Sabtu, 27 Jun 2020

Jaga kubur

Cerita jaga kubur.
Pada beberapa hari yg lalu seorang dari kawan baik aku telah meninggal dunia..Beberapa hari yg lalu pun ialah dimasa sebelum wabak covid melanda dunia.Berbulan dah..Perkataan covid pun tak muncul lagi,Tetapi perkataan pandemic dan epidemic dah ada sejak sekian lama,Kalau kita tak tau dengan perkataan tu mungkin kita kurang pembacaan kita.Lagi pun kalau kita tak tau pun bukan menjadi dosa,Harus je hukum nya hahahahaha..Jadi kematian kawan aku ni bukan lah berkaitan dengan covid 19..
Tanah perkuburan kat kampung dilihat dari Google map

Oleh kerana kawan baik tentu lah banyak dari urusan aku yg bertanggung jawab, bermula dari liang kubur hingga urusan mandi jenazah,Tapi semua urusan2 tersebut bukan aku yg buat,Yang aku buat hanya lah arah2 je,Aku cuma mesti memastikan urusan berjalan dengan baik,Adat dikampung aku ni atau ditempat lain,semua urusan mesti ditanggung kpd keluarga simati atau kawan baik kepada simati,Kawan baik kpd simati yg bertanggung jawab kpd urusan, mungkin disebabkan simati tak ada anak lelaki atau orang yg boleh dibuat kira bicara,Setelah itu baru lah urusan akan jatuh kepada MPKK atau JKKK dan sanak saudara serta orang ramai,Sebenarnya semua urusan tadi terjadi secara spontan je,tak perlu sangat kepada mesyuarat,walau macam mana pun mesyuarat tetap dijalankan tetapi kita yg tak sedar,dan mesyuarat plk tak perlu lah sampai baca ummul kitab,cuma bercakap biasa2 saja sambil menjalankan urusan yg mesti dilaksana.

Oleh kerana pembahagian tugas dah selesai seperti urusan memandikan jenazah,solat jenazah,pengangkutan dan sebagainya,aku pergi ke tanah perkuburan kerana bahagian inilah yang paling payah,aku cuma tenguk2 je kerana pengalian dibuat oleh budak2 muda.Setelah pengalian selesai,yg ditunggu hanya lah jenazah saja,tunggu punya tunggu jenazah tak sampai2 sedangkan hari dah nak maghrib,sampai berita pengkebumian akan dibuat selepas solat Isyak,perkabaran tu plk meminta supaya liang kubur tak boleh ditinggalkan,tak baik kata nya,entah dari mana ajaran aku pun tak tau,nak tak nak aku dan seorang kawan terpaksa tunggu kubur,azan maghrib terdengar jauh2 dimasjid,kawan aku menyuruh aku menunaikan solat maghrib diwakaf ditepi kubur,setelah menunaikan solat kawan aku ambik turn dia,maksudnya tak solat jamaah,setelah kawan aku solat dia meminta diri untuk balik,ada kerja katanya,kerja tengkorak dia,aduhh.kalau tengah malam tu lain plk cerita,ni baru maghrib,aku memintanya jgn balik sbb aku takut tunggu liang kubur seorang diri tp dia berkeras jgk nak balik jadi tinggallah aku seorang diri duduk depan kubur sambil ditemani oleh cahaya lampu letrik yg disambung dari wakaf.Bertuah punya kawan didera nya aku.Aku ni plk nak kata takut tu tak lah nak kata tak takut juga tak,aku buat keras je,tak peduli sangat apa2,Tanah perkuburan ni plk terletak 500 meter dari rumah yg terdekat dan ditepi kebun getah.Ditepi2 aku memang berceraak batu Nesan,tanah kubur tentu lah banyak batu nesan.Tengah aku pandang dlm liang dan berfikir tempat ni lah aku dan semua orang akan diam, rasanya aku jadi macam steady gitu,lagi pun aku ada prinsip sendiri bab takur2 ni,Aku akan cakap mcm ni,
"Koman mu,atas dunia ni mu takut dah,diakhirat seribu kali ganda takutnya,hantu diakhirat seribu kali ganda lagi menakutkan,"

Aku bercakap dalam hati je..tak terzahir pun..buat malu kalau orang dengar..😬😬😬.Walau ada prinsip dan dan cakap mcm tu pun,masih jgk takut tp takutnya tak lah banyak,siput je..😁😁..

Dalam aku berangan2 mcm tu tiba2 zaazzzz benda melayang atas kepala aku,berderau darah,pucat lah tu agak nya tp aku buat keras je,buat tak hirau,tiba2 dia datang sekali lagi,dia bertenggek kat sebelah sana kubur,berhadapan dgn aku,betul2 dihadapan,terkejut aku bukan main2 tp aku buat derk je kerana depan aku tu seekor burung hantu,dia pandang aku,aku pandang dia dan dia mcm tenguk2 dalam kubur,terasa jgk mungkin tu jelmaan tp yg aku pasti hanyalah seekor burung hantu yg terpikat oleh cahaya lampu,kejadian mcm tu biasa je sebenarnya tp oleh kerana berlaku di tanah perkuburan kita rasa mcm pelik,padahal tak ada apa2 pun,

Dalam pukul 9 mlm jenazah pun sampai dan tugas aku selesai,.Aku ada di tanah perkuburan selama 4 jam dan satu jam setengah pada waktu malam.Semoga roh kawan aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yg Soleh.amim.

Khamis, 25 Jun 2020

Pemandulan kucing

Aku tak tau hukum pemandulan kucing,samada haram kah atau harus hukum nya tetapi pada hari ini aku telah kepejabat haiwan untuk proses itu.Kalau nak ikut hukum akal aku, pemandulan kucing ada lah harus berdasarkan kpd pengalaman aku membela kucing yg dibuang orang.Kalau aku tak jalani proses ini,kucing2 yg dibuang org akan bertambah ramai,sedangkan yg sedia ada dah cukup ramai.Untuk jaga kebajikan kucing2 ini adalah logik pemandulan dibuat. Pemandulan ini hanya kpd kucing betina sahaja,Tapi anak saudara aku cukup marah bila dipanggil kucing betina,dia suruh cakap kucing perempuan,Budak mcm2 kerenah nya..😁😁😁..
Pejabat haiwan kat tempat aku,perkhidmatan nya mcm2 yg berkaitan dgn binatang,Dulu jabatan haiwan yg aku kenali yg berkaitan sgt dgn kerbau dan lembu sahaja,binatang lain aku sangka tak berkaitan sgt,skrg ni baru aku faham fungsi jabatan haiwan..

Pada umum nya aku memang tak suka kucing tetapi dah terpaksa aku tetap bela kucing kerana kucing sentiasa ada kat rumah aku akibat dari kucing yg org buang,jahat orang2 ni.😁😁😁,aku plk jadi kesian,paling aku kesian bila tengok matanya seperti menagih simpati.Atas sbb2 itu lah aku bela kucing dan menjaga nya dgn terpaksa.😬😬😬.
Kucing ni nama sassy,walau aku tak suka kucing tp dah lihat terbaring mcm tu,rasa jgk sebaknya.Gambar ni selepas pembedahan.lembek Loli dia,hingga termuntah2..Aku mmg benar2 sedih melihat keadaan nya yg sgt lemah.


Cara2 untuk proses pemandulan kucing.
Yg pertama mesti jumpa dgn doktor haiwan utk tarikh pembedahan/temu janjij,tarikh pembedahan mungkin mengambil masa seminggu setelah temu janji,hari yg dijanjikan kita ke klinik vanterinar,kucing kita tak boleh dibagi makan selama 4 jam sebelum buat pembedahan,msksud nya kucing kita mesti dikurung dan  tidak dibagi makan pada pukul enam pagi sekurang2nya.
Yang ni namanya Tam sbb dia hitam,hitam bulu nya pekat,dia ni cepat sedar setelah pembedahan,berkemungkinan sebab dia muda,sbb tu lah dia cepat sedar.


Diklinik kita mesti isi borang yg disediakan,lengkap data kita dan termasuk nama kucing kita ,selepas itu kucing di tinggalkan di klinik haiwan,pembedahan ikut giliran,pembedahan mengambil masa dlm 45 minit utk seekor.Kita akan kembali ambik kucing kita setelah dihubungi,biasanya hantar pagi dan ambik pada waktu petang.Proses pemandulan tidak melibatkan kita tp proses penjagaan semua nya kita yg buat.Bayaran untuk pemandulan ialah sebanyak rm60 utk seekor,Oleh kerana aku bawa tiga ekor utk pemandulan,bayaran nya Rm180.

Penjagaan kucing di rumah mesti ikut apa yg dinasihatkan oleh doktor.Kita dilarang sama sekali bagi makan atau minum sebelum 12 jam dari masa pemandulan,maknanya kalau pembedah siap pukul 3 petang,kucing kita sekurang2 boleh dibagi makan pada pukul 3 pagi.Senang cerita kucing kita hendaklah dibagi minum dan makan pada keesokan hari nya,Selain itu kita juga dibekalkan dgn ubat2 utk makan dan cecair utk bersih tempat yg dibedah..semoga kucing2 ni cepat sembuh,hahaha.sekian.

Jumaat, 19 Jun 2020

Solat jumaat dizaman covid 19 (pkpp)

Hari ini, 19-6-2020 merupakan kali ke-2 solat jumaat didirikan diwaktu covid 19 melanda Malaysia,Solat jumaat didirikan setelah berakhirnya perintah kawalan pergerakan (pkp) yg telah dikuatkuasakan sejak 18mac yg lalu, PKP telah ditukar kpd perintah kawalan pergerakan pemulihan iaitu PKPP.  PKPP bermula pada 10 Jun hingga 31-8-2020,pada tarikh ini SOP untuk solat jumaat dan jamaah  mesti mengikut apa yg disarankan oleh pihak kerajaan yg dinasihati oleh kementerian kesihatan Malaysia...
SOP ketika solat berjamaah,Ada yg kata penjarakkan yg diamalkan ni merupakan sunah WHO,dan kata nya lagi,kita tak perlu mengamalkannya kerana ianya bkn sunah rasulullah..Pening jgk klu ada yg dakwa mcm tu....lebih pandai dari mufti dan ahli ugama.
Punya lah tertib ahli jumaat,berbaris dari pukul 12.30 dengan mengisi nama dan mengambil suhu badan

Aturan solat jumaat pada hari ini kat kampung aku.
Pergi masjid mesti awal yakni bila pintu/pagar masjid dibuka seawal jam 12.30 tgh hari..Wudhuk mesti diambil di rumah,bawak sejadah sendiri.Sampai masjid kena beratur dgn jarak sosial,petugas rela dan AJK masjid mesti memastikan para jamaah ikut peraturan.Pegawai dari pejabat ugama akan sentiasa memantau peraturan supaya dipatuhi.Para petugas ambik suhu badan dan memastikan semuanya pakai masker  pada semua ahli jamaah dan isi nama dan nombor Talipon.Setelah azan dikumandangkan pintu masjid ditutup,Yang datang lambat tak dibenarkan masuk,Dah dua minggu solat jumaat didirikan rasanya semua ahli jamaah atau ahli kariah dah faham apa yg patut dibuat,tak ada masalah pasal pintu masjid pun..Sehabis saja azan imam membaca khutbah tanpa berlengah2 lagi,Khutbah pertama mengambil masa hanya 4 minit dan khutbah ke-2 hanyalah seminit setengah.Setelah habis khutbah solat dimulakan dgn membaca surah AL A,Lah ,setelah baca Fatihah laa,tok imam hanya baca separuh dan disambung lagi pada rakaat ke-2..Surah AL a'la boleh dikatakan panjang jgk,Seolah2 solat lebih panjang dari  khutbah..Setelah habis solat imam terus je baca doa,doa pun pendek sangat,Setelah mengaminkan doa ahli jumaat terus keluar masjid dengan beratur jgk,SOP dijaga masa keluar masjid.Bersalam2 dah tak ada,Biasa nya setelah solat jumaat,ramai dari ahli kariah akan sembang2 ditangga masjid,Cerita hal kebun getah cerita hal mancing,bertanya kabar harga kelapa sawit berapa Rm,Bertanya kabar hal anak2 dan sebagainya.Tapi dengan terjadi nya wabak corona virus ni semua itu dah tak ada,Ramai dari kita akan rasa takut utk berlama2 dimasjid tp sebenar nya bukan lah takut tetapi itu jgk telah menjadi larangan,tak boleh berkumpul ramai2.Peraturan solat jumaat adalah sama dgn solat jamaah biasa, cuma oleh kerana solat berjamaah hanya sedikit saja ahli nya maka peraturan boleh diikuti dgn lebih senang,senang kpd petugas dan senang kpd ahli jamaah nya..
Semua mereka ini ialah kawan sekampung tp masa beratur nya seperti zaman persekolahan.

