Sabtu, 14 Mac 2015

cerita orang miskin


Disuatu ketika dahulu aku bertandang kerumah saudara aku yg telah kematian suami,Saudara aku mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki,Mereka mendiami rumah yang boleh dikatakan sebagai rumah buruk,robek disitu dan robek disini,Rumah yang sedemikian tidak sepatutnya didiami dalam keadaan anak2 perempuan yang sudah meningkat remaja,Anak yang sulung berumur 15 tahun dan boleh dikatakan sebagai anak dara sunti,Ibu kapada budak2 ini berkerja mengambil upah menoreh getah.Dengan pendapatan menoreh getah tidak memungkinkan dapat membuat rumah yang selesa untuk anak2nya,Dimasa ada suami pun keluarga ini tak mampu membina rumah yang baik,ini kan pula dalam keadaan tiada pelindung dalam kelurga.Segala kemudahan pada keluarga ini sangat minima dari segi makanan,pakaian,tempat tinggal.peralatan lain nya tentu lebih2 lagi.....
Gambar hiasan dari internet

Yang aku paling sedih ketika anak perempuan yang sulung sunti saudara aku, bila nak tidur,aku tenguk gelagat nya mengesat2 tempat tidur nya yang beralaskan hanya selembar kain untuk dijadikan alas tidur nya,bahasa mudah nya tentu lah sebagai tilam,Sedih dihati ketika itu memang tak terperi kerana aku yakin dara sunti ini berkehendakan sebuah tilam yang baik dan mempunyai bilik nya sendiri,Diwaktu umur diperingkat ini tentu lah dia ingin kapada pravisi nya sendiri,ingin kapada berhias rumah,ingin kapada cadar yang baik,ingin kapada langsir yang berwarna warni tapi semua itu tak mungkin dimilikinya.Lebih menyedihkan lagi ketika gadis sunti ini kesekolah dipagi esuk nya,apa yang aku dapati gadis ini hanya mengesat rambut dikepala nya dengan mengunakan hanya kain batik bukan dengan tuala seperti yang ramai orang lakukan,Aku masih ingat raut muka nya antara malu atau sedih hiba dihati semasa dara sunti ini mengelap2 rambut nya yang basah,Aku tak tenguk pula apa porfume yang digunakan untuk kesekolah tapi aku yakin gadis sunti ini tak pakai apa2 porfume pun.Itu cerita yang si kakak,adik2nya yang bertiga lagi tentu sama dengan sikakak,Kesekolah dengan hanya kasut buruk dan berjahit.

Untuk membetulkan keadaan aku membantu membeli tuala seorang satu dan peralatan mandi dan sedikit alat solek yang paling asas,Semasa aku menghadiahkan semua benda2 itu aku melihat ada suatu kegembiraan dimata anak2 tadi,Aku rasakan sikakak agak mengelentar menerima nya,Aku yakin mungkin itu salah satu idaman nya kerana rasa kegadisannya telah terserlah,ingin berhias seperti gadis2 yang lain,Aku yakin mungkin rasa gembira dalam hati untuk kesekolah,Sejak itu aku sering membantu dengan memberi duit belanja sekolah seminggu sekali,Kerana aku sendiri bukan lah orang kaya,hanya itu yang termampu.Keadaan itu berlarutan untuk beberapa tahun sehinggakan aku sendiri yang membayar peperiksaan SPM untuk anak yang sulong...

Keadaan mereka berubah apabila si ibu telah berkahwin beberapa tahun kemudian nya dan mereka mempunyai ayah tiri yang bertanggung jawab.Sejak itu rasa tanggung jawab aku terhadap anak2 kapada saudara aku telah pun beransur2 hilang kerana keselesaan yang telah mereka perolehi dari perkahwinan ibu mereka,Sejak itu mereka hidup dengan cara2 orang kebanyakan biasa,walau pun bukan sebagai orang kaya..Yang mandinya ada sabun dan tuala,Yang tidurnya ada tilam dan bilik sendiri,Yang baju dan kasut sekolah nya tidak yang buruk dan berjahit lagi.Itu cerita orang miskin..

Sebenar nya aku terkesan sangat dengan kemiskinan,Aku sendiri bukan lah orang kaya tetapi semua yang dilalui oleh anak2 kapada saudara aku memberi kesan yg sangat.Anak dara yang berumur 15 tahun dan bersekolah tingkatan 3 tentu banyak yang diinginkan.Dimasa itu telefon selular baru muncul,internet tak popular lagi,Facebook memang tak ada dan aku sendiri belum lagi memakai mobile phone bermakna cerita aku sebelum tahun 2004,Bermakna anak2 yang aku cerita kan tadi dah berumur 26 tahun yang sulung,bermakna anak2 yang aku cerita kan tadi dah pun berumah tangga dan memang dah pun berumah tangga.Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan