk melihat cara membuat kueh onde-onde yang popular itu.
Aku telah diperkenalkan kapada sepasang warga emas yang sibuk menguli dan merebus onde-onde hasil produk mereka,Dari situ mereka memperkenalkan diri mereka sebagai pok kod dan isterinya.Dikesibukan pok kod melayan pelangan dan mengolah kueh mereka sempat pok kod menerangkan kapada aku cara membuat kueh onde-ondenya,Puas hati dengan penerangan nya aku membeli beberapa ringgit kueh nya untuk berbuka puasa tapi pok kod memberi free kapada aku mungkin kerana banyak nya pertanyaan aku atau sangat berbangga dengan aku kerana aku memberi perhatian yang sungguh2 kapada semua penerangan,hahaha..

Pada pandangan aku onde2 pok kod sangat diminati ramai berdasarkan kapada pelangan yang datang membeli digerainya,Gerai pok kod bukan lah gerai sementara ramadhan sahaja tapi gerai yang sememang nya ada sepanjang masa,sekian




Sabtu, 20 Julai 2013

Pesta Kuala Besut

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS,Endot@Azlan Yusuf,atau che Long 48 tahun dan calun  BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 tahun.Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada 26 Jun.2013 yang baru lalu...Pada pilihan raya kecik dikuala besut ini SPR telah menetapkan bahawa penamaan calun pada 12-7-2013 dan hari mengundi pada 24-7-2013...











Jumaat, 19 Julai 2013

Kuala Besut..

Kuala besut ialah sebuah pekan kecik yang terletak didalam daerah besut, Terengganu..Walau macam mana pun kuala besut yang sebenarnya ialah seperti gambar yang kat atas,hahahaha.....

Rabu, 17 Julai 2013

ikan kelah besar


Ikan kelah ini telah dapat ditangkap dengan cara memancing disebuah sungai diterengganu.Berat ikan kelah ini 15kg,antara ikan kelah yang terberat,Ikan kelah yang diketahui paling berat ialah 35kg.Ikan kelah ini dapat dipancing pada 11hb.7.2013 yang lalu.Panjang ikan kelah ini  lebih dari 2 kaki setengah.Nilai ikan kelah diatas sekitar RM1500,Kalau ikan kelah ini dijual dalam keadaan hidup mungkin mencecah rm7500 berdasarkan RM500 sekilogram..Walau macam mana pun ikan kelah ini telah dimasak sendiri dan dimakan sendiri dan dibahagi2 sesama jiran...

Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini ialah buah ara masak,Kedalaman lubuk tempat ikan ini dipancing ialah 20 kaki..Tali pancing yang digunakan hanya bersaiz 10kg sahaja,Mesin yang digunakan ialah mesin cap ayam je,huhuhu,

Resepi yang paling simple nak masak ikan kelah:
1)Bawang putih dan bawang merah,
2)Kunyit besor kelingking:
3)Asan keping/daun kesum/Garam/Air
4) Ikan kelah

Cara masak:
Bahan no 1 hingga 2 hendak lah ditumpuk atau dikerat2 dan direbus hingga gelegak.Setelah gelegak ambik ikan kelah isi dalam periuk,disamping itu bahan nombor 3 diisi,tunggu sehingga mengelegak balik,setelah gelegak,angkat dan hidang,huhhuhuhu simple kan..Bahan tambahan kalau suka ialah budu dan lada kalau nok pedas-lah kahkahkahkah,sekian