Satu perkara yg aku boleh tabik dengan peraturan yg mesti diikuti ialah tentang jaga jarak,Walau pun semua ahli jamaah merupakan kawan sekampung,( kat kampung2 lah) tetapi semua beratur dengan menjaga jarak,bercakap2 antara mereka memang sikit benar,boleh dikatakan tak ada lansung,Patuh dan tertib,Masuk dalam masjid semua diam,memang kena diam pun,dalam masjid kan.Tentang peraturan beratur sesama kawan dengan tertib aku boleh bagi 5 ha atau 5 bintang,Bagus sangat2..hehehe
Sekian cerita aku tentang SOP solat jumaat...



Sabtu, 13 Jun 2020

SOP Solat jumaat (standard operating procedure)

Sejak PKP dan diubah kpd beberapa  perintah larang lagi seperti PKPD,PKPB dan terakhir PKPP. Sejak PKP dilaksanakan solat jumaat tidak dibenarkan,bukan setakat solat jumaat tetapi solat berjamaah pun tidak dibenarkan,senang cerita masjid telah ditutup dengan serapi2 nya,Solat jumaat telah dikerjakan semula pada  12-6-2020..Perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula pada 18-3-2020.Sejak larangan solat jumaat dan jamaah dimasjid tidak dibenarkan,kita tak terdengar bangkangan dari orang islam dimalaysia,semua orang mengikut sahaja dengan perintah oleh pihak berwajib,mcm orang suka jer..hehehehe.Aku dengar cerita dari sesetengah orang yg berkelayakan,larangan ini telah dibuat supaya tidak menimbulkan fitnah kalau ada sesuatu yg terjadi,contoh nya kalau larangan solat jumaat tak dihalang dibimbangi akan terjadi jangkitan wabak yg tular iaitu covid 19,.Fitnah akan timbul kalau terjadi kluster masjid akibat dari solat jumaat dan jamaah,Kalau terjadi demikian maka akan tersebar lah pembawa wabak ini dari kalangan orang Islam yg melakukan ibadat dimasjid.Telah diketahui umum 1/3 dari wabak ini datang nya dari kluster tabligh dari sri petaling.Untuk menjaga  perkara yg seperti ini lah maka masjid dibuka agak lewat.

Walau pun solat jumaat telah dibenarkan sejak 12-6-2020,ahli kariah disatu2 tempat wajib melalui SOP yg ditetapkan,Sebelum Solat jumaat dibenarkan,AJK masjid mesti memastikan masjid dibersihkan dengan sebaik2nya,bermula dari kawasan masjid sehingga kedalam masjid,Didalam masjid nya mesti dibersihkan dengan cecair sanitizer termasuk dengan kolahnya,Ajk masjid mesti menanda untuk jarak sosial,pendek kata semua tempat mesti dalam keadaan baik.

SOP yang mesti dilalui oleh para jumaah yang ingin bersolat jumaat ialah..Mesti ambik air sembahyang di rumah,Mesti bawa sejadah sendiri,Datang awal yakni sebelum azan dilaungkan,Sampai masjid mesti mengambil suhu badan,skala yg dibenarkan ialah 36-37 darjah,Jamaah mesti tulis nama masing2,Mesti adakan jarak sosial,iaitu tiga kaki jarak...

Dipihak masjid pula setelah azan dikumandangkan,terus sahaja imam membaca khutbah tanpa solat sunat,Baca khutbah mesti 7 minit sahaja,bersolat,Setelah selesai solat,imam baca doa pendek2 jer,selepas tu bersurai,tak ada salam2 antara jamaah,Tak ada sembang2 kat tangga masjid..Bila sampai rumah terus mandi dan bersihkan diri....Sop2 yg disebut tadi mesti juga diamalkan semasa solat fardhu yg lain juga,seperti ambik wudhuk kat rumah, bawa sajadah sendiri,periksa suhu,tulis nama dan jarak sosial,Tenguk dari SOP nya,mcm terburu2 sangat,Pergi bersolat memang menakutkan,hahahaha...

SEKIAN

Khamis, 28 Mei 2020

kucing berulat..

Aku sebenarnya tak suka kucing,Tp kucing penuh dlm kawasan rumah aku.Kucing yg ramai2 ni hasil dari orang yg tak bertanggung jawab telah buang kucing2 mereka dgn selamba muka depan rumah aku,Oleh kerana itu,aku nmpk seperti suka kpd kucing..Walau pun aku tak suka kucing,aku tak lah sampai hati nak buang plk kucing2 tersebut,kesian bila tgk dlm mata nya,Jadi aku tak sampai hati.Oleh kerana tak sampai hati nak buang semula kucing2 yg dibuang maka ramai lah kucing kat rumah aku..Walau mcm mana baik aku kpd kucing2 ni,aku tak lah sampai bawak masuk semua kucing2 ni kedalam rumah,aku hanya biarkan mereka dicucur atap rumah,Cuma yg perlu aku buat hanya bagi makan je hari2,Walau pun aku biar je kat luar tp tempat dia binatang ni tidur sangat selesa,Aku rasa tugas aku dah selesai kpd makhluk tuhan yg bernama kucing.Dia binatang ni tak kan dakwa aku di akhirat nanti,Aku rasa lah....

Yang aku nak cerita tentang seekur kucing jantan putih yg aku bagi nama GEMUK kerana dia sangat gemuk,Oleh kerana gemuk dan hensem tentu dia jadi mcm jaguh,selalu kehulu dan kehilir,Oleh kerana jantan mungkin dia jadi rebutan sehingga dia berkelahi dgn kucing2 yg lain,walaupun  dia ni hensem tp tak pandai berlawan,dia telah kalah teruk,dia seolah2 hilang sehinggakan dia balik pada hari raya baru2 ni dgn muka dah berulat dan cedera diseluruh badan,Oleh kerana hari raya aku tak dapat buat apa2,hanya isi minyak gamat jer tempat yg berulat,busuk jangan cerita lah.Pada hari raya ke-3 aku pergi ke pejabat haiwan untuk minta ubat dan cerita kpd pegawai yg bertugas,Aku rasa jgk malu kerana hanya seekur kucing sehingga perlu minta ubat di pejabat haiwan..Pegawai bertugas meminta aku bawa kucing yg aku maksudkan utk mereka rawat,mereka enggan bagi ubat yg diminta,Nak tak nak aku terpaksa balik utk ambik kucing yg dah buruk muka nya.Kali ini aku bawak ramai dari anak2 saudara aku yg baik dgn kucing yg dah berulat muka nya,Walau pun dimasa ini masih lagi dalam keadaan PKPB,aku tak peduli sangat tentang itu untuk bawak ramai2 anak2 saudara aku naik kereta ramai2 lagi pun bandar kat tempat aku ni tak lah dikuat kuasakan sangat,mungkin hulu terengganu kawasan hijau covid 19,jadi pihak polis pun tak ambik kisah sangat tentang larangan,jadi penuh lah kereta aku dengan anak saudara aku yg kecik sehingga kpd yg besar2,hehehehe,
Kucing ni aku panggil gemuk,kerana dia gemuk sebelum dia sakit,apabila aku panggil je dia,dia mesti meluru untuk mendapatkan aku.Selain nama gemuk,nama dia jugak putih..Tp kalau aku panggil putih dia tak hirau,panggil gemuk jer baru dia angkat muka,Suka lah tu dipanggil gemuk.dimasa sakit ni dia sangat kurus,kurus kering.

Dipejabat haiwan kita mesti mematuhi sop nya sendiri kerana sekarang ni masih lagi dalam wabak covid 19.Sop nya ialah seperti basuh tangan dgn mengunakan sanitizer dan air,Setelah itu tulis nama plk kat buku pendaftaran,Hanya dua orang sajer dibenarkan masuk kat bilik rawatan,Dalam bilik rawatan kita tak ada buat apa2 pun cuma tenguk je,Doktor haiwan yg merawatnya,Kita tak sentuh apa2 pun,cuma tenguk je,Doktor basuh tempat yg berulat dan isi ubat serta cocok kucing tu sejarum,Setelah itu balik setelah rawatan selama lebih kurang 20 minit,Doktor yg bertugas memberi jaminan kucing aku akan sembuh,tak perlu risau tapi dengan berjanji mesti bawak balik kat klinik haiwan kalau kucing tak sembuh..Diperjalanan balik aku dapati ulat keluar dengan banyak,mungkin ubat yg diisi telah berkesan sangat2.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit,Sebelum dari tu mak2 kpd anak saudara aku dah bagi tau,kalau bayaran nya mahal,contoh nya dua tiga ratus ringgit harap talipon,dia orang nak belanja,Makna nya ada yg sangup bayar untuk rawatan kucing aku ni walaupun harga mahal.
Tempat yg paling teruk berulat disebelah pipi nya yg kanan,punya lah byk ulat mungkin lebih dari seratus ekor.Kesian nya aku sehingga bawak dia berubat kat pejabat haiwan,Aku tak pernah bawak kucing utk dirawat sebelum ini.Sesungguh nya aku mcm nak menitik air mata tenguk kucing dalam kesakitan,(ishhhh emosi nya aku)

Pada keesukan nya yakni hari raya keempat kucing aku dah menampakan kesembuhan dengan meminum air serta makan,Tempat yg bernanah serta berulat dah pun kering,Aku rasa dia akan sembuh sepenuhnya dalam tiga empat hari lagi,SEKIAN.

Ni lah rupa pejabat haiwan kat tempat aku,kuala berang hulu terengganu

Ahad, 24 Mei 2020

bantuan PKP

Aku sangat terasa dengan beberapa peristiwa tentang kesusahan yg dihadapi oleh ramai orang sejak PKP dilaksanakan di negara kita Malaysia,Maksud PKP ialah perintah kawalan pergerakan yg disebut sebagai MCO dalam bahasa inggeris iaitu movement control order..Kesusahan yg dihadapi oleh beberapa orang yang sangat mengejutkan kapada aku seperti tiada sedikit pun makanan dirumah mereka sehingga ada yg keluar melanggar PKP semata2 untuk menarik perhatian orang atau pihak berkuasa.Kadang2 aku seperti tak percaya apa yg berlaku,tak mungkin sehingga begitu sekali miskin nya mereka.Terasa bodoh sangat ada yg tak punya apa2,adakah mereka memang sangat malas atau pun apa atau pun orang2 ni hanya berpura2 miskin.Yang aku maksudkan miskin itu sehingga tiada apa2 untuk dimakan,Macam tak lojik kan.Aku tak hairan kalau yg tiada makanan atau pun mati kebulur tu pendatang asing,pendatang asing memang lojik kalau lapar kebulur.Orang tempatan tak mungkin seperti itu,lagi pun pihak kerajaan dah bagi bantuan semasa menghadapi petaka covid 19.Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih dari 200 billion ringgit supaya rakyat nya tak lapar,dan dimanakah lojik nya masih ada yg tak punya apa2 utk dimakan.

Yang aku nak cerita bukan lah tentang orang2 yg menderita dengan kemiskinan tu,yang aku nak cerita tentang bantuan yg aku dan orang kampung aku dapat,Sejak PKP berlansung. Aku sekurang2nya telah dapat bantuan sekurang2nya sebanyak enam kali,Yang memberi bantuan plk terdiri dari parti politik,iaitu PAS dan UMNO,kat kampung aku memang tak ada parti politik lain seperti PKR,PAN dan parti bunga,jauh sekali DAP,memang DAP tak ada nyawa pun kat kampung aku yg 100% melayu,Selain itu dapat juga bantuan dari syarikat2 seperti agro bank,Felcra dan egensi kerajaan seperti jabatan pertanian,Selebih nya dari orang perseorangan.Bantuan pula berupa perlu pertama seperti beras gula dan barang2 perlu pertama lain nya,tak berhenti setakat tu sahaja bantuan seperti sayur,ikan daging pun dibahagi,bukan sekadar tu saja bantuan lauk pun ada yg diterima,punya lah mewah orang kampung aku dengan bantuan2 sehingga kat rumah aku boleh dibuka kedai runcit,punya lah banyak bantuan,Oleh kerana banyak sangat bantuan,aku plk telah bagi banyak dari bantuan tu kpd jiran terdekat dan adik beradik aku yg lain,Kalau lah aku tak bahagi2 bantuan yg aku terima,nescaya sampai raya korban pun bantuan2 tu tak habis utk dimakan.Aku kan bujang dan duduk dgn mak je,mana boleh habis..Selain bantuan itu bantuan perihatin nasional boleh dikatakan telah diterima oleh ramai penduduk kampung aku,sehinggakan aku pun dapat bantuan BSH sebanyak RM 800 ringgit,Aku kan bujang tentu lah dapat,lagi pun aku miskin kikikiki,

Atas sebab2 yg aku bagi tu lah aku hampir tak percaya masih ada yg tak ada duit utk berbelanja dimasa PKP ni.Walau mcm mana pun aku bersangka baik,tentu ada sebab2 tertentu yg menyebabkan masih ada yg sesusah itu,Kita tak rasa maka kita tak tau,mungkin org yg susah itu duduk dibandar kerana orang yg tinggal dibandar lain cara nya nak hidup,Hidup dikampung boleh jgk tanam sayur sendiri,Boleh jgk mamah ubi kayu bakar,boleh cari pucuk paku ditepi sungai,boleh jgk mancing ikan seluang utk dibuat lauk,terasa plk aku mungkin orang2 yg dikatakan susah kerana tak nak makan barang local ni atau macam mana,naik hairan aku...SEKIAN

Selasa, 19 Mei 2020

Dilemma bulan ramadan

Assalamualaikum, selamat berpuasa,semoga ibadat puasa kita diterima oleh ALLAH,Puasa pada bulan ramadan dah berpuluh2 tahun aku lalui,Senang cerita aku tak pernah meninggalkan puasa sejak dari dulu2,walau mcmana pun aku meninggalkan puasa sebanyak tiga kali iaitu pada umur 11 thn,15 thn dan 17 thn,punya lah baik aku kan,walau mcmana pun jgk aku telah ganti semua puasa2 yg aku tinggalkan..
Ayam pasu cheta

Kali pertama aku tinggal puasa kerana sgt terliur buah rambai,jd aku makan tanpa bg tau kpd mak dan ayah aku,umur 11 thn merupakan budak lagi,dlm darjah 5,puasa mmg tak wajib keatas aku sbb masih budak tp akibat dari didikan, aku sangat mengambil berat ttg puasa,kali kedua masa tingkatan 3,tak puasa pada kali ini kerana terpengaruh oleh kawan,aku terikut sama tak puasa,meninggalkan puasa merupakan kekesalan yg sgt berat kpd aku dan aku bertaubat tak kan tinggalkan puasa walau apa jadi.Kali ke-3 kerana nasihat doktor mengenyurkan aku utk berbuka kerana mengambil  suntikan kat spital.Aku dah tak ingat apakah sakit aku sehingga dicocok dan itulah kali akhir aku cocok  sehingga tahun 2014 aku di cocok sekali lagi kerana digigit lipan,tahun 2014 merupakan tahun dimana banjir besar terjadi dikelantan dan terengganu.

Dilemma bulan puasa ialah tentang juadah berbukanya,Hari2 sentiasa ditipu oleh nafsu sendiri,Pada siang nya seolah2 tak teringat sejarah yg kelmarin,sentiasa nak buat atau beli sebanyak mana juadah berbuka,sedang dah tau makanan yg pertama masuk mulut merupakan makanan yg paling sedap,tak kira apa makanan tu,selebih dari makanan yg pertama makanan tu dah jadi tak sedap walau pun makanan itu yg paling sedap.Masalah tertipu oleh nafsu sendiri ialah aku sgt terliur kpd makanan yg dijual,sepatutnya kita tak payah masak kalau dah beli makanan dan sepatutnya kita tak payah beli makanan kalau dah masak kat rumah,

Juadah berbuka mesti yg senang je,mcm sedikit kueh,nasi dan lauknya,lauk nasi tak payah banyak,sekadar sejenis je,sehabis banyak pun dua jenis.Air plk sekadar air sejuk masak atau air tea o,kalau lebih dari tu mmg membazir.Bab juadah berbuka mmg tak kan sudah sehingga bila2 kerana godaan nya besar sangat.Walau pun otak dah set semua yg patut utk berbuka puasa tetapi godaan tetap sentiasa ada walaupun dimusim covid 19.Iklan juadah berbuka puasa di facebook dan whasaap tak dapat ditolak2.Yg bagi iklan plk terdiri dari kawan2 yg menyebabkan  rasa nak tolong kawan berniaga,di tambah plk dgn khidmat COD,iklan nya plk sgt mengoda,contoh iklan kawan2 aku..
Iklan ikan bakar,siap dgn COD plk tu.
IKLAN AYAM PASU CHETA,
TAK TAU LAH AKU APA YG CHETA.

Selamat berpuasa yg tinggal lagi empat hari dan disambung plk dgn puasa enam